Memaparkan catatan dengan label gambar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar. Papar semua catatan

Rabu, 24 Ogos 2016

Masalah Pepijat Komputer - Diantaranya yang Epik

Masalah Pepijat Komputer - Diantaranya yang Epik

Majoriti pepijat perisian adalah masalah kecil yang boleh diatasi atau berfungsi secara biasa di sekitar pengguna, tetapi terdapat beberapa kes yang ketara di mana kesilapan mudah telah memberi kesan kepada berjuta-juta, pada satu-satu perkara atau yang lain, dan juga meyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa.

Perisian ditulis oleh manusia - dan setiap perisian mempunyai pepijat, atau "ciri-ciri yang tidak didokumenkan" sebagai jurujual mungkin itu istilah yang dipanggil mereka. Iaitu, perisian itu melakukan sesuatu yang ia tidak perlu, atau tidak melakukan sesuatu yang sepatutnya. Pepijat ini boleh disebabkan oleh reka bentuk yang tidak tepat, salah faham masalah, atau dengan kesilapan biasa manusia - sama seperti kesilapan menaip dalam buku. Walau bagaimanapun, manakala buku dibaca oleh manusia yang biasanya boleh membuat kesimpulan jika perkataan tersilap eja, tetapi perisian dibaca oleh komputer, yang secara amnya akan melakukan perkara yang ditulis didalamnya.

Berikut adalah beberapa kes di mana kesan pepijat ini sangat besar, dalam beberapa keadaan .


Ahad, 28 April 2013

Industri Perfileman & Muzik Tempatan Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - Norman KRU



Cuma tinggal seminggu sahaja lagi sebelum kita keluar beramai ramai mengundi untuk menentukan masa hadapan Malaysia. Namun, Norman Abdul Halim atau Norman KRU seperti sudah nampak masa hadapan beliau dan insdustry perfileman & muzik tanahair.

Norman KRU menulis melalui akaun Twitter beliau hari ini bahawa masa hadapan industri perfileman & muzik tempatan dalam keadaan bahaya jika Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di’benarkan berkuasa.

“Sorry ye, apa yang saya tweet ni mesti penyokong PR tidak suka tapi ini realiti – kalau PAS berkuasa, industri filem & muzik kita akan hancur”

“Bukan saja industri filem dan muzik tempatan saja yang akan hancur; pengeluaran filem & muzik antarabangsa di Malaysia akan turut terjejas,” tulis Norman KRU yang menerima pelbagai reaksi.


Hafiz Hamidun yang juga penyanyi & penerbit, antara yang memberikan reaksi.Beliau mengatakan industri filem & muzik tidak akan terjejas langsung malah apa yang perlu adalah produk seni yang lebih berkualiti.


Olahan : Roy Podolski

Sumber : Rotikaya

Rabu, 27 Mac 2013

Pulakk !! Sultan Baru Tuntut Negara !!

Sebelum ni kita dah tau ramai orang mengaku sebagai Sultan Sulu & di anggarkan seramai 9 orang yang mengaku.Kali ini berlainan apabila warganegara kita pula yang mengaku sebagai TUANKU SULTAN RAJA MERONGMAHAWANGSA II@RAJA NUSANTARA@PEMUDA BANI TAMIM@SATRIO PININGIT@RATU ADIL@SULTAN KEDAH@YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA@WHITE SPIRITUAL BOY.

Sekali panjangggg daaaa gelaran diaaaa..siap White Spiritual Boy,kerrrlassss gituu !! Mari tengok bagaimana rupa orang yang mengaku sebagai Sultan ni dan titahnya.So ini kesimpulan yang patik dah buat : Bukan Kiram je yang gila tanah,ramai lagi & masing2 menuntut dengan cara berbeza.


DARI: RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara

10 Jamadilawwal 1434 Hijriah
22 Mac 2013 Masihi

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam,Solawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta Para-Para Sahabat SAW.

Dengan izinAllah dan di atas petunjuk dan ilham darinya kepada Beta, setelah melalui proses pelbagai ujian dan memegang Amanat daripada Rasulullah SAW kepada Beta (22/04/2010) dan dengan Perintah dari Allah yang di turunkan kepada Beta sebagai Mujaddid/Raja Utusan Allah Akhiruzaman Fasa 1 juga sebagai pengganti Nabi dan Rasul dengan ini Beta, TUANKU SULTAN RAJA MERONGMAHAWANGSA II@RAJA NUSANTARA@PEMUDA BANI TAMIM@SATRIO PININGIT@RATU ADIL@SULTAN KEDAH@YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA@WHITE SPIRITUAL BOY yang di utuskan oleh Allah untuk memperbetulkan agama Allah(ISLAM) dan membawa umat kembali Tauhid dan Esa akan Allah serta Taat Kepada Rasul yang sebenar nya dan mengikuti jalan yang lurus dan kembali hidup dalam amalan kenabian dengan berpegang kepada AlQuran dan Sunnah Sunnah SAW sebagai amalan kehidupan seharian. Kepada Guru2 Mursyid, Baba2 Mursyid,Kiyai2 Mursyid,Ulama2 Mursyid,Habib2 Mursyid,Maulana2 Mursyid.

Syeikh2 Mursyid yang menanti-nantikan kemunculan Beta selama ini, Beta ucapkan Assalamualaikum kepada tuan-tuan semua semoga kita di pertemukan oleh Allah dan bersama-sama Beta dalam perjuangan Akhiruzaman Fasa 1 ini dan menegakan serta mengibarkan Panji Hitam dari Timur yang di tunggu2 oleh umat untuk kebangkitan Islam kali ke II ini.

Juga kepada pejuang2 sejati PANJI HITAM DARI TIMUR marilah bersama-sama Beta memperjuangkan Panji Hitam Dari Timur untuk menyediakan tapak Pemerintahan kepada ALMAHDI(IMAM MAHDI). Sekian dari Beta Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II@Pemegang Panji Hitam AlMahdi.

ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...

Beta boleh di hubungi di: Surau ALFalah, Kenari Apartment,Taman Melati,Setapak,Kuala Lumpur.

Sumber : SINI

Hati-hati Ketika Beli Makanan


Makanan atau jajan di pinggir jalan kadangkala menggiurkan, apatah lagi ketika sedang berjalan-jalan atau melancong.
Harga setiap hidangan yang ditawarkan biasanya lebih murah berbanding di restoran, sekali gus menjimatkan perbelanjaan ketika melancong.

Teruja dengan keenakan kulinari pinggir jalan, jangan lupa memerhatikan kesesuaian serta kebersihan makanan demi kesihatan perut.

Jangan nanti, anda terpaksa menghabiskan masa anda berehat di bilik dan bukannya berkunjung ke lokasi pelancongan disebabkan sakit perut, cirit- birit dan muntah-muntah.

Namun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menikmati keenakan makanan tempatan yang cukup istimewa dan me–nyelerakan.

Ia pasti menjadi satu kerugian jika tidak merasai masakan istimewa sesuatu tempat yang dikunjungi terutama anda penggemar makanan.

Jom semak tip minggu ini. Ia mungkin dapat membantu anda ketika mahu menikmati keenakan makanan tempatan di destinasi pelancongan yang anda kunjungi.

Kebersihan makanan

Jika boleh, intai setiap bahan makanan yang disajikan. Apakah pembungkus makanannya bersih dan bahan mentah yang belum dimasak disimpan di tempat yang sesuai.

Lihat juga peralatan yang digunakan oleh si peniaga. Adakah ia dicuci selepas digunakan atau sebaliknya.

Lihat makanan yang sedang dimasak

Biasanya penjual makanan di pinggir jalan akan memasak makanannya secara terbuka. Sehingga anda sendiri boleh melihat bagaimana proses makanan itu dimasak.

Bagaimana ia mengolah makanan yang berasal dariPADA daging mentah atau minuman dengan ais. Dengan itu, anda boleh mempertimbangkan untuk membelinya atau
sebaliknya.

Memilih makanan sihat

Tiada salah memilih makanan apa yang akan dibeli. Ini kerana, tidak semua jajan yang dijual me–nyihatkan terutama makanan bergoreng.

Oleh itu, jika membeli makanan di tepi jalan, cubalah membeli makanan daripada sumber sayuran atau buah-buahan. selain menyihatkan, anda mungkin terhindar daripada mengalami sakit perut.

Lihat kebersihan peniaga dan kawasan sekitar

Demi menjaga kesihatan perut, melihat kebersihan si peniaga adalah perlu. Ini kerana, penjagaan kebersihan ketika menyediakan makanan juga perlu di ambil kira.

Jika peniaga itu tidak menjaga kebersihan diri, bagaimana pula dengan kebersihan makanan yang dijualnya.

Kebersihan kawasan sekitar juga perlu dititikberatkan. Jangan hanya kerana terlalu terliur dengan makanan yang dijual, anda mengambil enteng kebersihan kawasan sekitar kedai atau warung tepi jalan itu.

Membawa peralatan makan sendiri

Kita tidak pernah tahu apakah sudu atau garpu yang digunakan dicuci dengan bersih atau tidak. Justeru, bagi mengelak sebarang masalah, anda mungkin boleh mempersiapkan diri dengan membawa alat makan sendiri untuk menjaga kebersihan.

Sumber : SINI

Doktor Bunuh Lebih 300 Pesakit Di Hospital

Gambar Hiasan

Sao Paulo: Seorang doktor yang dituduh membunuh pesakitnya bagi mengosongkan katil hospital mungkin boleh dipersalahkan atas lebih 300 kematian.
Virginia Soares de Souza dipercayai bertindak “seperti Tuhan” dengan memberikan ubat penenang otot berlebihan atau mematikan mesin sokongan hayat pesakit tertentu.

Jika dibuktikan, polis berkata, Virginia kemungkinan besar bertanggungjawab atas kematian lebih ramai pesakit berbanding pembunuh bersiri Britain, Harold Shipman, yang membunuh sekurang-kurangnya 215 orang sebelum dia menggantung dirinya pada 2004. Virginia - bekerja di Hospital Evangelico di Curitiba, selatan Brazil, sebelum ini dituduh menyebabkan kematian tujuh pesakit.

Namun, jumlah itu meningkat ketika polis menjalankan siasatan terhadap pesakit yang diletakkan di bawah pengawasannya sejak tujuh tahun lalu. Jurucakap polis berkata, mereka mungkin mengesan hampir 300 kes membabitkan Virginia. Sementara itu, peguam Virginia, Elias Mattar Assad berkata, dia akan membuktikan bahawa tertuduh tidak bersalah di mahkamah. - Agensi

Sumber : SINI

Selasa, 26 Mac 2013

Remaja Tergemuk Britain Masih Lagi Tambah Berat Badan

George Davis Remaja Tergemuk Di Britain - Blogging Si Blogger
George Davis

London: Selepas hanya beberapa bulan terselamat dalam operasi menyelamat yang dramatik, remaja tergemuk Britain sudah menambah berat badan sebanyak 25 kilogram.

Georgia Davis sekali lagi mencecah berat yang sangat membimbangkan iaitu 292 kilogram ketika berusaha untuk mengurangkan berat badannya.

Dengan bantuan jururawat di hospital, remaja berusia 19 tahun itu berjaya mengurangkan lebih 127 kilogram.

Tetapi sejak dia keluar hospital, dia masih berhempas-pulas untuk mengekalkan diet pemakanannya.

Peningkatan berat badan Georgia dan jangkitan pada kakinya menjadikan dia banduan di kerusi sendiri. Berikutan sukar untuk bergerak, dia terpaksa tidur di kerusi.

Bercakap dari kediaman flet dua biliknya, Georgia memberitahu The Sun: “Saya cuba makan secara sihat tetapi tidak dapat memasak dalam situasi begini.

“Keadaan berjalan dengan baik untuk beberapa minggu tetapi selepas itu keadaan bertukar menjadi buruk.

“Minggu lalu adalah yang terburuk dan saya makan terlalu banyak biskut.

“Saya makan terlalu banyak. Saya tidak boleh membuka bungkusan biskut dan makan sekeping saja. Saya perlu makan semuanya.

“Malam ini saya akan makan KFC kerana saya rasa sangat sakit untuk berdiri dan memasak di dapur,” katanya.

Georgia berpindah ke flet di Aberdare, selatan Wales itu bersama rakannya, Sian Thomas November lalu selepas keluar dari Hospital Putera Charles di Merthyr Tydfil.

Dia dimasukkan ke hospital terbabit Jun tahun lalu selepas operasi yang memakan belanja 100,000 pound (RM500,000) untuk membawanya keluar dari kediaman keluarganya.

Sebahagian rumah itu terpaksa diruntuhkan untuk membolehkan dia diselamatkan.

Berat badan Georgia berkurangan 88 kilogram ketika menjalani rawatan selama sembilan bulan di ‘kem gemuk di Amerika Syarikat.

Di hospital, perkiraan kalori hariannya dikurangkan daripada 13,000 kepada 1,500 dan beratnya turun kepada 266 kilogram.

Pada awalnya, dengan bantuan Sian, Georgia mengekalkan pelan diet pemakanannya di kediaman baru mereka.

Tetapi rutin itu tergelincir dan jangkitan selulitis menyebabkan kakinya bengkak dan sakit.

Dia kini menghabiskan masa berjam-jam di kerusi, menonton televisyen dan membaca novel.

Georgia yang bakal mencapai usia 20 tahun dua minggu lagi berkata: “Saya cuba untuk tidak bersedih. Memang ketara ini bukan berat badan ideal dan saya tidak mahu jadi begini.

“Susah untuk mengekalkan rutin apabila saya sukar bergerak. Sian banyak membantu tetapi dia perlu bekerja dan tidak dapat menolong sepanjang masa.

“Tidur memang sukar kerana saya terpaksa menjadikan kerusi ini sebagai katil dan saya terjaga kerana kesakitan setiap dua jam.

“Tetapi saya masih ada di tempat yang lebih baik daripada di hospital. Sekurang-kurangnya saya sentiasa mengukur berat badan saya. Sebelum ini, saya selalu putus asa.

“Jururawat yang merawat saya menyelamatkan nyawa saya. Demi mereka, saya perlu terus mencuba,” katanya. - The Sun

Sumber : SINI 

Ahad, 24 Mac 2013

Terkini : Empat Mayat Termasuk Dua Kanak-Kanak Ditemui Dalam Kejadian Berbalas Tembak



LAHAD DATU –  Empat mayat dipercayai rakyat asing ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas militan semasa operasi penggeledahan di kampung itu, Ahad.
Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata insiden itu berlaku selepas pasukan keselamatan menjejaki dua musuh yang memasuki sebuah rumah berhampiran dan berlaku tembak menembak sehingga mencederakan anggota itu.

“Berlaku beberapa minit pertempuran di situ, dan semasa pertempuran pasukan keselamatan mendapati seorang musuh telah lari dari rumah itu menghala ke sebuah rumah di sebelah sebelum bertindak membakar rumah berkenaan.

“Pasukan keselamatan kemudiannya melepaskan tembakan bagi membersihkan rumah yang mula-mula dimasuki dua pengganas itu sebelum memasukinya dan menjumpai empat orang mati ditembak,” katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini, Ahad.

Zulkifeli berkata mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.Tiada pengenalan diri ditemui.
 
Beliau berkata hasil penggeledahan, pasukan keselamatan menemui seorang lagi kanak-kanak lelaki yang cedera, juga tiada pengenalan diri dan dia diterbangkan ke Hospital Sandakan untuk rawatan.

Pasukan keselamatan turut menemui sejumlah bekalan makanan yang dipercayai dikumpul di rumah berkenaan, katanya.

Zulkifeli berkata kesemua mayat itu dibawa keluar dari lokasi pertempuran, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan sehingga kini 42.

Beliau berkata militan pengganas yang semakin terdesak kini bergerak dalam kumpulan kecil dan mengaplikasikan ‘Small Unit Tactic’, iaitu cuba mendatangkan seberapa banyak mungkin kecederaan kepada pasukan keselamatan yang menjejaki pergerakan mereka.

“Daripada pertempuran yang dialami, kami dapati Modus Operandi musuh ialah apabila bertempur mereka akan membawa pasukan keselamatan ke satu kawasan di mana penembak tepat mereka dapat melepaskan tembakan.

“Selepas bertempur di situ, mereka kemudiannya berundur dan memasuki kawasan rumah yang telah dikenal pasti untuk bertahan dan bertempur semula sebelum bertindak membakar rumah itu dan rumah berdekatan sekiranya tidak lagi mampu bertahan,” katanya.

Beliau berkata taktik melengahkan pergerakan anggota keselamatan itu diteruskan dengan militan berundur ke kawasan paya berdekatan yang telah dikenal pasti sebelum menggempur pasukan keselamatan yang menghampirinya.

Zulkifeli yang yakin semua penembak tepat musuh berjaya ditembak mati dalam pertempuran sebelum 20 Mac, berkata taktik yang diguna musuh sekarang ini memerlukan pasukan keselamatan lebih berhati-hati.
“Sejak pertempuran pada 20 Mac pasukan keselamatan tidak lagi mendapat tentangan daripada penembak tepat musuh dan kami yakin kumpulan ‘sniper’ pengganas telah dapat ditewaskan kerana kebelakangan ini tidak ada lagi ancaman daripada kumpulan penembak tepat itu,” katanya. – BERNAMA

Sumber : SINI

5 Langkah Berjimat Yang Mudah

Macam mane nak berjimat? Kat bawah ni langkah-langkah yang memang boleh menjimatkan duit kita kalau kita betul-betul buat. 

1. Beli Barang-barang "Store Brands"
Tepung gandum or gula ker beli yang brand Carrefour ker, Tesco ker. Kadang-kadang quality dan rasa sama sebab dari pengilang yang sama.

2. Buat Senarai
Pastikan senarai barang-barang yang nak dibeli dicatit supaya tak berlaku ""impulse buying" . Kadang-kadang kita akan tend to buy something yang tak tersenarai, jadi kenalah belajar untuk memaksa diri kita fikir balik Perlu ke Tak Perlu beli. 

3. Beli Barang Secara Pek
Maggi 5 percuma 1, air kotak pek 6 @ 12 @ 24 paket, air mineral pek 6 @ 12 bungkus, ubat gigi beli 2 percuma 1, Kit-Kat 5 biji sebungkus. Beli cara macam ni boleh jimat banyak berbanding pegi kedai beli 1.


4. Bawa Bekal
Selain bawa bekal ke pejabat, kita juga boleh bawa air kotak ke, air mineral botol ker, Kit-Kat ker masa kita keluar dari rumah. So, kalau rasa lapar or dahaga, boleh terus minum jer. Air kotak kat kedai RM1.20 tapi kalau kita bawa air kotak dari rumah (yg kita beli secara Pek), kos 1 kotak baru RM.060-RM0.70.

5. Periksa Barang Dalam Peti Ais
Sebelum keluar beli barang, check dulu barang-barang yang masih ada supaya tak terbeli lagi. Nanti dah asik membeli, barang yang lama pon still ada tak guna lagi.
Gambar Hiasan 



Sumber asal dari SINI 

Ahad, 17 Mac 2013

Wajah Pemuda Bertukar Seperti Cobra Selepas Bunuh 3 Ular

Adi Kobra | Blogging Si Blogger - Enhance The Variety

BOGOR, Jawa Barat - Seorang lelaki dari Kampung RT 04 RW 02 Desa Ciluar, Kecamatan Bogor Utara, Kota Bogor menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu setelah dia dipercayai membunuh tiga ekor ular berwarna hitam.Akibat penyakit itu, muka Adi, 30, yang bekerja sebagai buruh di kilang sagu di sini membengkak sehingga menutupi wajah lelaki itu manakala mulutnya tidak kelihatan.

Melihat keadaan Adi, penduduk kampung menggelarnya sebagai Adi 'Kobra'.Memburukkan lagi keadaan, Adi kini berbau busuk seperti bangkai dan turut dihinggapi ulat hingga keluarganya tidak membenarkan penduduk kampung melawatnya.

Menurut isterinya yang tidak mahu dikenali kepada Liputan6.com, kejadian itu berlaku semasa suaminya bekerja pada syif malam dan menemukan tiga ekor ular.Setelah menemukan ular itu, Adi mengaku kepada rakannya bahawa dia menyiksa dan membunuh haiwan itu sehingga mati.

Malah binatang itu dikerat-kerat dan dijadikan seperti sate sebelum dibakar.''Di, jangan disiksa ular itu kerana ular itu juga punya perasaan," kata temannya.Adi menjawab, "Ahh... saya tidak takut sama ular, syaitan ataupun jin.

Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adi mengadu kepada isterinya dia sakit gigi dan pipinya berwarna kemerah-merahan.Kata isterinya, pelbagai usaha dilakukan mereka termasuk ke hospital berdekatan namun doktor yang merawatnya mendakwa mereka tidak mampu merawat penyakit Adi.

Hal ini kerana menurut doktor, penyakit Adi tergolong dalam sakit yang tiada ubat iaitu barah.
Ekoran itu, pelbagai cara digunakan keluarga Adi termasuk secara alternatif dan tradisional namun mereka tidak sanggup merawat penyakitnya. - AGENSI

p/s : Jangan lah menganiaya binatang tanpa sebab & bersikap angkuh,Sesungguhnya Allah boleh bayar cash pada diri kita sepertimana yang Allah bagi pada pemuda tu..Moga sama-sama mendapat iktibar.

Sumber : SINI

Selasa, 12 Mac 2013

Syok.Org, TeamHanna.Org, dan Jieazzmovie.Net Bukan Lagi Portal Mendownload Movies, Videos dan Mp3's


Difahamkan founder syok.org dtahan pihak berkuasa dan kedua admin teamhanna.org dan Jieazzmovie.org menutup portal download mereka.
Anda fikir anda tahu Syok.Org, TeamHanna.Org, dan Jieazzmovie.Net Bukan Lagi Portal Mendownload Movies, Videos dan Mp3's ? anda fikir sekali lagi..

SumberSINI


Jumaat, 1 Mac 2013

Misteri Puluhan Pari Terdampar di Pantai Gaza (VIDEO)



Sekitar 220 ekor ikan pari jenis Mobula ditemui terdampar secara misteri di pantai Bandar Gaza dalam wilayah Palestin kelmarin.

Sekaligus penemuan itu menjadi rezeki beberapa orang nelayan di sini yang bertindak melapah haiwan tersebut untuk dijual di pasar.



Dalam satu temu bual bersama media tempatan, seorang nelayan itu dipetik sebagai berkata, ini merupakan kali pertama ikan pari ditemui terdampar di pantai itu sejak enam tahun lalu.

Media tempatan melaporkan, ikan pari itu mampu mencapai berat 76 kilogram dan ia dijual pada harga lima shekel (RM4.21) untuk 0.5 kilogram di pasar tempatan - Agensi

Sumber : SINI

Khamis, 7 Februari 2013

PLUS Travel Time Advisory CNY 2013

Gong Xi Fa Chai!! As usual, dekat Malaysia ni, tak kiralah apa perayaan sekalipun, the whole country pon akan celebrate sekali, dengan pelbagai cara dan satu benda yang paling obvious, nyata, jelas sekali ialah balik kampung. Macam aku, balik ke Penang. So, aku dah plan tak nak balik hari Jumaat or Sabtu ni. Kalau tak, sure kena hadap bad traffic. Lenguh lutut dok asik tekan brake jer. Pastu semua RnR full. Sampai ada info signage "Penuh-Sila teruskan ke RnR seterusnya". -.-" 
Tapi takper, PLUS ada keluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan bersempena dengan CNY 2013 ni. So, bolehlah ikut cadangan yang dikeluarkan. Selamat balik kampung, selamat bercuti, drive safe, do drink and drive ok, klu tak ngantuk nanti. ekeeke Tapi minumlah air yang tidak memabukkan anda sekalian. :D 
One more thing, ada juga rebate untuk pengguna Class 1 PLUS highway. Saper yang guna kad, tak kiralah Touch'n'Go ker, Plusmiles or SmartTag, akan dapat rebate 20% pada hari Khamis (7/2/13) dan Jumaat (15/2/13), dan 30%  pada hari Ahad (10/2/13). Tapi rebate ni takder dekat tol Bukit Kayu Hitam, Penang Bridge, Tanjung Kupang dan Plaza Bangunan Sultan Iskandar. Silalah call talian bebas tol PlusLine 1800-88-0000 untuk  information dan latest traffic update. or SINI

Travel Time Advisory CNY 2013

Oleh: Phoenix2020

Isnin, 28 Januari 2013

10 TV Series Yang Awesome!!

Aku suker tengok tv, ape aje yang best aku layan jer. Kebanyakan cerita bersiri, aku memang suka tengok. Dulu-dulu kebanyakannya dekat TV2 dan TV3. Sekarang banyaklah plihannya dengan 8Tv, NTV7, ASTRO dan online channel. Jom tengok a list of TV series yang dah tamat siaran, yang berjaya turn me into a couch potato dulu-dulu :D

1. The X-Files (1993 - 2002)
"The truth is out there". Tagline yang sinonim dengan X-Files. This is my all time favourite TV series. Sangatlah best cerita ni. Watak Agent Dana Scully (Gillian Anderson) dengan Agent Fox Moulder (David Duchovny) sangat pandailah berlakon. Plot cerita yang memang Awesome!! Geliga otak si Chris Carter, creator of this story. Memang terbaiklah cerita ni. 

The X-Files

2. Angel (1999 - 2004)
Wewww citer ni memang best. Kisah pasal vampire yang dilakonkan oleh David Boreanaz. Citer ni pecahan daripada Buffy: The Vampire Slayer. 
Angel

3. Dawson's Creek (1998 - 2003)
Aku suker tengok Dawson's Creek. Citer ni James Van Der Beek dengan Katie Holmes berlakon sebagai watak utama. Dulu masa further study, me and my roommate angkat TV masuk bilik sebab nak tengok citer ni. Citer ni siaran dia lewat. Pukul 12 midnite rasanya. So, the best way, kitorang angkat TV masuk bilik. Senang sikit nak tengok. ekekekeke. Tapi time ni study week, ramai student balik rumah so rasa tak bersalahlah songlap Tv :P
Dawson's Creek

4. E.R (1994 - 2009)
E.R ni citer pasal kehidupan seharian doktor-doktor dan nurse Emergency Room kat hospital. George Clooney dulu belakon dalam siri E.R ni. Karakter yang aku suker tengok ialah watak Dr. Mark Greene. Real jer tengok diorang berlakon. 
E.R.

5. Popular (1999 - 2001)
Popular ni cerita pasal budak-budak high school dan jalan citer dia menarik. Tertarik dengan setiap karakter pelakon-pelakon dalam ni dan juga jalan cerita dia yang tidak membosankan.
Popular

6. Buffy The Vampire Slayer (1997 - 2003)
Sarah Michelle Gellar berlakon dalam citer ni. Citer pasal dia and her bunch of friends yang hunt and kill semua vampire and demons.
Buffy: The Vampire Slayer

7. The Nanny (1993 - 1999)
Fran Drescher yang sengau ni berlakon as Nanny. Bos dia duda anak tiga yang kaya. Pastu diorang dua ni suker sama suker. Walaupun perangai si Fran ni gila-gila tapi baik hati. Kelakar citer ni. lol
The Nanny

8. Amazon (1999 - 2000)
Kisah sekumpulan penumpang kapal terbang yang terselamat bila kapal terbang diorang crash. Stranded dekat Amazon. Jalan cerita ni best tapi sayang 1 musim jer. Lepas tu tak der dah.
Amazon

9. The 4400 (2004 - 2007)
Another TV series yang make your brain jump here and there. Aku suker tengok citer ni gak. Sekumpulan 4400 orang yang hilang tiba-tiba muncul balik. They're back with some extraordinary abilities!!
The 4400

10. Bewitched (1964 - 1972)
Cerita ni TV pasang dulu-dulu. Kisah pasal perempuan ni ahli sihir kahwin dengan manusia biasa. Suami dia larang isteri dia daripada guna kuasa sihir dalam kehidupan seharian diorang tapi wife dia still guna curik-curik. Salah satu sitcom komedi yang best.
Bewitched

Oleh: Phoenix2020

Khamis, 24 Januari 2013

Wartawan Terpaksa Membayar Gantirugi Untuk Porsche 917 Antik

Seorang wartawan majalah terpaksa berhempas pulas untuk mencari jalan bagi membayar kos gantirugi dan saman berjumlah $174,000-00. Wartawan British, Mark Hales terpaksa menanggung kerugian ini apabila kereta antik milik seorang bekas pelumba kereta, David Piper; yang juga pengumpul kereta telah rosak semasa sesi fotografi yang dibuat oleh Hales. Kereta Porsche 917 itu telah dibawa ke sebuah litar lumba bagi sesi fotografi bersama-sama dengan sebuah kereta Ferrari pada bulan April 2009 lepas. Namun, dipertengahan sesi, enjin kereta tersebut telah rosak. 

Porsche 917

Piper mengatakan bahawa Hales telah melanggar arahan dan janjinya apabila kereta tersebut telah dipandu melebihi 7,000 rpms. Piper mendakwa keretanya itu telah dipandu sehingga 8,200 rpms yang sekaligus telah menyebabkan kegagalan enjin kereta antik tersebut.

Mahkamah telah memutuskan agar Hales harus membayar Piper $74,000-00 bagi kos kerosakan dan tambahan $100,000-00 untuk kos-kos lain dan yuran guaman. Keputusan ini telah menyebabkan Hales berkemungkinan terpaksa menjual rumah dan memfailkan bankrupsi jika perintah mahkamah ini berkuatkuasa. Satu tabung derma kilat telah ditubuhkan oleh para peminat kereta dan juga gesaan agar Piper menarikbalik saman beliau terhadap Hales.

Photo: bjmullan via Flickr

Berita asal SINI

Selasa, 22 Januari 2013

Ciri-Ciri Tanah Yang Mengandungi Emas



Ramai orang impikan emas,tak kiralah samada untuk dijadikan barang perhiasan atau pun sebagai harta persendirian, tetapi tak berapa mampu untuk memilikinya.Jadi disini terdapat beberapa tips untuk mengetahui samada tanah tempat kita berada mempunyai emas atau pun tidak.Kalau rajin,boleh lah ambil cangkul dan start mencari sekarang di sekitar halaman rumah atau kebun anda.

Ciri-ciri Tanah Mengandungi Emas
  1. Tanah yang mengandung mineral sulfida yang tinggi. (berbau seperti belerang)
  2. Wujudnyanya mata air panas di sekitar kawasan tersebut.
  3. Sekitarnya ada gunung berapi yang sudah lama ada.
  4. Ada aliran sungai di kawasan berhampiran.
  5. Mempunyai lapisan tanah lempung yang tebal.
  6. Terdapat batuan putih berurat emas (urat kaca atau batuan kaca lutsinar)
Walau bagaimanapun,ciri-ciri di atas hanyalah untuk pengesanan awal sahaja, ujian merkuri dan ujian-ujian lain masih perlu dilakukan untuk memastikan  kewujudan emas yang sebenar.

Sumber : SINI

5 Pantai Yang Bahaya Di Dunia

Jika anda seorang yang suka mengembara ke luar negara sudah semestinya diantara destinasi pilihan yang akan anda lawati adalah pantai.Tetapi tahukah anda bahawa terdapat pantai-pantai yang bahaya untuk anda kunjungi?Mari baca info ringkas yang kami sediakan mengenai 5 pantai berbahaya didunia,manalah tahu jika anda terpergi ke pantai tu maka bolehlah anda sediakan kelengkapan yang secukupnya :D

Fraser Island, Australia


Lautan yang mengelilingi Pulau fraser, yang merangkumi timur-selatan Queensland merupakan kawasan larangan,melainkan jika anda tidak kisah untuk berenang besama-sama dengan jerung dan obor-obor, sementara terpaksa mengatasi arus ombak yang kuat dan ganas. Di sebelah atas kawasan pulau, terdapat pelbagai labah-labah berbisa, selain buaya air masin yang pelik, dan juga dingo yang memang terkenal di dalam menyerang manusia.

Gansbaai, South Africa


Di bahagian kawasan ini merupakan tempat jerung putih. beberapa batu daripada pantai, terdapat satu terusan air yang dipanggil Shark Alley. Ianya terletak di antara Pulau Dyer dan Geyser Rock. Selain itu ia juga merupakan tempat koloni memerang berbulu berteduh, yang mana telah menarik perhatian jerung putih pembunuh sekaligus menajadi tempat utama tarikan para pelancong. Para pelancong yang datang kesitu  akan berlindung di dalam sangkar besi kalis jerung sambil mengambil gambar dan video.

Hanakapiai, Hawaii 


Jika papan tanda yang menyambut pelancong di pantai Hanakapiai di Hawaii tepat, sekurang-kurang nya 83 orang telah lemas di sini. Lebih kurang sama dengan pantai Kauai di Napali, arus air dan ombak yang kuat dan ganas amat merbahaya untuk aktiviti berenang.Terdapat laporan yang mengatakan bahawa terdapat mangsa lemas walaupun berada di kawasan air cetek.

Praia de Boa Viegem, Brazil


Pantai yang popular di Recife, Brazil ini telah menarik perhatian pelancong untuk menikmati matahari disepanjang tahun dan dikenali sebagai bebas daripada jerung. Akan tetapi, sejak tahun1992, terdapat lebih kurang 50 kali serangan jerung berlaku di pantai ini yang mengakibattkan 19 kematian. Pakar alam sekitar menyalahkan bot-bot nelayan yang menangkap ikan disekitar pantai tersebut di atas kerosakan ekosistem pantai tesebut. Dan jika alasan itu tidak mencukupi untuk anda berjaga-jaga mengenai keselamatan anda, bandar ini juga mempunyai rekod jenayah yang tinggi.

Northern Territory and Queensland, Australia


Setiap tahun, di antara bulan oktober dan april, beribu-beribu obor-obor telah menyebabkan penutupan beratus pantai di sepanjang utara australia. Obor-obor ini adalah merupakan di antara hidupan beracun berbahaya di dunia, yang mana telah menyebabkan sekurang-kurangnya 70 kematian sejak tahun 1883 lagi. Sengatnya yang berbisa dan menyakitkan telah menyebabkan sesetengah mangsa mengalami kekejangan sebelum sempat sampai ke pantai.

Oleh : Roy Podolski & phoenix2020

Isnin, 21 Januari 2013

10 Info Ringkas yang Menarik



1.Kucing tidak boleh merasa rasa manis dan pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja manakala ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari.

2. Setiap 2 minggu,perut akan menghasilkan satu lapisan mukus minggu untuk melancarkan proses penghadaman. 



3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.


4.Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.


5.Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

6.Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku yang pernah dicatitkan.


7.Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.


8.Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya. 


9.Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak. 


10. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun pula ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune.

Oleh : Roy Podolski

10 Barangan Pelik yang Terjual Di eBay

Sememangnya kita biasa membeli barangan dari Internet tetapi kebanyakan barangan yang kita beli adalah barangan keperluan untuk diri kita.Berikut adalah ringkasan 10 senarai barangan pelik yang terjual di eBay.Mungkin banyak lagi barangan pelik yang dijual pada masa ini cuma kita saja tak mengetahuinya.Mari sama-sama baca.

10. Dahi Seorang Lelaki


Andrew Fischer,20 tahun dari Oklahoma telah menjual bahagian dahinya untuk dijadikan ruang iklan.Dia kemudiannya menerima sebanyak $37,375 dari SnoreStop untuk sebulan pengiklanan didahinya.

9.Pekan Di Texas


Pekan Albert di Texas merupakan pekan yang terkenal dengan warisan Jerman dan latar belakangnya yang santai.Tawaran tersebut juga termasuk dengan gelaran Datuk Bandar dan taman bir.

8.Seluar Dalam Michael Jackson

Seluar pendek jenis boxer yang digunakan oleh Michael jackson sebagai seluar dalam telah dijual dengan harga sebanyak 1 juta.Ia kemudiannya telah dirampas untuk dijadikan bukti semasa penyiasatan kes pencabulan kanak-kanak yang melibatkan Michael Jackson.

7.Maksud Sebenar Kehidupan


Penjual mendakwa telah menemui sebab bagi kewujudan manusia.Bidaan yang paling tinggi ialah sebanyak $3.26.#LOL.

6.Seorang Bayi

Sepasang kekasih telah meletakkan bayinya didalam eBay untuk 1 euro sebagai jenaka.Mereka kemudiannya dilucutkan hak penjagaan bayi tersebut dan disiasat atas dakwaan penyeludupan kanak-kanak.

5.Bingkai Tingkap Penembak JFK


Tingkap dan bingkai dari tempat persembunyian penembak JFK iaitu Lee Harvey Oswald telah dijual dengan harga $3 juta.

4.Tisu Terpakai

Batuk scarlett johanson telah membantu menaikkan nilai selebriti tersebut apabila tisu yang digunakan beliau telah berjaya di lelong pada harga $5000 semasa lelongan amal.

3.Hantu didalam Balang

Peniaga ini telah menjumpai balang ini semasa mengimbas metal dan dihantui oleh kandungan di dalam balang tersebut.Walaubagaimanapun,barang barangan menarik yang ternyata menipu itu mendapat bidaan tertinggi sehingga $100 juta.

2. Sandwich keju panggang Virgin Mary


Seorang peniaga menawarkan sandwich keju panggang dengan harga $28k apabila Virgin Mary telah muncul pada permukaan roti sandwich tersebut. 

1.Hidup sepanjang hayat seorang lelaki


Ian Usher telah menjual hidupnya dengan harga sebanyak $300k,ia termasuklan dengan rumah,kereta,jet ski dan memperkenalkan dengan kawan-kawannya di Perth,Australia.

Oleh : Roy Podolski & phoenix2020