Memaparkan catatan dengan label santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label santai. Papar semua catatan

Isnin, 28 Januari 2013

10 TV Series Yang Awesome!!

Aku suker tengok tv, ape aje yang best aku layan jer. Kebanyakan cerita bersiri, aku memang suka tengok. Dulu-dulu kebanyakannya dekat TV2 dan TV3. Sekarang banyaklah plihannya dengan 8Tv, NTV7, ASTRO dan online channel. Jom tengok a list of TV series yang dah tamat siaran, yang berjaya turn me into a couch potato dulu-dulu :D

1. The X-Files (1993 - 2002)
"The truth is out there". Tagline yang sinonim dengan X-Files. This is my all time favourite TV series. Sangatlah best cerita ni. Watak Agent Dana Scully (Gillian Anderson) dengan Agent Fox Moulder (David Duchovny) sangat pandailah berlakon. Plot cerita yang memang Awesome!! Geliga otak si Chris Carter, creator of this story. Memang terbaiklah cerita ni. 

The X-Files

2. Angel (1999 - 2004)
Wewww citer ni memang best. Kisah pasal vampire yang dilakonkan oleh David Boreanaz. Citer ni pecahan daripada Buffy: The Vampire Slayer. 
Angel

3. Dawson's Creek (1998 - 2003)
Aku suker tengok Dawson's Creek. Citer ni James Van Der Beek dengan Katie Holmes berlakon sebagai watak utama. Dulu masa further study, me and my roommate angkat TV masuk bilik sebab nak tengok citer ni. Citer ni siaran dia lewat. Pukul 12 midnite rasanya. So, the best way, kitorang angkat TV masuk bilik. Senang sikit nak tengok. ekekekeke. Tapi time ni study week, ramai student balik rumah so rasa tak bersalahlah songlap Tv :P
Dawson's Creek

4. E.R (1994 - 2009)
E.R ni citer pasal kehidupan seharian doktor-doktor dan nurse Emergency Room kat hospital. George Clooney dulu belakon dalam siri E.R ni. Karakter yang aku suker tengok ialah watak Dr. Mark Greene. Real jer tengok diorang berlakon. 
E.R.

5. Popular (1999 - 2001)
Popular ni cerita pasal budak-budak high school dan jalan citer dia menarik. Tertarik dengan setiap karakter pelakon-pelakon dalam ni dan juga jalan cerita dia yang tidak membosankan.
Popular

6. Buffy The Vampire Slayer (1997 - 2003)
Sarah Michelle Gellar berlakon dalam citer ni. Citer pasal dia and her bunch of friends yang hunt and kill semua vampire and demons.
Buffy: The Vampire Slayer

7. The Nanny (1993 - 1999)
Fran Drescher yang sengau ni berlakon as Nanny. Bos dia duda anak tiga yang kaya. Pastu diorang dua ni suker sama suker. Walaupun perangai si Fran ni gila-gila tapi baik hati. Kelakar citer ni. lol
The Nanny

8. Amazon (1999 - 2000)
Kisah sekumpulan penumpang kapal terbang yang terselamat bila kapal terbang diorang crash. Stranded dekat Amazon. Jalan cerita ni best tapi sayang 1 musim jer. Lepas tu tak der dah.
Amazon

9. The 4400 (2004 - 2007)
Another TV series yang make your brain jump here and there. Aku suker tengok citer ni gak. Sekumpulan 4400 orang yang hilang tiba-tiba muncul balik. They're back with some extraordinary abilities!!
The 4400

10. Bewitched (1964 - 1972)
Cerita ni TV pasang dulu-dulu. Kisah pasal perempuan ni ahli sihir kahwin dengan manusia biasa. Suami dia larang isteri dia daripada guna kuasa sihir dalam kehidupan seharian diorang tapi wife dia still guna curik-curik. Salah satu sitcom komedi yang best.
Bewitched

Oleh: Phoenix2020

Selasa, 22 Januari 2013

5 Pantai Yang Bahaya Di Dunia

Jika anda seorang yang suka mengembara ke luar negara sudah semestinya diantara destinasi pilihan yang akan anda lawati adalah pantai.Tetapi tahukah anda bahawa terdapat pantai-pantai yang bahaya untuk anda kunjungi?Mari baca info ringkas yang kami sediakan mengenai 5 pantai berbahaya didunia,manalah tahu jika anda terpergi ke pantai tu maka bolehlah anda sediakan kelengkapan yang secukupnya :D

Fraser Island, Australia


Lautan yang mengelilingi Pulau fraser, yang merangkumi timur-selatan Queensland merupakan kawasan larangan,melainkan jika anda tidak kisah untuk berenang besama-sama dengan jerung dan obor-obor, sementara terpaksa mengatasi arus ombak yang kuat dan ganas. Di sebelah atas kawasan pulau, terdapat pelbagai labah-labah berbisa, selain buaya air masin yang pelik, dan juga dingo yang memang terkenal di dalam menyerang manusia.

Gansbaai, South Africa


Di bahagian kawasan ini merupakan tempat jerung putih. beberapa batu daripada pantai, terdapat satu terusan air yang dipanggil Shark Alley. Ianya terletak di antara Pulau Dyer dan Geyser Rock. Selain itu ia juga merupakan tempat koloni memerang berbulu berteduh, yang mana telah menarik perhatian jerung putih pembunuh sekaligus menajadi tempat utama tarikan para pelancong. Para pelancong yang datang kesitu  akan berlindung di dalam sangkar besi kalis jerung sambil mengambil gambar dan video.

Hanakapiai, Hawaii 


Jika papan tanda yang menyambut pelancong di pantai Hanakapiai di Hawaii tepat, sekurang-kurang nya 83 orang telah lemas di sini. Lebih kurang sama dengan pantai Kauai di Napali, arus air dan ombak yang kuat dan ganas amat merbahaya untuk aktiviti berenang.Terdapat laporan yang mengatakan bahawa terdapat mangsa lemas walaupun berada di kawasan air cetek.

Praia de Boa Viegem, Brazil


Pantai yang popular di Recife, Brazil ini telah menarik perhatian pelancong untuk menikmati matahari disepanjang tahun dan dikenali sebagai bebas daripada jerung. Akan tetapi, sejak tahun1992, terdapat lebih kurang 50 kali serangan jerung berlaku di pantai ini yang mengakibattkan 19 kematian. Pakar alam sekitar menyalahkan bot-bot nelayan yang menangkap ikan disekitar pantai tersebut di atas kerosakan ekosistem pantai tesebut. Dan jika alasan itu tidak mencukupi untuk anda berjaga-jaga mengenai keselamatan anda, bandar ini juga mempunyai rekod jenayah yang tinggi.

Northern Territory and Queensland, Australia


Setiap tahun, di antara bulan oktober dan april, beribu-beribu obor-obor telah menyebabkan penutupan beratus pantai di sepanjang utara australia. Obor-obor ini adalah merupakan di antara hidupan beracun berbahaya di dunia, yang mana telah menyebabkan sekurang-kurangnya 70 kematian sejak tahun 1883 lagi. Sengatnya yang berbisa dan menyakitkan telah menyebabkan sesetengah mangsa mengalami kekejangan sebelum sempat sampai ke pantai.

Oleh : Roy Podolski & phoenix2020