Selasa, 15 Januari 2013

10 Universiti Tertua Di Dunia

Tahukah anda bahawa peradaban Islam adalah yang pertama dalam mewujudkan universiti di dunia?Setelah dua tahun dunia Islam memperkenalkan universiti,baru lah eropah mengikuti jejak langkah dunia islam.Jadi kepada anda pelajar-pelajar universiti,mari ketahui universiti-universiti yang tertua didunia.Manalah tahu anda adalah salah seorang yang belajar di Universiti tertua di dunia?Berikut adalah 10 Universiti Tertua Di Dunia.

10 Universiti Tertua Di Dunia - Blogging Si Blogger | Enhance The Variety
1. Universiti Al-Karaouine @ Al-Qarawiyyin
Universiti ini terletak di Fes, Morocco. Pada mulanya universiti ini adalah sebuah masjid yang didirikan pada tahun 859 oleh seorang wanita bernama Fatima al-Fihri. Kemudian ianya berkembang menjadi salah satu universiti terkemuka untuk bidang ilmu alam. Pada tahun 1957, universiti ini berkembang dengan bertambahnya beberapa bidang ilmu, iaitu matematik, fizik, kimia, dan bahasa asing. Universiti ini turut mendapat pengiktirafan sebagai universiti tertua dari Guinness Book of World Records.

10 Universiti Tertua Di Dunia - Blogging Si Blogger | Enhance The Variety
2. Universiti Al Azhar
Universiti Al Azhar berada di Mesir, berada di kedudukan kedua sebagai universiti tertua yang dibina pada 970-972. Universiti al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan. Di universiti ini juga turut diajar berbagai bidang ilmu pengetahuan moden.

10 Universiti Tertua Di Dunia - Blogging Si Blogger | Enhance The Variety
3. Universiti Nizamiyya
Universiti ini adalah satu dari sejumlah universiti yang didirikan oleh Khwaja Nizam Al-Mulk pada abad 11 di negara yang ketika ini dikenal dengan nama Iran. Paling terkenal dari semua sekolah Nizamiyyah adalah Al-Nizamiyyah di Baghdad, didirikan pada 1065 di Dhu'l Qa'da dan terletak di Isfahan.

10 Universiti Tertua Di Dunia - Blogging Si Blogger | Enhance The Variety
4. Universiti Bologna
Universiti ini adalah sistem pendidikan tinggi pertama yang didirikan di belahan dunia Barat pada tahun 1088, di Bologna, Italia. Universiti Bologna termasuk universiti yang berada di peringkat atas hingga masa perang dunia kedua. Pada masa itu, para pemimpin menempatkan universiti untuk menjalin hubungan dengan institusi-institusi di negara yang lebih maju untuk memperkuat filosofi pendidikannya. Hingga ke hari ini, universiti Bologna masih dianggap sebagai salah satu universiti yang maju dalam sistem pendidikan di Eropah.

10 Universiti Tertua Di Dunia - Blogging Si Blogger | Enhance The Variety
5. Universiti Paris
Tidak berapa jelas dalam siapa yang membina universiti Paris ini. Namun, proses belajar dan mengajar di universiti ini telah berlangsung sejak tahun 1096. Kemudian, terjadi pengstrukturan lalu menjadi 13 universiti otonomi pada tahun 1970. Seringkali disebut sebagai Sorbonne setelah College de Sorbonne yang didirikan sekitar tahun 1257. universiti ini berkembang pada akhir abad 12 di wilayah Katedral Notre Dame sebagai sebuah pusat pembelajaran bidang seni, kedoktoran, hukum, dan teologi.

10 Universiti Tertua Di Dunia - Blogging Si Blogger | Enhance The Variety
6. Universiti Oxford
Seperti Universiti Paris, tarikh asal universiti Oxford dibina juga tidak jelas. Secara formal dinyatakan universiti Oxford dibina pada tahun 1096. universiti ini berkembang pesat sejak tahun 1167, ketika Henry II melarang pelajar Inggeris untuk belajar ke universiti Paris. Universiti Oxford pernah ditutup dua kali. Pertama, pada tahun 1209 dan tahun 1355 kerana berlakunya rusuhan di St Scholastica. Pada masa sekarang, universiti berbahasa Inggris tertua ini, memiliki 38 jurusan dengan struktur dalaman masing-masing.

10 Universiti Tertua Di Dunia - Blogging Si Blogger | Enhance The Variety
7. Universiti Montpelier
Universiti ini terletak di Montpelier, Perancis. Para pengkaji percaya bahawa usia universiti ini jauh lebih tua dari penubuhan rasminya pada tahun 1150.

10 Universiti Tertua Di Dunia - Blogging Si Blogger | Enhance The Variety
8. Universiti Cambridge
Universiti Cambridge dikenali sebagai universiti berbahasa Inggeris tertua kedua setelah Oxford dan terletak di England. Universiti ini diasaskan oleh para cendekiawan yang meninggalkan universiti Oxford selepas satu perbalahan dengan penduduk tempatan di bandar Oxford pada tahun 1209. Ketika ini, Cambridge termasuk salah dalam satu universiti terulung dan bertaraf elit di dunia. Hingga tahun 2009, para alumni universiti ini telah memenangi 85 anugerah Nobel.

10 Universiti Tertua Di Dunia - Blogging Si Blogger | Enhance The Variety
9. Universiti Salamanca
Universiti Salamanca terletak di Salamanca, Sepanyol yang didirikan pada 1218 dan memperoleh gelaran "universiti" oleh Paus Alexander IV pada tahun 1225. Awalnya, universiti Salamanca didirikan oleh Raja Alfonso IX Leonese untuk memberikan kesempatan pada masyarakat Leonese untuk belajar, daripada pergi belajar di Castile. Masa kini, Salamanca tetap menjadi universiti pilihan bagi siswa Sepanyol yang ingin fokus pada sains kemanusiaan dan bahasa.

10 Universiti Tertua Di Dunia - Blogging Si Blogger | Enhance The Variety
10. Universiti Padua
Universiti Padua adalah universiti tertua kedua di Itali setelah Universiti Bologna yang didirikan pada tahun 1222, ketika sekelompok mahasiswa dan profesor meninggalkan universiti Bologna.

Olahan : Roy Podolski
Sumber : wiki & collegestats

4 ulasan:

  1. Islam mmg pusat ilmuan. banyak buku2 ilmiah kajian2 especially perubatan yg ditulis oleh ilmuan Islam ditranslatekan ke bahasa2 laen. lepas tu, penulis asal di lupakan dan yg ciplak tu di agungkan2

    BalasPadam