Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Rabu, 27 Mac 2013

Hati-hati Ketika Beli Makanan


Makanan atau jajan di pinggir jalan kadangkala menggiurkan, apatah lagi ketika sedang berjalan-jalan atau melancong.
Harga setiap hidangan yang ditawarkan biasanya lebih murah berbanding di restoran, sekali gus menjimatkan perbelanjaan ketika melancong.

Teruja dengan keenakan kulinari pinggir jalan, jangan lupa memerhatikan kesesuaian serta kebersihan makanan demi kesihatan perut.

Jangan nanti, anda terpaksa menghabiskan masa anda berehat di bilik dan bukannya berkunjung ke lokasi pelancongan disebabkan sakit perut, cirit- birit dan muntah-muntah.

Namun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menikmati keenakan makanan tempatan yang cukup istimewa dan me–nyelerakan.

Ia pasti menjadi satu kerugian jika tidak merasai masakan istimewa sesuatu tempat yang dikunjungi terutama anda penggemar makanan.

Jom semak tip minggu ini. Ia mungkin dapat membantu anda ketika mahu menikmati keenakan makanan tempatan di destinasi pelancongan yang anda kunjungi.

Kebersihan makanan

Jika boleh, intai setiap bahan makanan yang disajikan. Apakah pembungkus makanannya bersih dan bahan mentah yang belum dimasak disimpan di tempat yang sesuai.

Lihat juga peralatan yang digunakan oleh si peniaga. Adakah ia dicuci selepas digunakan atau sebaliknya.

Lihat makanan yang sedang dimasak

Biasanya penjual makanan di pinggir jalan akan memasak makanannya secara terbuka. Sehingga anda sendiri boleh melihat bagaimana proses makanan itu dimasak.

Bagaimana ia mengolah makanan yang berasal dariPADA daging mentah atau minuman dengan ais. Dengan itu, anda boleh mempertimbangkan untuk membelinya atau
sebaliknya.

Memilih makanan sihat

Tiada salah memilih makanan apa yang akan dibeli. Ini kerana, tidak semua jajan yang dijual me–nyihatkan terutama makanan bergoreng.

Oleh itu, jika membeli makanan di tepi jalan, cubalah membeli makanan daripada sumber sayuran atau buah-buahan. selain menyihatkan, anda mungkin terhindar daripada mengalami sakit perut.

Lihat kebersihan peniaga dan kawasan sekitar

Demi menjaga kesihatan perut, melihat kebersihan si peniaga adalah perlu. Ini kerana, penjagaan kebersihan ketika menyediakan makanan juga perlu di ambil kira.

Jika peniaga itu tidak menjaga kebersihan diri, bagaimana pula dengan kebersihan makanan yang dijualnya.

Kebersihan kawasan sekitar juga perlu dititikberatkan. Jangan hanya kerana terlalu terliur dengan makanan yang dijual, anda mengambil enteng kebersihan kawasan sekitar kedai atau warung tepi jalan itu.

Membawa peralatan makan sendiri

Kita tidak pernah tahu apakah sudu atau garpu yang digunakan dicuci dengan bersih atau tidak. Justeru, bagi mengelak sebarang masalah, anda mungkin boleh mempersiapkan diri dengan membawa alat makan sendiri untuk menjaga kebersihan.

Sumber : SINI

Rabu, 16 Januari 2013

Info Kesihatan : Bahaya Minuman 3 dalam 1 !!

Sekadar gambar hiasan

Minuman 3 dalam 1 sering menjadi pilihan masyarakat masa kini yang mahukan pengjimatan masa dalam penyediaaan.Mudah dan cepat untuk disediakan dan hanya mengambil masa tidak sampai seminit.Bagi anda yang gemarkan minuman 3 dalam 1 boleh lah cuba mengurangkannya mulai sekarang kerana ianya lebih banyak mendatangkan mudarat pada tubuh badan anda berdasarkan pada kajian yang dilakukan oleh Pensyarah Program Dietetik.Mari baca info dibawah.

Menurut Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.

“Ia tidak memberi sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.”

“Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya lagi kepada Kosmo!

Menurut Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-dalam-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit.

Katanya, krimer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.

Sementara itu, Shariza menjelaskan, antara faktor yang menyebabkan minuman 3-dalam-1 menjadi pilihan ramai ketika ini adalah disebabkan kosnya yang murah iaitu antara 50 sen hingga RM1 bagi setiap paket.

Menurutnya, gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan jadual kerja harian turut memainkan peranan mempopularkan minuman itu kerana ia mudah dibancuh walaupun di tempat kerja.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pengambilan minuman tersebut bukannya tidak dibenarkan tetapi perlu diambil secara sederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain.
Info Kandungan minuman 3-dalam-1:
  • Mengandungi lebih tiga sudu teh gula dalam setiap pek.
  • Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
  • Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
  • Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
  • Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.
  • Jumlah kalori itu sama dengan dua keping roti atau sepinggan nasi.
  • Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
  • Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.
Rujukkan: Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

Rabu, 2 Januari 2013

Ovarian Cyst

Assalamualaikum my dear frens..

Hari ni aku nak share dgn korang tentang 1 permasalahan yg telah menjadi fenomena dikalangan belia wanita di Malaysia.. nisbah 1:20.. agak tinggi kan??? jujur ku katakan di sini, agak merisaukan jgk la kalau kes ini semakin meningkat dari mase ke semasa..

First of all aku nak explain dulu ape itu Ovarian Cyst.. bagi wanita normal, setiap kitaran haid, organ pada ovari akan membentuk gelembung dinamakan ovarian follikel. Dalam mende tu mengandungi benih wanita. then selepas ovum ni dikeluarkan, maka ovarian follikel ni akan mengecut balik, tetapi ade plak jenis ovarian follikel ni tak mengecut malah membesar plak (2cm above..) dan terjadilah di situ ovarian cyst.. clear? ok bawah ni ade sample gambar utk korang tgk.. kalau normal, dia akan mengecut kat area follicular tu, so bile terjadi cyst, dia akan menggelembung disitu.. ikut lah besar mane dia nak membesa kan.. kuasa tuhan.. :)


Mengikut sumber yg boleh dipercayi, 95% dari kes ovarian cyst ni, adalah pada tahap tidak merbahaya. Ini disebabkan ovarian cyst ni bukan suatu jenis penyakit. Ianya adalah bersifat semulajadi bagi fisiologi wanita.

Ovarian cyst ni sebenarnye terdapat pada semua wanita yg ada ovari terutama pada waktu2 subur wanita. But sometimes mende ni mendatangkan kemudaratan jugak pada certain2 waktu.. Example like sakit pada bahagian abdomen bawah..sakit dia Nauzubillah.. Bole kelabu mata time menahan sakit tu.. pastu rasa kembung pada abdomen bawah tu, then sakit pada payudara, berasa letih bebenor, sakit kepala dan masalah ketidaksuburan.

So pada korang semua, kalau rase diri tu tak berapa selesa dgn keadaan sekarang, aku sarankan pergi la berjumpe pakar utk buat scan ke, test mcm2 test.. mmg mende ni melecehkan dan kadang2 rase malas disebabkan kita mampu utk menahan lagi kesakitan..plus MALU.. tapi trust me, for those yg rase dlm diri dia ade yg tak kene, berjumpe la pakar.. sebab diri kita sendri yg je yg tahu tang mana tak betul.. kannn?

Okla, stakat ni saje info yg boleh aku share dgn korang pasal ovarian cyst.. nak ckp lebih, aku bukan gynae.. aku dpt info pun melalui sumber bacaan dari doktor2 pakar.. byk kaedah skrg ni utk mengatasi masalah cyst.. so bile kite suda di sah kan ade cyst, jgn la terlalu takut sampai pk 1 bende je dlm kepala, MAUT.. klau kite bertindak awal, In sha Allah, ianya bole diselamatkan lagi dan life bole kembali normal seperti biasa..



Keluarga sihat keluarga bahagia.. :)


''pulau pandan jauh ke tengah,
  pulau kapas bersisiran di tepi,
  jika tuan puan berasa megah,
  awas, penyakit dalaman kita tak tau lagi.. ''


TQ, Wassalam.

Oleh : EleenAndika

Sabtu, 21 Julai 2012

Ubat Untuk Lawan HIV Dikeluarkan

blog blogging si blogger ubat untuk hiv dikeluarkan

Setelah 30 tahun menjalankan kajian terhadap virus yang menyebabkan jangkitan Aids,buat pertama kalinya pil harian membantu pencegahan rebakkan HIV diluluskan oleh pihak penguat kuasa Amerika Syarikat (AS).

Sejenis pil harian iaitu Truvada Gilead disah kan sebagai satu langkah pencegahan kepada individu yang berisiko tinggi terdedah kepada HIV melalui aktiviti seksual.

Dalam pada itu, penguasa kesihatan awam berkata kelulusan itu boleh membantu memperlahankan penyebaran HIV yang mana telah menjangkiti kira-kira 50,000 manusia setiap tahun di AS.

Sehingga kini, pakar mengesahkan seramai 240,000 orang di AS masih tidak sedar bahawa mereka kini berstatus pembawa HIV selain 1.2 juta rakyatnya telah dijangkiti HIV dan rawatan menerusi ubatan antivirus dikesan dapat mengurangkan jangkitan berkenaan.Oleh itu,jauhilah seks bebas dan dadah.

Sumber : SINI