Khamis, 24 Januari 2013

Wartawan Terpaksa Membayar Gantirugi Untuk Porsche 917 Antik

Seorang wartawan majalah terpaksa berhempas pulas untuk mencari jalan bagi membayar kos gantirugi dan saman berjumlah $174,000-00. Wartawan British, Mark Hales terpaksa menanggung kerugian ini apabila kereta antik milik seorang bekas pelumba kereta, David Piper; yang juga pengumpul kereta telah rosak semasa sesi fotografi yang dibuat oleh Hales. Kereta Porsche 917 itu telah dibawa ke sebuah litar lumba bagi sesi fotografi bersama-sama dengan sebuah kereta Ferrari pada bulan April 2009 lepas. Namun, dipertengahan sesi, enjin kereta tersebut telah rosak. 

Porsche 917

Piper mengatakan bahawa Hales telah melanggar arahan dan janjinya apabila kereta tersebut telah dipandu melebihi 7,000 rpms. Piper mendakwa keretanya itu telah dipandu sehingga 8,200 rpms yang sekaligus telah menyebabkan kegagalan enjin kereta antik tersebut.

Mahkamah telah memutuskan agar Hales harus membayar Piper $74,000-00 bagi kos kerosakan dan tambahan $100,000-00 untuk kos-kos lain dan yuran guaman. Keputusan ini telah menyebabkan Hales berkemungkinan terpaksa menjual rumah dan memfailkan bankrupsi jika perintah mahkamah ini berkuatkuasa. Satu tabung derma kilat telah ditubuhkan oleh para peminat kereta dan juga gesaan agar Piper menarikbalik saman beliau terhadap Hales.

Photo: bjmullan via Flickr

Berita asal SINI

1 ulasan: