Memaparkan catatan dengan label global. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label global. Papar semua catatan
Rabu, 7 September 2016
Saintis Wujudkan Interaktif Apps Untuk Belajar Kesan Perubahan Di Lapisan Ais Antartika
Sekumpulan saintis yang bekerja di Universiti Exeter di England telah membangunkan sebuah aplikasi permainan interaktif yang inovatif, digelar Ice Flows, yang direka untuk mengajar orang ramai mengenai kesan perubahan ke atas lapisan Ais Antartika pada penguin Antartika.
Rabu, 27 Mac 2013
Doktor Bunuh Lebih 300 Pesakit Di Hospital
![]() |
| Gambar Hiasan |
Sao Paulo: Seorang doktor yang dituduh membunuh pesakitnya bagi mengosongkan katil hospital mungkin boleh dipersalahkan atas lebih 300 kematian.
Virginia Soares de Souza dipercayai bertindak “seperti Tuhan” dengan memberikan ubat penenang otot berlebihan atau mematikan mesin sokongan hayat pesakit tertentu.
Jika dibuktikan, polis berkata, Virginia kemungkinan besar bertanggungjawab atas kematian lebih ramai pesakit berbanding pembunuh bersiri Britain, Harold Shipman, yang membunuh sekurang-kurangnya 215 orang sebelum dia menggantung dirinya pada 2004. Virginia - bekerja di Hospital Evangelico di Curitiba, selatan Brazil, sebelum ini dituduh menyebabkan kematian tujuh pesakit.
Namun, jumlah itu meningkat ketika polis menjalankan siasatan terhadap pesakit yang diletakkan di bawah pengawasannya sejak tujuh tahun lalu. Jurucakap polis berkata, mereka mungkin mengesan hampir 300 kes membabitkan Virginia. Sementara itu, peguam Virginia, Elias Mattar Assad berkata, dia akan membuktikan bahawa tertuduh tidak bersalah di mahkamah. - Agensi
Sumber : SINI
Selasa, 26 Mac 2013
Remaja Tergemuk Britain Masih Lagi Tambah Berat Badan
![]() |
| George Davis |
London: Selepas hanya beberapa bulan terselamat dalam operasi menyelamat yang dramatik, remaja tergemuk Britain sudah menambah berat badan sebanyak 25 kilogram.
Georgia Davis sekali lagi mencecah berat yang sangat membimbangkan iaitu 292 kilogram ketika berusaha untuk mengurangkan berat badannya.
Tetapi sejak dia keluar hospital, dia masih berhempas-pulas untuk mengekalkan diet pemakanannya.
Peningkatan berat badan Georgia dan jangkitan pada kakinya menjadikan dia banduan di kerusi sendiri. Berikutan sukar untuk bergerak, dia terpaksa tidur di kerusi.
Bercakap dari kediaman flet dua biliknya, Georgia memberitahu The Sun: “Saya cuba makan secara sihat tetapi tidak dapat memasak dalam situasi begini.
“Keadaan berjalan dengan baik untuk beberapa minggu tetapi selepas itu keadaan bertukar menjadi buruk.
“Minggu lalu adalah yang terburuk dan saya makan terlalu banyak biskut.
“Saya makan terlalu banyak. Saya tidak boleh membuka bungkusan biskut dan makan sekeping saja. Saya perlu makan semuanya.
“Malam ini saya akan makan KFC kerana saya rasa sangat sakit untuk berdiri dan memasak di dapur,” katanya.
Georgia berpindah ke flet di Aberdare, selatan Wales itu bersama rakannya, Sian Thomas November lalu selepas keluar dari Hospital Putera Charles di Merthyr Tydfil.
Dia dimasukkan ke hospital terbabit Jun tahun lalu selepas operasi yang memakan belanja 100,000 pound (RM500,000) untuk membawanya keluar dari kediaman keluarganya.
Sebahagian rumah itu terpaksa diruntuhkan untuk membolehkan dia diselamatkan.
Berat badan Georgia berkurangan 88 kilogram ketika menjalani rawatan selama sembilan bulan di ‘kem gemuk di Amerika Syarikat.
Di hospital, perkiraan kalori hariannya dikurangkan daripada 13,000 kepada 1,500 dan beratnya turun kepada 266 kilogram.
Pada awalnya, dengan bantuan Sian, Georgia mengekalkan pelan diet pemakanannya di kediaman baru mereka.
Tetapi rutin itu tergelincir dan jangkitan selulitis menyebabkan kakinya bengkak dan sakit.
Dia kini menghabiskan masa berjam-jam di kerusi, menonton televisyen dan membaca novel.
Georgia yang bakal mencapai usia 20 tahun dua minggu lagi berkata: “Saya cuba untuk tidak bersedih. Memang ketara ini bukan berat badan ideal dan saya tidak mahu jadi begini.
“Susah untuk mengekalkan rutin apabila saya sukar bergerak. Sian banyak membantu tetapi dia perlu bekerja dan tidak dapat menolong sepanjang masa.
“Tidur memang sukar kerana saya terpaksa menjadikan kerusi ini sebagai katil dan saya terjaga kerana kesakitan setiap dua jam.
“Tetapi saya masih ada di tempat yang lebih baik daripada di hospital. Sekurang-kurangnya saya sentiasa mengukur berat badan saya. Sebelum ini, saya selalu putus asa.
“Jururawat yang merawat saya menyelamatkan nyawa saya. Demi mereka, saya perlu terus mencuba,” katanya. - The Sun
Sumber : SINI
Ahad, 17 Mac 2013
Wajah Pemuda Bertukar Seperti Cobra Selepas Bunuh 3 Ular
BOGOR, Jawa Barat - Seorang lelaki dari Kampung RT 04 RW 02 Desa Ciluar, Kecamatan Bogor Utara, Kota Bogor menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu setelah dia dipercayai membunuh tiga ekor ular berwarna hitam.Akibat penyakit itu, muka Adi, 30, yang bekerja sebagai buruh di kilang sagu di sini membengkak sehingga menutupi wajah lelaki itu manakala mulutnya tidak kelihatan.
Melihat keadaan Adi, penduduk kampung menggelarnya sebagai Adi 'Kobra'.Memburukkan lagi keadaan, Adi kini berbau busuk seperti bangkai dan turut dihinggapi ulat hingga keluarganya tidak membenarkan penduduk kampung melawatnya.
Menurut isterinya yang tidak mahu dikenali kepada Liputan6.com, kejadian itu berlaku semasa suaminya bekerja pada syif malam dan menemukan tiga ekor ular.Setelah menemukan ular itu, Adi mengaku kepada rakannya bahawa dia menyiksa dan membunuh haiwan itu sehingga mati.
Malah binatang itu dikerat-kerat dan dijadikan seperti sate sebelum dibakar.''Di, jangan disiksa ular itu kerana ular itu juga punya perasaan," kata temannya.Adi menjawab, "Ahh... saya tidak takut sama ular, syaitan ataupun jin.
Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adi mengadu kepada isterinya dia sakit gigi dan pipinya berwarna kemerah-merahan.Kata isterinya, pelbagai usaha dilakukan mereka termasuk ke hospital berdekatan namun doktor yang merawatnya mendakwa mereka tidak mampu merawat penyakit Adi.
Hal ini kerana menurut doktor, penyakit Adi tergolong dalam sakit yang tiada ubat iaitu barah.
Ekoran itu, pelbagai cara digunakan keluarga Adi termasuk secara alternatif dan tradisional namun mereka tidak sanggup merawat penyakitnya. - AGENSI
p/s : Jangan lah menganiaya binatang tanpa sebab & bersikap angkuh,Sesungguhnya Allah boleh bayar cash pada diri kita sepertimana yang Allah bagi pada pemuda tu..Moga sama-sama mendapat iktibar.
Sumber : SINI
Jumaat, 1 Mac 2013
Misteri Puluhan Pari Terdampar di Pantai Gaza (VIDEO)
Sekitar 220 ekor ikan pari jenis Mobula ditemui terdampar secara misteri di pantai Bandar Gaza dalam wilayah Palestin kelmarin.
Sekaligus penemuan itu menjadi rezeki beberapa orang nelayan di sini yang bertindak melapah haiwan tersebut untuk dijual di pasar.
Dalam satu temu bual bersama media tempatan, seorang nelayan itu dipetik sebagai berkata, ini merupakan kali pertama ikan pari ditemui terdampar di pantai itu sejak enam tahun lalu.
Media tempatan melaporkan, ikan pari itu mampu mencapai berat 76 kilogram dan ia dijual pada harga lima shekel (RM4.21) untuk 0.5 kilogram di pasar tempatan - Agensi
Sumber : SINI
Selasa, 22 Januari 2013
5 Pantai Yang Bahaya Di Dunia
Jika anda seorang yang suka mengembara ke luar negara sudah semestinya diantara destinasi pilihan yang akan anda lawati adalah pantai.Tetapi tahukah anda bahawa terdapat pantai-pantai yang bahaya untuk anda kunjungi?Mari baca info ringkas yang kami sediakan mengenai 5 pantai berbahaya didunia,manalah tahu jika anda terpergi ke pantai tu maka bolehlah anda sediakan kelengkapan yang secukupnya :D
Fraser Island, Australia
Lautan yang mengelilingi Pulau fraser, yang merangkumi timur-selatan Queensland merupakan kawasan larangan,melainkan jika anda tidak kisah untuk berenang besama-sama dengan jerung dan obor-obor, sementara terpaksa mengatasi arus ombak yang kuat dan ganas. Di sebelah atas kawasan pulau, terdapat pelbagai labah-labah berbisa, selain buaya air masin yang pelik, dan juga dingo yang memang terkenal di dalam menyerang manusia.
Gansbaai, South Africa
Di bahagian kawasan ini merupakan tempat jerung putih. beberapa batu daripada pantai, terdapat satu terusan air yang dipanggil Shark Alley. Ianya terletak di antara Pulau Dyer dan Geyser Rock. Selain itu ia juga merupakan tempat koloni memerang berbulu berteduh, yang mana telah menarik perhatian jerung putih pembunuh sekaligus menajadi tempat utama tarikan para pelancong. Para pelancong yang datang kesitu akan berlindung di dalam sangkar besi kalis jerung sambil mengambil gambar dan video.
Hanakapiai, Hawaii
Jika papan tanda yang menyambut pelancong di pantai Hanakapiai di Hawaii tepat, sekurang-kurang nya 83 orang telah lemas di sini. Lebih kurang sama dengan pantai Kauai di Napali, arus air dan ombak yang kuat dan ganas amat merbahaya untuk aktiviti berenang.Terdapat laporan yang mengatakan bahawa terdapat mangsa lemas walaupun berada di kawasan air cetek.
Praia de Boa Viegem, Brazil
Pantai yang popular di Recife, Brazil ini telah menarik perhatian pelancong untuk menikmati matahari disepanjang tahun dan dikenali sebagai bebas daripada jerung. Akan tetapi, sejak tahun1992, terdapat lebih kurang 50 kali serangan jerung berlaku di pantai ini yang mengakibattkan 19 kematian. Pakar alam sekitar menyalahkan bot-bot nelayan yang menangkap ikan disekitar pantai tersebut di atas kerosakan ekosistem pantai tesebut. Dan jika alasan itu tidak mencukupi untuk anda berjaga-jaga mengenai keselamatan anda, bandar ini juga mempunyai rekod jenayah yang tinggi.
Northern Territory and Queensland, Australia
Setiap tahun, di antara bulan oktober dan april, beribu-beribu obor-obor telah menyebabkan penutupan beratus pantai di sepanjang utara australia. Obor-obor ini adalah merupakan di antara hidupan beracun berbahaya di dunia, yang mana telah menyebabkan sekurang-kurangnya 70 kematian sejak tahun 1883 lagi. Sengatnya yang berbisa dan menyakitkan telah menyebabkan sesetengah mangsa mengalami kekejangan sebelum sempat sampai ke pantai.
Oleh : Roy Podolski & phoenix2020

Isnin, 21 Januari 2013
10 Barangan Pelik yang Terjual Di eBay
Sememangnya kita biasa membeli barangan dari Internet tetapi kebanyakan barangan yang kita beli adalah barangan keperluan untuk diri kita.Berikut adalah ringkasan 10 senarai barangan pelik yang terjual di eBay.Mungkin banyak lagi barangan pelik yang dijual pada masa ini cuma kita saja tak mengetahuinya.Mari sama-sama baca.
10. Dahi Seorang Lelaki
Andrew Fischer,20 tahun dari Oklahoma telah menjual bahagian dahinya untuk dijadikan ruang iklan.Dia kemudiannya menerima sebanyak $37,375 dari SnoreStop untuk sebulan pengiklanan didahinya.
9.Pekan Di Texas
Pekan Albert di Texas merupakan pekan yang terkenal dengan warisan Jerman dan latar belakangnya yang santai.Tawaran tersebut juga termasuk dengan gelaran Datuk Bandar dan taman bir.
8.Seluar Dalam Michael Jackson
Seluar pendek jenis boxer yang digunakan oleh Michael jackson sebagai seluar dalam telah dijual dengan harga sebanyak 1 juta.Ia kemudiannya telah dirampas untuk dijadikan bukti semasa penyiasatan kes pencabulan kanak-kanak yang melibatkan Michael Jackson.
7.Maksud Sebenar Kehidupan
Penjual mendakwa telah menemui sebab bagi kewujudan manusia.Bidaan yang paling tinggi ialah sebanyak $3.26.#LOL.
6.Seorang Bayi
Sepasang kekasih telah meletakkan bayinya didalam eBay untuk 1 euro sebagai jenaka.Mereka kemudiannya dilucutkan hak penjagaan bayi tersebut dan disiasat atas dakwaan penyeludupan kanak-kanak.
5.Bingkai Tingkap Penembak JFK
Tingkap dan bingkai dari tempat persembunyian penembak JFK iaitu Lee Harvey Oswald telah dijual dengan harga $3 juta.
4.Tisu Terpakai
Batuk scarlett johanson telah membantu menaikkan nilai selebriti tersebut apabila tisu yang digunakan beliau telah berjaya di lelong pada harga $5000 semasa lelongan amal.
3.Hantu didalam Balang
Peniaga ini telah menjumpai balang ini semasa mengimbas metal dan dihantui oleh kandungan di dalam balang tersebut.Walaubagaimanapun,barang barangan menarik yang ternyata menipu itu mendapat bidaan tertinggi sehingga $100 juta.
2. Sandwich keju panggang Virgin Mary
Seorang peniaga menawarkan sandwich keju panggang dengan harga $28k apabila Virgin Mary telah muncul pada permukaan roti sandwich tersebut.
1.Hidup sepanjang hayat seorang lelaki
Ian Usher telah menjual hidupnya dengan harga sebanyak $300k,ia termasuklan dengan rumah,kereta,jet ski dan memperkenalkan dengan kawan-kawannya di Perth,Australia.

Ahad, 20 Januari 2013
10 Letupan Mengarut Di Dunia Yang Tak Sepatutnya Berlaku
1) Ikan Paus Meletup

Bangkai seekor ikan paus telah meletup semasa di dalam perjalanan ke sebuah tempat penyelidikan di Taiwan pada 2004. Ikan paus tersebut yang telah mati di pantai dan meletup akibat daripada pembentukan gas di dalam bangkai paus tersebut.letupan bangkai paus tersebut telah menyebabkan jalanraya dilimpahi dengan darah dan cebisan bangkai ikan paus tersebut.Peniaga2 terpaksa memakai topeng semasa melakukan pencucian di sekitar kawasan yang terkena letupan paus tersebut. Untuk rekod, paus itu adalah seberat 50 tan dan mempunyai kepanjangan 55 kaki
2) Rokok Meletup
Seorang lelaki warga Indonesia telah kehilangan 6 batang gigi dan terpaksa dijahit sebanyak 51 jahitan di mulut apabila rokok yang dihisapnya meletupandi susanto, 31 tahun, mengatakan bahawa dia sedang menunggang motorsikal semasa rokoknya meletup. Dia telah menerima bayaran pampasan sebanyak 5 juta rupiah daripada syarikat rokok PT Nojorono tobacco. Indonesia merupakan tempat pasaran utama pengeluar-pengeluar rokok di dunia yang mana sebanyak 60 peratus daripada penduduknya adalah perokok.
3)Ipod Meletup
Ken stanborough, 47, dari Liverpool, terpaksa melepaskan ipod milik anak perempuannya yang berumur 11 tahun apabila beliau merasakan sesuatu yang pelik semasa memegang ipod berkenaan. Beliau berkata bahawa dia terdengar bunyi yang pelik dan ipod berkenaan mula berasa semakin panas dan berasap. Beliau lantas membaling ipod berkenaan keluar rumah beliau. Dalam masa 30 saat, ipod berkenaan telah meletup dan melambung setinggi 10 kaki.
4) Laptop Meletup
Semasa satu persidangan ni Jepun, sebuah komputer riba Dell tiab tiba meletup. Pemilik laptop berkenaan bernasib baik kerana semasa kejadian tersbut, dia meletakkan laptop tersebut di atas meja, bukannya di riba. Saksi kejadian mengatakan laptop tersebut terus terbakar, dan menghasilkan letupan-letupan selama 5 minit. maklumat mengenai model laptop tersebut tidak diketahui.
5) Tandas Meletup
Seorang lelaki telah mengalami kecederaan yang teruk apabila sebuah tandas mudah alih telah meletup semasa beliau sedang berada di dalamnya. Beliau telah menyalakan api untuk merokok dan tiba tiba tandas itu meletup dan mengakibatkan beliau tercucuk dengan serpihan2 kayu dan besi tandas tesebut. John Jenkins 53 dan juga isterinya sekarang di dalam proses menyaman syarikat kontraktor dan syarikat tempatan di atas faktor kelalaian dan kecuaian.
6)Kerusi Pejabat Meletup
Seorang budak lelaki berusia 14 tahun di China terbunuh apabila kerusi yang didudukinya telah meletup. letupan itu telah menyebabkan serpihan besi kerusi itu telah menikam rektum remaja berkenaan yang sekaligus membunuh beliau. letupan tersebut disebabkan oleh silinder gas yang berada di dasar kerusi berkenaan. silinder gas itu membolehkan pengguna menyelaraskan kerusi semasa duduk.Ada pendapat mengatakan tenaga yang dihasilkan oleh silinder berkenaan tidak mungkin dapat menghasilkan letupan seperti itu.
7) Gula-Gula Getah Meletup
Seorang pelajar jurusan kimia, Vladimir Lokhonos dari Ukraine meninggal dunia apabila gula gula getah yang dikunyah beliau telah meletup.saudara mara berkata, mereka telah terdengar satu letupan dari bilik mangsa dan bergegsa untuk melihat. mereka menemui bahagian bawah mulut muka mangsa telah tercedera dengan teruk dan rahang mangsa telah tekeluar sepenuhnya. pakar forensic yang menjalankan kajian terhadap gula gula getah tersebut telah menemui sebatian tidak dikenali yang terdapat di dalam nya.
8) Telefon bimbit Meletup
Seorang lelaki telah meninggal dunia apabila telefon bimbit yang digunakan meletup yang mengakibatkan kecederaan di arteri utama leher mangsa. Lelaki malang tersebut, yang berumur sekitar 20 an, yang bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai komputer di Guabngchou, China, meninggal dunia selepas menggantikan bateri telefon bimbit yang baru. beliau baru sahaja selesai mengecas bateri telefon bimbit berkenaan dan meletakkan telefon bimbit kedalam poket.
9) Deoderan Meletup
Seorang remaja lelaki 16 tahun cedera apabila deodoran jenis semburan yang dipakainya meletup. Kejadian berlaku di Santiago, Chili semasa remaja berkenaan memakai semburan deodoran di dalam bilik mandinya. remaja berkenaan terpaksa dimasukkan ke dalam wad di Santiago kerana kecederaan terbakar di muka beliau.Bapa tiri kepada remaja lelaki berkenaan berkata bahawa botol deodoran itu tba-tiba meletup semasa remaja berkenaan meletakkan botol deodoran itu di atas rak di bilik mandinya.Bumbung dan tingkat bilik air mereka telah rosak disebabkan letupan berkenaan.
10) Mesin basuh Meletup
Seorang lelaki di ST paul terselamat apabila mesin basuhnya meletup secara tiba-tiba di rumahnya. Glenn Johhnson telah meletakkan sedikit gasoline di dalam mesin basuh beliau untuk mencuci pakaian yang terkena gris. Campuran gasolin, sabun dan air telah mengakibatkan letupan tersebut.cara mencamporkan sedikit gasolin itu telah diajar oleh bapanya. Jumlah gasolin yang digunakan beliau pada hari tersebut telah terlebih sedikit dari kebiasaannya dan telah mengakibatkan reaksi kimia yang menyebabkan letupan berlalki.
Oleh : phoenix2020 & Roy Podolski

Sabtu, 19 Januari 2013
Askar INDONESIA Di Tumbuk DI Tampar !! Puas Ati Beb !! (VIDEO)
Mak aih,semalam dok layan video dalam Youtube terjumpa lah satu video yang bagi aku agak menarik.Mana tak menariknya bila tengok sekumpulan anggota unit beruniform iaitu Abang-Abang ASKER ditumbuk ditampar??Tapi aku masih lagi ada sifat-sifat perikemanusiaan,so takde lah suka beguling-guling sangat dia orang kena macam tu
Bagi aku bila nak berkhidmat untuk negara,mestilah mempunyai jiwa yang SOLID like a ROCK,tak boleh lembut-lembut macam sotong,so no wonder lah dia orang dalam video kat bawah ni dapat bertahan.Cuba kita bayangkan kita berada di posisi dia orang,mampu tak kita bertahan dengan asakan bertubi-tubi macam tu???Sampaikan jerawat pun pecah.Tak sanggup aku kena macam tu..takkk..maksud aku,aku tak sanggup pecah jerawat.serius sakit taim nak tido,tak boleh nak paling-paling muka kat bantal.
Back to topic,video yang dah ada dalam youtube selama empat tahun ni menerangkan kejadian berlaku di Indonesia dan dilakukan oleh angota senior kepada anggota yang baru lapor dalam unit dan ianya bukan bertujuan untuk mendera tetapi untuk mengajar dia orang semua supaya menjadi askar yang berani.Menunggu untuk diragging pun dah satu penyeksaan bagi aku.Rata-rata komen yang diberikan dalam video tu mengatakan ianya satu bentuk penderaan dan bukannya latihan.
Sememangnya membaca komen di Youtube satu perkara yang menghiburkan ati aku,macam-macam orang komen.hehe.Cerita panjang lebar pun tadak guna,layankan je la video kat bawah ni.Semoga terhibur dan pada mereka-mereka yang nak jadi "ASKER",persiap kan lah diri korang dengan sekental-kentalnya.Jangan dah masuk askar then baru lah nak belajar erti penyesalan.Selamat Menonton !!
Oleh : Roy Podolski
Khamis, 17 Januari 2013
5 HACKERS Paling Bahaya Di Dunia

Jonathan James
James terkenal apabila dia menjadi orang pertama yang dihantar ke penjara bagi kesalahan menggodam. Pada usia 16 tahun,dia telah pun dijatuhkan hukuman penjara. Dia mengaku dalam satu wawancara PBS bahawa dia hanya mencari keseronokan dan bermain-main dan apa yang menyeronokkan dia adalah cabaran tentang apa yang boleh dia lakukan.James mensasarkan organisasi yang berprofil tinggi sebagai pencerobohan utama. Dia memasang backdoor ke dalam pelayan disebuah agensi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang dikenali DTRA. Backdoor dicipta untuk membolehkan dia melihat email sensitif dan mencuri nama pengguna dan kata laluan pekerja.
James menggodam rangkaian NASA dan memuat turun sumber kod yang cukup untuk dia belajar bagaimana Stesen Angkasa Antarabangsa berfungsi. Jumlah nilai aset yang dimuat turun menyamai $ 1.7 juta. Lebih memalukan lagi, NASA terpaksa menutup rangkaian mereka selama tiga minggu semata-mata untuk menyiasat kebocoran maklumat tersebut yang mana menelan belanja sebanyak $ 41.000. James menjelaskan bahawa dia memuat turun kod itu untuk menambah kajian tentang C programming , tetapi menegaskan, “Kod itu sangat teruk dan tidak bernilai $ 1.7 juta seperti yang didakwa.”
Adrian Lamo
Digelar sebagai “penggodam yang tiada tempat tinggal,” Dia menggunakan sambungan Internet di, kedai kopi dan perpustakaan untuk menggodam. Lamo menggodam organisasi-organisasi utama seperti The New York Times dan Microsoft. Pencerobohan lamo menguji penembusan sekuriti, di mana beliau mendapati kelemahan dalam keselamatan, mengeksploitasi mereka dalam sekuriti maklumat syarikat.Yahoo!, Bank of America, Citigroup dan Cingular turut menjadi mangsa penggodaman Lamo.Lamo turut menggodam akaun LexisNexis Times.Kerana pencerobohan di The New York Times, Lamo telah diarahkan membayar kira-kira $ 65,000, perintah berkurung selama 6 bulan dan 2 tahun membuat kerja amal telah dikenakan pada beliau sebagai hukuman , yang mana tamat pada 16 Januari, 2007. Kini Lamo bekerja sebagai wartawan dan pernah memenangi anugerah dan juga wakil suara rakyat.

Kevin Mitnick
Mitnick adalah "penjenayah komputer yang paling dikehendaki dalam sejarah Amerika Syarikat" dan menggelarkan dirinya sebagai "Hacker poster boy,". Freedom Downtime dan Takedown adalah dua filem yang memperincikan eksploitasi beliau.
Mitnick mempunyai sedikit pengalaman menggodam sebelum melakukan kesalahan yang membuatkan beliau terkenal. Beliau memulakan mengeksploitasi sistem kad perakam waktu bas Los Angeles untuk mendapatkan keuntungan bebas. Kemudian, seperti pengasas bersama Apple, Steve Wozniak yang menceburkan diri dalam bidang phreaking telefon. Walaupun terdapat pelbagai kesalahan, Mitnick akhirnya disabitkan kesalahan kerana menggodam ke dalam rangkaian komputer Digital Equipment Corporation dan mencuri perisian. Beliau telah menggodam pakar komputer dan komputer rakan godamnya iaitu Tsutomu Shimomura, yang kemudiannya membawa kepada penangkapannya.
Hari ini, Mitnick telah telah memainkan peranan sebagai penggodam topi hitam dan menjadi ahli masyarakat yang produktif,perunding keselamatan komputer, penulis dan speaker.

Mark Abene
Mark Abene atau lebih dikenali dengan nama samaran Optik Phiber lahir pada tahun 1972. Beliau adalah seorang penggodam komputer keselamatan dari New York City. Phiber Optik juga pernah menjadi ahli Kumpulan Hacker Legion of Doom dan Sarjana Penipuan. Pada tahun 1994, konspirasi dan akses tanpa kebenaran kepada sistem komputer dan telefon telah menyebabkan beliau dihukum penjara selama setahun.
Pada awal tahun 1990-an, Phiber Optik merupakan seorang penggodam yang berprofil tinggi yang terdapat dalam The New York Times, Harper, Esquire, dalam debat dan di televisyen. Phiber Optik adalah seorang tokoh penting pada tahun 1995 dalam buku Sarjana bukan fiksyen Penipuan – Geng yang Diperintah ruang siber.

Michael Calce
Michael Calce adalah penggodam komputer yang dikenali sebagai “Mafiaboy”. Beberapa laman-laman Internet utama termasuk CNN telah dilumpuhkan oleh beliau, dan beliau di hadapkan ke mahkamah pada 18, Jan 2001 di Montreal, Kanada. Dia juga mengaku bersalah didalam 55 tuduhan menggodam.
Olahan : Roy Podolski
Sumber : SINI
Ditanduk Badak Selepas Bergambar Dengan Suami
JOHANNESBURG - Seorang wanita, Chantal Beyer ditanduk seekor badak sumbu selepas dia bergambar dengan suaminya, Sven Fouche di depan dua ekor haiwan itu baru-baru ini di Taman Semula Jadi Aloe Ridge dekat sini.
Sebelum gambar itu dirakamkan, seorang pemandu pelancong mengarahkan mereka berdiri di depan haiwan berkenaan.
Beyer yang berusia 24 tahun ditanduk dari arah belakang menyebabkan tulang rusuk dan parunya patah.
Dia kini dirawat di sebuah hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Agensi
Sumber : Kosmo! Online
10 Gadget Terbaik Sepanjang 50 Tahun James Bond
Sambil-sambil anda lihat gadget dan baca info dibawah,dengarkan lagu tema James Bond sebagai penaik semangat,biar teruja.
James Bond merupakan seorang hero terulung di abad ke-20. Sama ada anda adalah peminat hero klasik, Connery, peminat setia Brosnan di era 90-an ataupun watak hero terbaru yang dilakonkan oleh Craig; karakter Bond digambarkan “cool” bagi separuh abad. Tetapi karektor lelaki penuh misteri ini adalah sebaik gadgetnya juga. Pelbagai gadget yang canggih dan moden dipaparkan di dalam siri James Bond. Paling tidak anda mungkin akan tertarik dengan “Jetpack” James Bond jika tarikan-tarikan lain tidak mempengaruhi anda.

Pihak tentera
British menyediakan 007 dengan pelbagai gadget yang terbaik, “cool” dan unik
disepanjang masa; walaupun terdapat juga sesetengah gadget yang tidak menarik.
(Sepasang penompang kaki yang bertukar kepada pelancar roket contohnya. Ianya
sesuatu yang sudah dapat dijangka dan tidak ada keunikan tersendiri di situ).
Di bawah merupakan senarai gadget yang melambangkan Bond, yang terbaik di
antara yang terbaik.
1) Aston Martin
DB5 (Goldfinger, 1964)
Aston Martin
merupakan kereta perisikan Bond klasik yang muncul di dalam lima buah filem
James Bond. Kalis peluru, terapung di atas permukaan air, skrin berasap,
dilengkapi senjata, plat lesen yang berputar, pemotong tayar, skrin yang boleh
menjejaki penjahat, radar penerima, bumper basher dan semestinya tempat duduk
yang boleh dilancarkan.
2) Beg Bimbit
(Attache Case) (From Russia With Love, 1963)
Senjata rasmi
pertama Bond, beg bimbit ini menyimpan dua rod peluru (20 pusingan setiap
satu), sepucuk senapang (yang mempunyai tiga bahagian sambungan), pisau
pembaling yang tersorok dan juga gas pemedih mata yang akan berfungsi secara
otomatik jika beg bimbit dibuka dengan salah.
3) Golden Gun
(The Man With The Golden Gun, 1974)
Senjata pilihan
Francisco Scaramanga’s bukanlah gadget seperti kebiasaannya, tetapi ianya
mewakili keseluruhan siri Bond yang dipersembahkan dengan penuh dramatik dan
keganasan. Pistol Emas ini berfungsi sebagai pemetik api dan juga pen.
4) Jetpek
(Thunderball, 1965)
Alat atau gadget
melepaskan diri yang menjadi idaman terulung lima puluh tahun lepas.
5) Lotus Esprit
(The Spy Who Loved Me, 1977)
Kereta Esprit
(sebutan Es-Pree) merupakan sebuah kereta khas yang boleh dipandu di dalam air
dan dilengkapi dengan periskop, pelancar serta peluru berpandu. Tiada berita
lagi sama ada kereta Esprit model 2013 yang direka semula dilengkapi dengan
peluru berpandu atau pun tidak.
6) Re-Breather
(Thunderball, 1965 dan Die Another Day, 2002)
Connery dan
Brosnan, dua hero Bond ini menggunakan gadget ini untuk bernafas di dalam air,
seperti Jedi. Imbasan mengenai gadget dan alatan Bond dari siri terdahulu,
termasuk Jetpek yang mashur ada dipaparkan di dalam episod “Die Another Day”.
7) Bubble Suit
(The World Is Not Enough, 1999)
Q mempunyai
bakat di dalam meramalkan secara tepat apa kemungkinan yang akan berlaku di
dalam misi 007. Jaket yang boleh dikempiskan ini merupakan alatan yang tepat
untuk Bond di dalam runtuhan salji, yang mana jaket ini memberikan keselesaan
kepada si pemakai.
8) Ericsson
Mobile Phone (Tomorrow Never Dies, 1997)
Telefon tangan
pertama James Bond yang mempunyai fungsi membaca cap jari, berfungsi sebagai
remote control kereta BMW 750iL dan juga sebagai alat kejutan elektrik berkuasa
2,000 volt.
9) Jam Tangan
Laser (Golden Eye, 1989)
Pelbagai koleksi
jam tangan digayakan oleh Bond sepanjang episod James Bond. Jam tangan
magnetic, jam peledak, jam pager, jam letupan dan pelbagai lagi.
10). Kamera
Laser (License To Kill, 1989)
Kamera Laser ini
akan menembak cahaya laser bila butang kamera ditekan dan akan menghasilkan
gambar tulang rangka mangsa.
Oleh : phoenix2020 & Roy Podolski
Oleh : phoenix2020 & Roy Podolski
Selasa, 15 Januari 2013
10 Universiti Tertua Di Dunia
Tahukah anda bahawa peradaban Islam adalah yang pertama dalam mewujudkan universiti di dunia?Setelah dua tahun dunia Islam memperkenalkan universiti,baru lah eropah mengikuti jejak langkah dunia islam.Jadi kepada anda pelajar-pelajar universiti,mari ketahui universiti-universiti yang tertua didunia.Manalah tahu anda adalah salah seorang yang belajar di Universiti tertua di dunia?Berikut adalah 10 Universiti Tertua Di Dunia.
Olahan : Roy Podolski
Sumber : wiki & collegestats
1. Universiti Al-Karaouine @ Al-Qarawiyyin
Universiti ini terletak di Fes, Morocco. Pada mulanya universiti ini adalah sebuah masjid yang didirikan pada tahun 859 oleh seorang wanita bernama Fatima al-Fihri. Kemudian ianya berkembang menjadi salah satu universiti terkemuka untuk bidang ilmu alam. Pada tahun 1957, universiti ini berkembang dengan bertambahnya beberapa bidang ilmu, iaitu matematik, fizik, kimia, dan bahasa asing. Universiti ini turut mendapat pengiktirafan sebagai universiti tertua dari Guinness Book of World Records.
2. Universiti Al Azhar
Universiti Al Azhar berada di Mesir, berada di kedudukan kedua sebagai universiti tertua yang dibina pada 970-972. Universiti al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan. Di universiti ini juga turut diajar berbagai bidang ilmu pengetahuan moden.
3. Universiti Nizamiyya
Universiti ini adalah satu dari sejumlah universiti yang didirikan oleh Khwaja Nizam Al-Mulk pada abad 11 di negara yang ketika ini dikenal dengan nama Iran. Paling terkenal dari semua sekolah Nizamiyyah adalah Al-Nizamiyyah di Baghdad, didirikan pada 1065 di Dhu'l Qa'da dan terletak di Isfahan.
4. Universiti Bologna
Universiti ini adalah sistem pendidikan tinggi pertama yang didirikan di belahan dunia Barat pada tahun 1088, di Bologna, Italia. Universiti Bologna termasuk universiti yang berada di peringkat atas hingga masa perang dunia kedua. Pada masa itu, para pemimpin menempatkan universiti untuk menjalin hubungan dengan institusi-institusi di negara yang lebih maju untuk memperkuat filosofi pendidikannya. Hingga ke hari ini, universiti Bologna masih dianggap sebagai salah satu universiti yang maju dalam sistem pendidikan di Eropah.
5. Universiti Paris
Tidak berapa jelas dalam siapa yang membina universiti Paris ini. Namun, proses belajar dan mengajar di universiti ini telah berlangsung sejak tahun 1096. Kemudian, terjadi pengstrukturan lalu menjadi 13 universiti otonomi pada tahun 1970. Seringkali disebut sebagai Sorbonne setelah College de Sorbonne yang didirikan sekitar tahun 1257. universiti ini berkembang pada akhir abad 12 di wilayah Katedral Notre Dame sebagai sebuah pusat pembelajaran bidang seni, kedoktoran, hukum, dan teologi.
6. Universiti Oxford
Seperti Universiti Paris, tarikh asal universiti Oxford dibina juga tidak jelas. Secara formal dinyatakan universiti Oxford dibina pada tahun 1096. universiti ini berkembang pesat sejak tahun 1167, ketika Henry II melarang pelajar Inggeris untuk belajar ke universiti Paris. Universiti Oxford pernah ditutup dua kali. Pertama, pada tahun 1209 dan tahun 1355 kerana berlakunya rusuhan di St Scholastica. Pada masa sekarang, universiti berbahasa Inggris tertua ini, memiliki 38 jurusan dengan struktur dalaman masing-masing.
7. Universiti Montpelier
Universiti ini terletak di Montpelier, Perancis. Para pengkaji percaya bahawa usia universiti ini jauh lebih tua dari penubuhan rasminya pada tahun 1150.
8. Universiti Cambridge
Universiti Cambridge dikenali sebagai universiti berbahasa Inggeris tertua kedua setelah Oxford dan terletak di England. Universiti ini diasaskan oleh para cendekiawan yang meninggalkan universiti Oxford selepas satu perbalahan dengan penduduk tempatan di bandar Oxford pada tahun 1209. Ketika ini, Cambridge termasuk salah dalam satu universiti terulung dan bertaraf elit di dunia. Hingga tahun 2009, para alumni universiti ini telah memenangi 85 anugerah Nobel.
9. Universiti Salamanca
Universiti Salamanca terletak di Salamanca, Sepanyol yang didirikan pada 1218 dan memperoleh gelaran "universiti" oleh Paus Alexander IV pada tahun 1225. Awalnya, universiti Salamanca didirikan oleh Raja Alfonso IX Leonese untuk memberikan kesempatan pada masyarakat Leonese untuk belajar, daripada pergi belajar di Castile. Masa kini, Salamanca tetap menjadi universiti pilihan bagi siswa Sepanyol yang ingin fokus pada sains kemanusiaan dan bahasa.
10. Universiti Padua
Universiti Padua adalah universiti tertua kedua di Itali setelah Universiti Bologna yang didirikan pada tahun 1222, ketika sekelompok mahasiswa dan profesor meninggalkan universiti Bologna.Olahan : Roy Podolski
Sumber : wiki & collegestats
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)