Isnin, 21 Januari 2013

10 Barangan Pelik yang Terjual Di eBay

Sememangnya kita biasa membeli barangan dari Internet tetapi kebanyakan barangan yang kita beli adalah barangan keperluan untuk diri kita.Berikut adalah ringkasan 10 senarai barangan pelik yang terjual di eBay.Mungkin banyak lagi barangan pelik yang dijual pada masa ini cuma kita saja tak mengetahuinya.Mari sama-sama baca.

10. Dahi Seorang Lelaki


Andrew Fischer,20 tahun dari Oklahoma telah menjual bahagian dahinya untuk dijadikan ruang iklan.Dia kemudiannya menerima sebanyak $37,375 dari SnoreStop untuk sebulan pengiklanan didahinya.

9.Pekan Di Texas


Pekan Albert di Texas merupakan pekan yang terkenal dengan warisan Jerman dan latar belakangnya yang santai.Tawaran tersebut juga termasuk dengan gelaran Datuk Bandar dan taman bir.

8.Seluar Dalam Michael Jackson

Seluar pendek jenis boxer yang digunakan oleh Michael jackson sebagai seluar dalam telah dijual dengan harga sebanyak 1 juta.Ia kemudiannya telah dirampas untuk dijadikan bukti semasa penyiasatan kes pencabulan kanak-kanak yang melibatkan Michael Jackson.

7.Maksud Sebenar Kehidupan


Penjual mendakwa telah menemui sebab bagi kewujudan manusia.Bidaan yang paling tinggi ialah sebanyak $3.26.#LOL.

6.Seorang Bayi

Sepasang kekasih telah meletakkan bayinya didalam eBay untuk 1 euro sebagai jenaka.Mereka kemudiannya dilucutkan hak penjagaan bayi tersebut dan disiasat atas dakwaan penyeludupan kanak-kanak.

5.Bingkai Tingkap Penembak JFK


Tingkap dan bingkai dari tempat persembunyian penembak JFK iaitu Lee Harvey Oswald telah dijual dengan harga $3 juta.

4.Tisu Terpakai

Batuk scarlett johanson telah membantu menaikkan nilai selebriti tersebut apabila tisu yang digunakan beliau telah berjaya di lelong pada harga $5000 semasa lelongan amal.

3.Hantu didalam Balang

Peniaga ini telah menjumpai balang ini semasa mengimbas metal dan dihantui oleh kandungan di dalam balang tersebut.Walaubagaimanapun,barang barangan menarik yang ternyata menipu itu mendapat bidaan tertinggi sehingga $100 juta.

2. Sandwich keju panggang Virgin Mary


Seorang peniaga menawarkan sandwich keju panggang dengan harga $28k apabila Virgin Mary telah muncul pada permukaan roti sandwich tersebut. 

1.Hidup sepanjang hayat seorang lelaki


Ian Usher telah menjual hidupnya dengan harga sebanyak $300k,ia termasuklan dengan rumah,kereta,jet ski dan memperkenalkan dengan kawan-kawannya di Perth,Australia.

Oleh : Roy Podolski & phoenix2020 

2 ulasan: