Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Ahad, 28 April 2013
Industri Perfileman & Muzik Tempatan Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - Norman KRU
Cuma tinggal seminggu sahaja lagi sebelum kita keluar beramai ramai mengundi untuk menentukan masa hadapan Malaysia. Namun, Norman Abdul Halim atau Norman KRU seperti sudah nampak masa hadapan beliau dan insdustry perfileman & muzik tanahair.
Norman KRU menulis melalui akaun Twitter beliau hari ini bahawa masa hadapan industri perfileman & muzik tempatan dalam keadaan bahaya jika Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di’benarkan berkuasa.
“Sorry ye, apa yang saya tweet ni mesti penyokong PR tidak suka tapi ini realiti – kalau PAS berkuasa, industri filem & muzik kita akan hancur”
“Bukan saja industri filem dan muzik tempatan saja yang akan hancur; pengeluaran filem & muzik antarabangsa di Malaysia akan turut terjejas,” tulis Norman KRU yang menerima pelbagai reaksi.
Hafiz Hamidun yang juga penyanyi & penerbit, antara yang memberikan reaksi.Beliau mengatakan industri filem & muzik tidak akan terjejas langsung malah apa yang perlu adalah produk seni yang lebih berkualiti.
Olahan : Roy Podolski
Sumber : Rotikaya
Labels:
dalam negara,
gambar,
hiburan,
isu semasa
Isnin, 14 Januari 2013
Pulak !! Teori Gila !! Manusia Asal Dari TIKUS??
Adakah anda rela mengakui bahawa tikus yang comel dan sering membuat bising didapur pada waktu malam ini sebagai nenek moyang anda??
Jika dulu, Charles Darwin mengeluarkan teori gila iaitu manusia berasal dari beruk, sekarang muncul pula teori gila baru dari saintis yang sama gila, iaitu mereka mengatakan manusia berasal dari makhluk seperti tikus yang hidup 160 juta tahun yang lalu.
Mamalia kecil berbulu
plasenta itu kononnya hidup di tempat yang kini ialah timur laut China semasa era
Jurassic ketika dinosaur memerintah Bumi.Dinamakan Juramaia sinensis, fosil tertua pernah ditemui sekumpulan haiwan yang dipanggil eutherians, atau placentals, yang melahirkan hidup muda. Ini termasuk lah lembu, tikus, monyet,
singa, harimau, anjing, kuda, ikan paus dan, semestinya kumpulan kita
sendiri iaitu mamalia, yang primer.
Nenek moyang: Ini adalah apa yang saintis percaya terawal yang dipanggil 'eutherian'.
Dr Zhe-Xi Luo, Ahli Paleontologi dari Carnegie Museum of Natural History di Pittsburgh, berkata: "Juramaia, daripada 160 juta tahun yang lalu, adalah sama ada ibu saudara moyang, atau moyang kepada semua mamalia plasenta yang berkembang maju hari ini.Analisis rangka fosil menunjukkan haiwan itu adalah makhluk yang tangkas dengan keupayaan yang kuat untuk mendaki.'Ini mungkin menjelaskan bagaimana ia berjaya untuk terus hidup semasa zaman dinosaur - dengan memanjat dan bersembunyi di dalam pokok'.
Fosil mempunyai tengkorak yang tidak lengkap, sebahagian daripada rangka, dan, amat, jejak sisa tisu lembut seperti rambut
Jadi,kepada sesiapa yang bangang dan tak mahu mengakui berasal dari keturunan Adam & Hawa boleh lah memilih samada ingin berketurunan monyet ataupun tikus.Sok-sok jumpa senang je boleh terus bagi makan racun tikus.
Oleh : Roy Podolski & phoenix2020
Labels:
gambar,
global,
info,
isu semasa,
pelik
Ahad, 13 Januari 2013
Dua Dari Lima Tahanan Lolos Berjaya Ditahan Polis !!
TASEK GELUGOR – Polis malam tadi berjaya memberkas dua daripada lima orang kena tahan (OKT) yang diburu sejak Isnin lepas, setelah mereka meloloskan diri ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth.
Mohamad Farid Akhtar, 24, ditangkap ketika makan seorang diri di sebuah restoran di Kubang Semang manakala rakannya, Mohd. Shahrimy Mohd. Noor, 28, pula ditahan di satu kawasan tidak jauh dari situ kira-kira 30 minit kemudian.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kedua-dua penjenayah itu ditangkap hasil risikan dan maklumat awam.
“Susulan penangkapan suspek ini polis yakin dapat menahan tiga lagi rakannya dalam tempoh terdekat,” katanya.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi Isnin lalu, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Kompleks Mahkamah Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis lalu.
Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd. Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Boy atau Mohd. Noor Mustafa, 28.
Mereka yang masih diburu ialah Hamizani Harun, 37, Mohamad Khairul Nizam Abdul Rani, 25, dan Hisham Abdul Rahman, 39.
Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, seorang lagi OKT, Mohamad Khairul Nizam sempat melarikan diri ke kawasan belukar di belakang Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Kubang Semang.
Beliau berkata, ketika melarikan diri, dia dipercayai membawa bersama seorang remaja, Mohd. Khairul Anas Mohd. Fadli, 19, dan berkemungkinan dijadikan sebagai tebusan kerana lelaki itu turut membawa sebilah parang panjang bersamanya.
“OKT tersebut mempunyai rekod samun berkumpulan dan samun bersenjata. Dia juga melarikan motosikal jenis Honda EX5 milik bapa remaja berkenaan,” katanya.
Menurut Abdul Rahim, polis telah mengarahkan anggota Pasukan Gerakan Am memburu Mohamad Khairul Nizam di kawasan terbabit.
Sumber : Kosmo! Online
Labels:
berita,
dalam negeri,
gambar,
isu semasa
Khamis, 10 Januari 2013
GEMPAR !! Babi Hutan Masuk Mahkamah !!
Tidak dapat dipastikan kesahihannya samada babi tu berpura-pura mati untuk kelihatan awesome didalam gambar ataupun telah mati ketika itu didalam tangan seorang penembak handalan JPAM
Gempar bila seekor babi hutan jantan menceroboh kawasan Pekarangan Mahkamah Majistret di Alor Gajah
Babi hutan itu juga menyerang orang ramai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Alor Gajah yang cuba menangkapnya.
Kehadiran babi hutan itu disedari pada pukul 8.30 pagi apabila ianya cuba mencari jalan keluar dari longkang dalam kawasan mahkamah dan gagal seterusnya menimbulkan kekecohan.Terdapat juga kontroversi mengatakan bahawa babi itu masuk ke perkarangan mahkamah kerana tidak berpuas ati dengan kerajan berkaitan isu pengharaman rokok elektronik yang mana kemudiannya disangkal oleh Presiden Persatuan Babi-babi Hutan Negeri Melaka.Bagaimanapun,Presiden Persatuan Babi-babi Hutan Negeri Melaka tidak mahu memberikan ulasan lanjut dalam paper berbahasa babi.
Kekecohan itu berakhir apabila haiwan tersebut ditembak mati oleh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang datang ke tempat kejadian.Bagi mereka yang memelihara babi samada untuk tujuan penternakan atau pun memelihara babi sebagai "Pet" seharusnya mula berkabung dari pada tarikh ini bertujuan menghormati simati babi.Lawak Gempak Satria Penyelamat Negara
Ahmad Harun, iaitu saksi kejadian berusia 52 tahun berkata pada mulanya dia menyangkakan terdapat longgokan sampah berwarna kelabu di dalam longkang.Kita seharusnya tidak menyalahkan pakcik itu kerana pada usianya yang begini,had penglihatan seseorang itu akan lebih mudah terjejas.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai berita ini,korang kena lah beli Harian Metro sebab last berita tu gini : Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.CEH !!!
Olahan : Roy Podolski
Sumber : SINI
Rabu, 9 Januari 2013
‘Terukir Di Bintang’ Parody Yang Penuh Makna (VIDEO)
Di sebalik kekecohan yang berlaku dalam Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27), ramai yang menganggap kekecohan itu telah merosakkan imej industri seni muzik Malaysia.
Ini kerana, penolakan artis wanita veteran, Uji Rasyid di saat-saat akhir untuk menggantikan penyanyi wanita, Yuna dari melakukan persembahan dalam anugerah itu telah mencemarkan imej Uji Rasyid sendiri.
Malah, isu tersebut tidak berhenti serta-merta walaupun anugerah itu telah pun habis berlangsung pada malam Ahad yang lalu.
Ibaratnya, rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi.
Kesana-sini masih lagi ada individu-individu yang memperkatakan tentang hal itu.
Namun, lumrah dalam setiap pertandingan acara, pastinya akan ada beberapa perkara yang tergelincir dari landasan persiapannya.
Walaupun kecoh dan isu itu dianggap sensitif, lagu hasil karya Yuna ternyata mampu merangkul tempat juara dalam AJL27.
Apa yang mampu kita harapakan agar isu itu diselesaikan secara baik dan segala keburukan yang terjadi dijadikan sebagai pengajaran.
Dalam pada kita masih lagi mempersoalkan segala yang berlaku, terdapat satu video ‘parody’ lagu Terukir Di Bintang.
Cuma, parody itu telah menukarkan tajuk lagunya sebagai ‘Tak Terukir Di Bintang’ hasil nyanyai dan ubah suai dari ‘Mr. Bie.’
Kalau didengar lirik lagunya, memang memberikan makna dan maksud yang cukup mendalam kepada kita sebagai manusia biasa.
Mr. Bie telah mengubah suai lirik lagu Yuna itu kepada arah Islamik.
Mungkin itulah cara Mr. Bie memberikan kesedaran kepada orang ramai untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Dalam bergurau senda, masih lagi mampu untuk menyedarkan kita semua.
Jom layan!
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber : SINI
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber : SINI
Ahad, 6 Januari 2013
Gilerrr lah !! Israel Ada Sekolah Untuk Jadi Nabi !!
Terdapat satu institusi pengajian terletak di Israel yang menawarkan gelaran nabi untuk pelajar-pelajarnya.Institusi yang diberi nama 'Cain and Abel School for Prophet' itu menawarkan sebanyak 200 shekel berupa biasiswa kepada sesiapa yang berminat.Hanya 40 kelas yang singkat perlu diikuti oleh para pelajar di institusi tersebut dan seterusnya mendapat gelaran Nabi setelah berjaya.
Selain dari itu,peraturan disekolah tersebut juga tidak ketat apabila para pelajar dibenarkan masuk ke kelas hanya dengan memakai baju biasa,membenarkan penggunaan gadget semasa proses pembelajaran bahkan gitar juga boleh dibawa masuk ke dalam kelas.bagi pelajar yang tidak merasa segan boleh juga keluar dari kelas hanya untuk merokok.Begitulah keadaan di institusi tersebut.

Diantara 40 kelas singkat yang ditawarkan,sebahagian darinya ialah pembelajaran mengenai maksud mimpi,diajar memberi klasifikasi tentang malaikat dan juga tentang misteri roh kudus.Membezakan perasaan batin seseorang dari perilaku luaran dan penampilan turut diajar kepada pelajar.
Shmuel Hapartzy merupakan satu-satunya guru di institusi itu dan dia juga percaya bahawa Messiah (Nabi Isa) telah datang dan usia penebusan sudah hampir.Didalam erti kata lainnya,institusi itu diwujudkan untuk menyambut Nabi baru.Apa yang menghairankan,Hapartzy memberi pengakuan yang dia tidak menjamin para pelajar yang belajar di institusi itu boleh membuatkan pelajar-pelajarnya berinteraksi dengan Tuhan secara langsung.

Hapartzy menerangkan bahawa kukurikulum yang digunapakai di sekolah itu mengikut sifat-sifat seorang nabi.Gelaran nabi boleh digunakan oleh para pelajar jika mereka sudah menguasai kukurikulum yang diajarkan.
p/s : Israel memang gile!
Olahan : Roy Podolski Sumber : SINI
Selasa, 1 Januari 2013
Selamat Menyambut Tahun Baru & Masalah Streamxy Akhirnya Selesai
Syukur Alhamdulillah akhirnya selesai juga masalah curi kabel..dekat nak 2 bulan tak dapat nk gunakan internet secara betul,lain lah kalau boleh mintak penyelarasan bil baru lah ok.Kali terakhir aku buat post pada 5 November 2012,bukan 2 bulan straight streamxy problem tp disebabkan problem tu berterusan sikit sebanyak m'buatkan aku lemah minda nak update blog.
Kes kecurian kabel memang berleluasa sangat tempat aku & setelah aku tengok berita,baru aku tahu yang kes kecurian bukan aje terjadi kat tempat aku tapi kat tempat lain jugak.Takpe,janji orang lain pon ade kena,baru adil..Asalkan jangan tempat aku sorang kena sudah..kui3.Bila fikir2 kesian juga kat operator TM sebab jadi mangsa luahan aku yang tak puas ati ngan kes kecurian ni,tapi nak wat camna dah mmg kerja operator tu amik laporan,so dah alang2 aku wat laporan,aku aku kasi pakej skali lah dengan m'dengar luahan aku..hehehe
Idea untuk update blog memang mencurah-curah datang ms internet problem,siap bookmark lagi artikel-artikel menarik lain untuk aku jadikan post seterusnya.Sepanjang tu jugaklah aku dok melayan filem-filem yang aku download dari internet,memang berbaloi untuk mengubat kebosanan aku yang bermaharajalela masa tu.Diantara filem yang aku dah tengok masa tu Budak Pailang,aku Terima Nikahnya,Pontianak VS Orang Minyak,Pe3,Istanbul Aku Datang & banyak lagi lah.
Kalau korang berminat nak tengok senarai filem yang keluar taun 2012 boleh lah masuk dalam website finas untuk rujukan,then bantai lah donwload kat mana2.Tak lupa gak aku nak ucapkan thanks kat Cik Maisarah,tukang design header blog aku.So sapa-sapa yang malas cam aku nak belajo design header blog boleh lah wat tempahan dari Cik Maisarah di aku tak ingat dah link specifik nye kat mana tapi buleh lah bertanya di http://maisarahmyblog.blogspot.com/ .
Jadi bersempena dengan kemasukan tahun baru ini,aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 kepada semua yang kenal aku tak kira lah secara alam maya @ alam fana dengan ucapan moga-moga tahun baru ni dapat kita perbaiki lagi kesilapan yang kita dah buat pada tahun lepas dan juga tak lupa untuk ambil pengajaran dari perkara-perkara baik yang kita buat.THAT'S ALL FOLK !
Isnin, 5 November 2012
Suu Kyi Hanya Berdiam Diri Dalam Isu Rohingya
Aung San Suu Kyi yang juga pemimpin demokrasi Myanmar hanya berdiam diri dalam isu keganasan yang menimpa etnik Rohinya di negara Myanmar,lapor Perbadanan Penyiaran British kelmarin.
Beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam keganasan yang melibatkan etnik Rohingya itu dengan Rakhine,menurutnya.
Perbuatan Suu Kyi telah menyebabkan masyarakat antarabangsa berasa kecewa kerana beliau hanya berdiam diri mengenai isu itu.
Seramai 30,000 orang telah menjadi pelarian dalam siri keganasan terbaru manakala berpuluh-puluh orang terbunuh dan beribu-ribu rumah dibakar.Sejak Jun lalu dianggarkan lebih dari 100,000 penduduk telah berpindah selepas terjadinya dua keganasa di negeri Rahine.
Sumber : SINI
Rabu, 8 Ogos 2012
5 Kisah Pelik Tapi Benar
Kisah pelik, kebiasaannya ramai mengganggapnya pelik kejadian seumpama itu tidak pernah dilihat lagi sebelum ini. Kejadian pelik sememamngnya membuatkan seseorang itu teruja untuk mengetahuinya. Sebagai contoh, mengenai haiwan pelik, ramai yang merasa ingin tahu bagaimanakah rupa haiwan pelik tersebut dan sebagainya. Kali ini terdapat 5 kisah pelik tapi benar, jom kita baca di bawah ini.
1.Kembar tiga yang lahir dengan selisih waktu 11 tahun.
Ini benar-benar susah untuk dipercayai bahawa dua gadis dan bayi berusia 3 bulan di dalam gambar di atas adalah kembar tiga,Bethony,Megand dan Ryleigh memang kembar tiga.Walaupun mereka bertiga dikandung pada hari yang sama,Ryleigh lahir 11 tahun kemudian setelah kelahiran saudara kembarnya.Hal ini disebabkan kerana,1 dari 3 embrio telah dibekukan untuk dilahirkan 11 tahun kemudian.
2. Orang yang ditembak di kepalanya,tetapi baru mengetahuinya 5 tahun kemudian.
Seorang lelaki yang tinggal di Jerman hidup dengan normal dan baik-baik saja selama lima tahun tanpa menyedari dia telah ditembak di kepala.Peluru kaliber 0,22 ditemui ketika lelaki itu pergi ke dokter untuk memeriksanya.Yang dia ingat adalah bahwa dia telah menerima pukulan ke kepala pada tengah malam di sebuah parti Tahun Baru “di tahun 2004,atau 2005″,tapi terlupa tentang hal itu kerana dia “sangat mabuk”.
3. Orang yang menembak seorang remaja kerana memakai seluar baggy.

Polis di Tennessee mengatakan Kenneth,45 tahun menjadi sangat benci dan marah pada remaja yang memakai seluar baggy dan dia menembak remaja itu di punggung.Pada 25 September,dia didakwa dengan dua tuduhan melakukan serangan dan melepaskan tembakan beberapa kali pada pemuda 17 tahun setelah mangsa menolak untuk menarik seluarnya yang melorot dan menghina kennet dengan gelaran bontot gemuk.
4.Wanita yang memecahkan rekod dunia paling gemuk dengan berat 700 pounds (320 Kg).
Ketika di usia 20,berat Terri Smith hanya sekitar 120 kilogram.Terri menikahi Myron,pada tahun 1986.Pada usia 32 dia menderita arthritis di lututnya dan tidak mampu untuk berjalan lebih dari beberapa langkah pada satu waktu.Kemudian Smith diberi kerusi roda litrik untuk berkeliling namun disebabkan Kurangnya latihan senaman fizik dan tidak mengubah pola makan menyebabkan berat badannya naik sehingga dia hampir tidak mampu berdiri.
5.Pencuri yang cuba mencuri di muzium dengan menyamar menggunakan rumput.
Menurut polis di Oregon,Gregory Liascos,suspek yang berumur 36 tahun menyamar ala kamuflase sebelum mencuba untuk menerobosi dinding sebuah muzium batu dan mineral selama beberapa malam pada bulan Oktober dalam upaya untuk mencuri koleksi emas muzium bernilai 0,25 juta dolar.Karyawan Muzium menelepon polis setelah menemukan adanya bekas lubang dipahat di dinding dan meskipun pakaian rumput nya susah untuk dikesan,anjing polis berhasil mengesan suspek.Anjing itu menggigit timbunan tanah yang ditumbuhi rumput,dan tanah itupun menjerit.Gregory ditangkap serta merta setelah penyamarannya terbongkar oleh anjing polis.
Selasa, 31 Julai 2012
Tahi Manusia Dijadikan Daging Di Jepun
Orang Jepun semakin pelik apabila sekumpulan penyelidik dari Jepun yang diketuai oleh Mitsuyuki Ikeda dari Makmal Okayama telah mencipta satu cara untuk mengitar najis manusia jadi makanan dalam bentuk daging.
Konsep baru yang sangat menjijikkan ini ditemui apabila Ikeda telah diminta untuk melihat pelbagai kegunaan yang boleh diperolehi dari bahan kumbahan. Dia tidak merasa jijik ketika melakukan tugasan itu, malah rasa teruja bila mendapati kawasan kumbahan mengandungi banyak protein disebabkan oleh bakteria yang ada di situ. Idea ini kedengaran sangat teruk dan menjijikkan bukan?
Tetapi ia bukan lah seperti “daging” dicipta dengan mengambil tahi dan terus meletakkannya ke atas burger. Proses itu melibatkan mengekstrak protein daripada kumbahan kemudian menggabungkannya dengan “reaction enhancer” dan memasukkannya ke dalam “exploder.” Magik sains pun lengkap dan dapatlah hasilnya – daging tahi.
Setelah itu, daging ini akan diletakkan pewarna merah dan rasa dipertingkatkan dengan protein soya. Produk yang telah siap dipecahkan seperti berikut: 63% protein, 25% karbohidrat, lipid 3%, dan 9% mineral. Tetapi bagaimanakah rasanya? Menurut laporan awal, rasanya seperti daging lembu.
Burger Daging Tahi
Sekarang produk ini berharga 10-20 kali ganda lebih mahal berbanding harga daging biasa disebabkan kos penyelidikan.
Sekumpulan lelaki sedang mencuba 'Burger Daging Tahi'
Kesimpulan dari artikel diatas ialah,kalau lah korang nak memberi sumbangan atas nama sains boleh lah start packing2 taik korang dan dermakan lah dgn hati yang ikhlas pada saintis tu untuk penyelidikan lebih lanjut,tapi pastikan korang makan segela macam makanan yg b'perisa di Malaysia seperti jering,petai & kerdas supaya identiti negara Malaysia dapat dikenalpasti dengan lebih mudah dan terjamin originality nya..huhu.
Olahan : Roy Podolski
Sumber : SINI
Ahad, 22 Julai 2012
'Joker' Pelajar Ph.D
AURORA, Colorado - Lelaki yang disyaki menembak mati 12 orang pada tayangan filem baharu Batman di negeri Colorado, James Holmes kerap dilihat berulang-alik dari kediamannya di sini dengan membawa senjata api.
Holmes, 24, kelmarin juga disifatkan sebagai kera sumbang ekoran tidak suka bercampur dengan masyarakat.
Dia mendaftar sebagai pelajar kedoktoran jurusan sains saraf di Universiti Colorado sejak tahun 2011 tetapi dilaporkan sedang dalam proses untuk membatalkan program Ph.Dnya.
"Pemuda ini sentiasa dilihat memakai seluar berceloreng tentera dan topi," kata seorang wanita berketurunan Mexico, Gabriel Macias yang bekerja di sebuah kilang daging di sini.
Menurutnya, dia kerap melihat Holmes berulang-alik dari apartmennya sambil membawa senjata dan sarung senjata.
"Kami tidak kenal Holmes kerana dia tidak bercakap dengan sesiapa. Dia gemar berkurung di apartmennya," kata Macias.
Polis memberitahu wartawan bahawa suspek tiada rekod jenayah lampau dan cuma pernah disaman pada tahun 2011 kerana memandu laju.
Ketua Polis Aurora, Dan Oates berkata, pemuda itu membeli lebih 6,000 butir peluru melalui internet sejak dua bulan lalu.
Menurutnya, jumlah tersebut merangkumi 3,000 butir peluru raifal, 3,000 butir peluru pistol Glock dan 300 butir peluru senapang patah.
Kata Oates, semua pembelian itu termasuk empat pucuk senjata api yang dibeli Holmes di beberapa buah kedai senjata di sini sejak 60 hari lalu, sah di sisi undang-undang.
Beliau turut memberitahu bahawa 70 orang cedera dalam insiden itu termasuk tiga rakyat Indonesia.
"Hampir semua orang ditembak dalam serangan kejam ini," katanya.
Dalam kejadian kelmarin, Holmes ditangkap selepas melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penonton yang sedang asyik menonton tayangan filem Batman: The Dark Knight Rises pada tayangan tengah malam di pawagam Century 16.
Serangan berdarah itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di sini.Polis kini memburu seorang lagi lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai itu.
Bandar ini terletak hampir 32 kilometer dari lokasi kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sekolah Tinggi Columbine pada tahun 1999.
Dalam insiden tersebut, dua pelajar menembak mati 13 orang sebelum membunuh diri. - Agensi
Sumber : SINI
Sabtu, 21 Julai 2012
Serangan Ketika Tayangan Filem Batman Di Pawagam Oleh 'Joker'
WASHINGTON - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 50 lagi cedera semalam apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penonton yang sedang asyik menonton tayangan filem Batman di pusat beli-belah di Aurora, negeri Colorado, kata Ketua Polis Aurora, Dan Oates.
Oates berkata, lelaki bersenjata itu, James Holmes, 24, kemudian ditangkap ekoran kejadian tersebut semasa para penonton menonton filem terbaharu Batman, The Dark Knight Rises pada tayangan tengah malam di pawagam Century 16.
Saluran berita CNN melaporkan, lelaki itu yang menggunakan empat senjata api termasuk sepucuk raifal dan pistol melepaskan tembakan semasa adegan tembak-menembak filem tersebut ditayangkan.
Dia berkata, pawagam tersebut juga dipenuhi dengan asap.Polis kini memburu seorang lagi lelaki bersenjata yang turut terlibat dalam kejadian pembunuhan itu.
Menurut media Amerika Syarikat (AS), antara mangsa yang cedera termasuk enam kanak-kanak dengan mangsa paling muda berusia enam tahun.
Seorang saksi memberitahu saluran televisyen bahawa sebanyak 10 hingga 20 tembakan kedengaran dan terdapat letupan kecil.
"Sejurus kemudian, kami mendengar orang ramai menjerit.
"Selepas itu, pengumuman dibuat menerusi sistem audio yang meminta setiap orang keluar dari pawagam," katanya.
Saksi itu menyatakan, selepas keluar, sejumlah orang kelihatan berlari dan menjerit.
Laporan Radio KOA 850 menyatakan beberapa saksi menyatakan salah seorang penyerang itu yang memakai topeng turut membawa bom asap.
Motif serangan masih belum diketahui.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Barack Obama yang dimaklumkan tentang kejadian tersebut oleh penasihat Keselamatan Dalam Negara, John Brennan, menggesa rakyat AS supaya bersatu bersama penduduk Aurora pada waktu sukar ini.
"Michelle (isteri Obama) dan saya terkejut dan sedih berhubung insiden tembakan yang dahsyat dan tragis di Colorado.
Pihak berkuasa persekutuan dan tempatan masih menyiasat dan pentadbiran saya akan melakukan apa saja yang terdaya untuk membantu penduduk Aurora pada detik yang sukar ini," kata Obama. - Agensi
Sumber : SINI
Ubat Untuk Lawan HIV Dikeluarkan
Setelah 30 tahun menjalankan kajian terhadap virus yang menyebabkan jangkitan Aids,buat pertama kalinya pil harian membantu pencegahan rebakkan HIV diluluskan oleh pihak penguat kuasa Amerika Syarikat (AS).
Sejenis pil harian iaitu Truvada Gilead disah kan sebagai satu langkah pencegahan kepada individu yang berisiko tinggi terdedah kepada HIV melalui aktiviti seksual.
Dalam pada itu, penguasa kesihatan awam berkata kelulusan itu boleh membantu memperlahankan penyebaran HIV yang mana telah menjangkiti kira-kira 50,000 manusia setiap tahun di AS.
Sehingga kini, pakar mengesahkan seramai 240,000 orang di AS masih tidak sedar bahawa mereka kini berstatus pembawa HIV selain 1.2 juta rakyatnya telah dijangkiti HIV dan rawatan menerusi ubatan antivirus dikesan dapat mengurangkan jangkitan berkenaan.Oleh itu,jauhilah seks bebas dan dadah.
Sumber : SINI
Langgan:
Catatan (Atom)























