Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan
Jumaat, 1 Mac 2013
Misteri Puluhan Pari Terdampar di Pantai Gaza (VIDEO)
Sekitar 220 ekor ikan pari jenis Mobula ditemui terdampar secara misteri di pantai Bandar Gaza dalam wilayah Palestin kelmarin.
Sekaligus penemuan itu menjadi rezeki beberapa orang nelayan di sini yang bertindak melapah haiwan tersebut untuk dijual di pasar.
Dalam satu temu bual bersama media tempatan, seorang nelayan itu dipetik sebagai berkata, ini merupakan kali pertama ikan pari ditemui terdampar di pantai itu sejak enam tahun lalu.
Media tempatan melaporkan, ikan pari itu mampu mencapai berat 76 kilogram dan ia dijual pada harga lima shekel (RM4.21) untuk 0.5 kilogram di pasar tempatan - Agensi
Sumber : SINI
Sabtu, 19 Januari 2013
Askar INDONESIA Di Tumbuk DI Tampar !! Puas Ati Beb !! (VIDEO)
Mak aih,semalam dok layan video dalam Youtube terjumpa lah satu video yang bagi aku agak menarik.Mana tak menariknya bila tengok sekumpulan anggota unit beruniform iaitu Abang-Abang ASKER ditumbuk ditampar??Tapi aku masih lagi ada sifat-sifat perikemanusiaan,so takde lah suka beguling-guling sangat dia orang kena macam tu
Bagi aku bila nak berkhidmat untuk negara,mestilah mempunyai jiwa yang SOLID like a ROCK,tak boleh lembut-lembut macam sotong,so no wonder lah dia orang dalam video kat bawah ni dapat bertahan.Cuba kita bayangkan kita berada di posisi dia orang,mampu tak kita bertahan dengan asakan bertubi-tubi macam tu???Sampaikan jerawat pun pecah.Tak sanggup aku kena macam tu..takkk..maksud aku,aku tak sanggup pecah jerawat.serius sakit taim nak tido,tak boleh nak paling-paling muka kat bantal.
Back to topic,video yang dah ada dalam youtube selama empat tahun ni menerangkan kejadian berlaku di Indonesia dan dilakukan oleh angota senior kepada anggota yang baru lapor dalam unit dan ianya bukan bertujuan untuk mendera tetapi untuk mengajar dia orang semua supaya menjadi askar yang berani.Menunggu untuk diragging pun dah satu penyeksaan bagi aku.Rata-rata komen yang diberikan dalam video tu mengatakan ianya satu bentuk penderaan dan bukannya latihan.
Sememangnya membaca komen di Youtube satu perkara yang menghiburkan ati aku,macam-macam orang komen.hehe.Cerita panjang lebar pun tadak guna,layankan je la video kat bawah ni.Semoga terhibur dan pada mereka-mereka yang nak jadi "ASKER",persiap kan lah diri korang dengan sekental-kentalnya.Jangan dah masuk askar then baru lah nak belajar erti penyesalan.Selamat Menonton !!
Oleh : Roy Podolski
Jumaat, 11 Januari 2013
Dahsyat !! Iran Latih Ribuan Wanita Jadi Ninja (VIDEO)
Ninja atau Uzumaki (shinobi) adalah seorang ejen rahsia atau upahan dalam pemerintahan Jepun yang khusus dalam peperangan bukan ortodoks.Fungsi ninja adalah termasuk pengintipan, sabotaj, penyusupan, pembunuhan, dan pertempuran terbuka dalam keadaan tertentu. Seni mempertahankan diri ini telah mendapat populariti di Iran sejak 20 tahun yang lalu. Dalam video ini, Gisoo Misha Ahmadi mengadakan pertemuan dengan sekumpulan wanita muda Iran yang telah menguasai teknik ninjutsu, dan biasanya dirujuk sebagai "Ninja".Baca tentang Oasis Americas Di Huacachina, Peru Yang CANTIK GILERR !!
Sekolah Ninjutsu di Iran ini telah dimulakan oleh sensei Akbar Faraji pada tahun 1989. Itu adalah kali pertama seni mempertahankan diri telah diperkenalkan di negara Iran. Kini,kelab itu mempunyai lebih dari 24,000 ahli, dan bilangan peserta wanita semakin meningkat secara perlahan-lahan. Menurut Faraji, dalam Ninjutsu, lelaki dipanggil 'Ninja', manakala 'kunoichi' adalah panggilan untuk wanita.
Olahan : Roy Podolski
Sumber : SINI
Rabu, 9 Januari 2013
‘Terukir Di Bintang’ Parody Yang Penuh Makna (VIDEO)
Di sebalik kekecohan yang berlaku dalam Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27), ramai yang menganggap kekecohan itu telah merosakkan imej industri seni muzik Malaysia.
Ini kerana, penolakan artis wanita veteran, Uji Rasyid di saat-saat akhir untuk menggantikan penyanyi wanita, Yuna dari melakukan persembahan dalam anugerah itu telah mencemarkan imej Uji Rasyid sendiri.
Malah, isu tersebut tidak berhenti serta-merta walaupun anugerah itu telah pun habis berlangsung pada malam Ahad yang lalu.
Ibaratnya, rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi.
Kesana-sini masih lagi ada individu-individu yang memperkatakan tentang hal itu.
Namun, lumrah dalam setiap pertandingan acara, pastinya akan ada beberapa perkara yang tergelincir dari landasan persiapannya.
Walaupun kecoh dan isu itu dianggap sensitif, lagu hasil karya Yuna ternyata mampu merangkul tempat juara dalam AJL27.
Apa yang mampu kita harapakan agar isu itu diselesaikan secara baik dan segala keburukan yang terjadi dijadikan sebagai pengajaran.
Dalam pada kita masih lagi mempersoalkan segala yang berlaku, terdapat satu video ‘parody’ lagu Terukir Di Bintang.
Cuma, parody itu telah menukarkan tajuk lagunya sebagai ‘Tak Terukir Di Bintang’ hasil nyanyai dan ubah suai dari ‘Mr. Bie.’
Kalau didengar lirik lagunya, memang memberikan makna dan maksud yang cukup mendalam kepada kita sebagai manusia biasa.
Mr. Bie telah mengubah suai lirik lagu Yuna itu kepada arah Islamik.
Mungkin itulah cara Mr. Bie memberikan kesedaran kepada orang ramai untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Dalam bergurau senda, masih lagi mampu untuk menyedarkan kita semua.
Jom layan!
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber : SINI
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber : SINI
Isnin, 7 Januari 2013
Pemilik Suara Kartun Ultraman,Doraemon,BoboiBoy Dan Naruto (VIDEO)
Tentu korang penah tengok cerita-cerita kartun macam Doraemon,Naruto,BoboiBoy & Ultraman kan?Mustahil & nampak benorr nipunyerr kalau tak pernah tengok kartun-kartun tu semua walaupun sekali.TETAPI,tahukah korang siapa pemilik suara-suara dari karutn yang popular di Malaysia & juga di serata dunia ini??Jadi kalau korang nak tau siapa yang menyumbangkan suara dia orang dalam kartun-kartun tersebut,mari kita tengok video dibawah ini.
Jumaat, 2 November 2012
Wanita Guna Taekwondo Lawan Jerung (VIDEO)
Seorang penyelam wanita dari Hawai,Mariko Haugen terselamat daripada serangan seekor jerung yang berukuran empat meter dengan menggunakan seni mempertahankan diri Taekwondo dan juga memegang tali pinggang hitam seni mempertahankan diri itu.Mariko Haugen yang ketika itu sedang berenang bersama suaminya di pantai Maui tibat-tiba diserang oleh seekor jerung harimau.
Dia berkata,"Keadaan tiba-tiba menjadi seperti filem Hollywood,anda melihat rahang besar ikan itu menerkam anda.Saya tidak dapat menceritakan bagaimana ktakutnya saya ketika itu".Ketika diserang,Mariko menumbuk hidung jerung itu."Taekwondo yang saya pelajari membolehkan saya bersedia untuk menumbuk," tambahnya lagi.
Jerung itu meninggalkan tempat itu apabila mungkin menyedari mangsa setanding dengannya sekaligus memberi peluang pada Mariko dan suaminya,Don untuk berenang ke pantai.Susulan dari kejadian itu,Mariko yang berasal dari Folsom, California memerlukan sekurang-kurangnya 60 hinga 70 jahitan pada tangan kirinya akibat digigit jerung itu ketika menumbuknya.
Suaminya,Don menambah yang mereka sungguh bernasib baik dan pengalaman itu tidak akan membuatkan dia berhenti dari berenang di laut.Dia juga menceritakan pada anaknya bahawa tidak ada alasan untuk takut kepada jerung kerana barah payu dara lebih menakutkan kerana satu daripada lapan orang menghidapi pneyakit itu."Hanya satu daripada empat juta pelancong ke Hawaii dibaham jerung dan disebab kan itu kita tidak perlu takut langsung"
Sumber : SINI
Rabu, 31 Oktober 2012
MMA Boxer Failed !! (VIDEO)
Kadangkala, peninju MMA akan menjadikan perlawanan bertambah menarik dengan sengaja menjatuhkan tangan mereka dan mengacah serta mencabar pihak lawan untuk menumbuk mereka.
Juara UFC bagi berat kelas pertengahan, Anderson Silva terkenal di dalam menggunakan teknik ini semasa beliau memperolehi kemenangan mudah ke atas Stephen Bonnar dan juga Nick DIaz.
Untuk sengaja mencabar pihak lawan menumbuk, seseorang peninju haruslah mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap diri sendiri.
Para peninju haruslah berfikiran positif yang mereka tidak akan ditumbuk sepanjang perlawanan dan sentiasa bersedia dan berwaspada sepanjang masa.
Melindungi diri sepanjang masa di dalam perlawanan adalah sesuatu yang selalu diingatkan oleh pengadil perlawanan.
p/s : haaaaa..kan dah kena !!
Sabtu, 4 Ogos 2012
Nelayan Rusia Baling Bom Ketika Menangkap Ikan Nyaris Maut

Dengan harapan meledak di dalam air, bom tangan itu meledak lebih awal dari sangkaan, dan sekaligus menjatuhkan mereka berdua kerana dek kuasa letupan jarak dekat.
Kemungkinan video ini diambil oleh kawan meraka dari bot lain yang berada di sekitar bot nahas itu.Lihat video dibawah.
Sumber : SINI
Selasa, 31 Julai 2012
Tahi Manusia Dijadikan Daging Di Jepun
Orang Jepun semakin pelik apabila sekumpulan penyelidik dari Jepun yang diketuai oleh Mitsuyuki Ikeda dari Makmal Okayama telah mencipta satu cara untuk mengitar najis manusia jadi makanan dalam bentuk daging.
Konsep baru yang sangat menjijikkan ini ditemui apabila Ikeda telah diminta untuk melihat pelbagai kegunaan yang boleh diperolehi dari bahan kumbahan. Dia tidak merasa jijik ketika melakukan tugasan itu, malah rasa teruja bila mendapati kawasan kumbahan mengandungi banyak protein disebabkan oleh bakteria yang ada di situ. Idea ini kedengaran sangat teruk dan menjijikkan bukan?
Tetapi ia bukan lah seperti “daging” dicipta dengan mengambil tahi dan terus meletakkannya ke atas burger. Proses itu melibatkan mengekstrak protein daripada kumbahan kemudian menggabungkannya dengan “reaction enhancer” dan memasukkannya ke dalam “exploder.” Magik sains pun lengkap dan dapatlah hasilnya – daging tahi.
Setelah itu, daging ini akan diletakkan pewarna merah dan rasa dipertingkatkan dengan protein soya. Produk yang telah siap dipecahkan seperti berikut: 63% protein, 25% karbohidrat, lipid 3%, dan 9% mineral. Tetapi bagaimanakah rasanya? Menurut laporan awal, rasanya seperti daging lembu.
Burger Daging Tahi
Sekarang produk ini berharga 10-20 kali ganda lebih mahal berbanding harga daging biasa disebabkan kos penyelidikan.
Sekumpulan lelaki sedang mencuba 'Burger Daging Tahi'
Kesimpulan dari artikel diatas ialah,kalau lah korang nak memberi sumbangan atas nama sains boleh lah start packing2 taik korang dan dermakan lah dgn hati yang ikhlas pada saintis tu untuk penyelidikan lebih lanjut,tapi pastikan korang makan segela macam makanan yg b'perisa di Malaysia seperti jering,petai & kerdas supaya identiti negara Malaysia dapat dikenalpasti dengan lebih mudah dan terjamin originality nya..huhu.
Olahan : Roy Podolski
Sumber : SINI
Khamis, 12 Julai 2012
Menu Makanan Yang Paling 'Fresh' (VIDEO)
BIASA kita dengar orang-orang Jepun gemar dengan makanan yang segar "fresh" dikatakan untuk mendapat rasa serta sumber protein yang segar dan terbaik.
Lihat gambar di bawah ini, wanita Jepun ini sedang menikmati seekor katak segar yang tidak dimasak. Tambah mengejutkan rupa-rupanya katak ini dimakan ketika ia masih hidup.

Lihat sahaja dari senyumannya, hidangan ini kelihatan enak baginya. Selain itu aktiviti menjamu hidangan katak yang masih hidup seperti ini sebenarnya sudah menjadi perkara biasa di Jepun.
Lihat! Katak itu masih lagi menggeletik kesakitan selepas separuh bahagian badannya dipotong semasa proses penyediaan hidangan ini.

Lihat pula video di bawah ini (Amaran, aksi jijik bakal ditayangkan, anda mungkin kehilangan selera makan beberapa hari selepas menonton video ini)
Lihat gambar di bawah ini, wanita Jepun ini sedang menikmati seekor katak segar yang tidak dimasak. Tambah mengejutkan rupa-rupanya katak ini dimakan ketika ia masih hidup.

Lihat sahaja dari senyumannya, hidangan ini kelihatan enak baginya. Selain itu aktiviti menjamu hidangan katak yang masih hidup seperti ini sebenarnya sudah menjadi perkara biasa di Jepun.
Lihat! Katak itu masih lagi menggeletik kesakitan selepas separuh bahagian badannya dipotong semasa proses penyediaan hidangan ini.
Lihat pula video di bawah ini (Amaran, aksi jijik bakal ditayangkan, anda mungkin kehilangan selera makan beberapa hari selepas menonton video ini)
Selasa, 10 Julai 2012
Individu Dakwa Dirinya ‘Imam Mahadi’ Dipercayai Sakit Mental - Ketua Polis KL
KUALA LUMPUR: Individu yang mendakwa dirinya ‘Imam Mahadi’, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, yang mati ditembak polis dipercayai mengalami sakit mental, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.
Mohmad berkata, Khalil turut dipercayai terlibat dalam ajaran sesat dan polis sedang menyiasat apakah ajaran yang dianutinya itu.
Siasatan awal berdasarkan blog milik Khalil seolah-olah menunjukkan bahawa dia aktif terlibat dengan ajaran itu.
“Kami masih belum mendapatkan kaitannya termasuk siapakah pemimpinnya dan berapa ramai pengikut yang menganuti ajaran itu,” katanya pada sidang media pada Selasa.
Beliau berkata, masih terlalu awal bagi polis untuk mengulas lanjut dan meminta kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Khalid atau ajaran tersebut.
Khalil dan seorang wanita berjalan menuju ke kompleks Jabatan Perdana Menteri dan melibaskan pedang samurainya pada Isnin.
Bagi tempoh setengah jam berikutnya, mereka melawan seorang anggota polis, menyerang beberapa yang lain dan cuba memecahkan beberapa kenderaan sebelum polis melepas tembakan terhadap kedua-duanya bagi menahan mereka.
Khalil kemudiannya meninggal dunia di hospital dan wanita itu masih menerima rawatan.
Mohmad turut mempertahankan tindakan pegawai-pegawainya yang melepaskan tembakan di lengan dan kaki supaya melepaskan senjata berkenaan.
Tindakan itu bukan satu cubaan untuk menembak mati kedua-duanya.
Mohmad berkata, polis sedang meneliti dua pedang samurai dan pisau pemotong daging yang diukir dengan tulisan jawi.
“Kami akan menunggu keputusan bedah siasat untuk menentukan punca kematian,” kata beliau.
Ahad, 8 Julai 2012
Pistol Penyudah Debat Dua Politikus Jordan
AMMAN - Sebuah debat secara langsung di antara dua ahli politik berhaluan kiri menerusi siaran televisyen Jordan menjadi huru-hara apabila salah seorang panelnya bertindak mengeluarkan sepucuk pistol semasa program berjalan.
Kejadian yang berlaku di stesen saluran televisyen swasta Jo Sat itu menyaksikan Mohammad Shawabka melempar kasut kepada pesaingnya yang juga penggiat politik, Mansour Sayf Al-Din Murad selepas kedua-duanya saling bertelagah mengenai tajuk utama debat berkaitan kebangkitan pemberontakan di Syria.
Pergaduhan berlaku selepas Murad menuduh Shawabka sebagai agen kepada agensi perisik Israel (Mossad).
"Awak agen Mossad," kata Murad kemudian disusuli tuduhan Shawabka bahawa lawannya itu adalah penjahat sebelum melemparkan kasut yang juga isyarat penghinaan dalam dunia Arab.
Laporan televisyen swasta itu menyebut, semasa pengacara debat, Mohammed Habashneh bergelut meleraikan pergaduhan itu, Murad secara tiba-tiba menolak mejanya dan berlari ke arah Shawabka yang kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dari poket jaketnya untuk melawan.
Dua ahli Parlimen Jordan itu terus berteriak dan menolak satu sama lain sehingga siaran langsung ditamatkan. Pergaduhan yang pastinya mengejutkan semua penonton siaran debat itu tidak mendatangkan kecederaan buat semua pihak mahupun kru rancangan televisyen itu.
Kejadian yang berlaku di stesen saluran televisyen swasta Jo Sat itu menyaksikan Mohammad Shawabka melempar kasut kepada pesaingnya yang juga penggiat politik, Mansour Sayf Al-Din Murad selepas kedua-duanya saling bertelagah mengenai tajuk utama debat berkaitan kebangkitan pemberontakan di Syria.
Pergaduhan berlaku selepas Murad menuduh Shawabka sebagai agen kepada agensi perisik Israel (Mossad).
"Awak agen Mossad," kata Murad kemudian disusuli tuduhan Shawabka bahawa lawannya itu adalah penjahat sebelum melemparkan kasut yang juga isyarat penghinaan dalam dunia Arab.
Laporan televisyen swasta itu menyebut, semasa pengacara debat, Mohammed Habashneh bergelut meleraikan pergaduhan itu, Murad secara tiba-tiba menolak mejanya dan berlari ke arah Shawabka yang kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dari poket jaketnya untuk melawan.
Dua ahli Parlimen Jordan itu terus berteriak dan menolak satu sama lain sehingga siaran langsung ditamatkan. Pergaduhan yang pastinya mengejutkan semua penonton siaran debat itu tidak mendatangkan kecederaan buat semua pihak mahupun kru rancangan televisyen itu.
Isnin, 25 Jun 2012
Masak Dan Hidang Kemaluan Sendiri
JIJIK, tanpa pegangan agama, manusia akan jadi begitu menjijikkan. Seorang artis di Jepun menjual kemaluannya sendiri untuk dihidangkan kepada sesiapa yang sanggup membayar wang sejumlah US$250 sepinggan.
Tambah menghairankan, enam orang pelanggan sanggup membayarnya untuk menikmati sajian makan malam yang eksotik dan menjijikkan itu.
Artis lelaki berusia 22 tahun, Mao Sugiyama hidup sebagai seorang manusia aseksual. Dia inginkan kehidupan tanpa dikekang jantina semulajadinya.
Beberapa hari selepas harijadinya yang ke 22, dia telah membuat satu pembedahan membuang organ jantina dan segera menawarkannya kepada sesiapa yang berminat untuk memakannya.
Di halaman Twitter dia menulis:
"[Tolong retweet] Saya menawarkan kemaluan lelaki saya (lengkap, zakar, testis, kerandut)sebagai makanan dengan harga 100,000 yen. Akan dihidang dan dimasak mengikut kehendak pembeli, di lokasi yang telah dipilih"
Pada 13 April lalu, lima daripada enam pelanggan yang telah mendaftar untuk memakan kemaluan Sugiyama hadir di majlis makan malam yang diadakan di salah sebuah restauran di Tokyo.
Tiada tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap perbuatan menjual dan memakan kemaluan seperti ini di Jepun kerana undang-undang negara itu tidak menghalang "Canibalisme".
Sumber : SINI
Ahad, 24 Jun 2012
Cara Tanggalkan Kulit Ubi Kentang Dengan Pantas
Cara untuk mengupas kulit ubi kentang dengan cepat,pantas dan tangkas.So lepas ni boleh la korang cuba kat rumah,Hanya perlu ais jer.Selamat Mencuba !!
Sabtu, 23 Jun 2012
Disebalik Tabir Siri TELETUBBIES
Mungkin anda sangka penggambaran siri ini di buat dalam sebuah studio, tapi sebenarnya Teletubby-land terletak di tengah-tengah sebuah kawasan ladang yang dinamakan Sweet Knowle, di luar bandar Warwickshire, England.
Orang yang memainkan peranan penting di sebalik kostum alien-alien comel ini ialah. Simon Shelton sebagai Tinky Winky, John Simmit sebagai Dipsy, Nikky Smedley sebagai Laa-Laa dan Pui Fan Lee sebagai Po.
Tinggi sebenar Tinky-Winky hampir mencecah 10 kaki, manakala Dipsy (9 kaki), Laa-Laa (8kaki 6 inci) dan Po (6 kaki 6 inci). Untuk menghasilkan ilusi, penggambaran siri televisyen ini memastikan segala objek yang digunakan akan diskalakan mengikut kesesuaian dunia dunia Teletubbies.
Inb4, setiap simbol di kepala Teletubbies mempunyai maksud tersembunyi untuk menyampaikan agenda Illuminati. Lulz.
Jumaat, 22 Jun 2012
Dua Lelaki Bakar Diri di China

RAKAMAN amatur menunjukkan orang ramai melihat dua lelaki membakar diri di daerah Yushu di China kelmarin. - AP
BEIJING - Dua lelaki nekad membakar diri di daerah Yushu, dalam wilayah Qinghai bagi membantah pemerintahan China di Tibet dengan seorang mangsa maut, manakala rakannya parah.
Agensi berita rasmi Xinhua semalam melaporkan, mangsa yang maut merupakan seorang pengembala tempatan. Sementara lelaki yang terselamat berasal dari Aba, dalam wilayah Sichuan.
Sebuah kumpulan pertubuhan nasionalis Tibet dalam buangan, Kongres Pemuda Tibet mengenal pasti mangsa yang mati sebagai Tenzin Khedup, 24, dan rakannya ialah Ngawang Norphel berusia 22 tahun.
Pertubuhan itu turut menyiarkan rakaman video menunjukkan dua lelaki itu memegang bendera kemerdekaan Tibet ketika badan mereka dijilat api.
Sepanjang tahun lalu, dianggarkan berpuluh-puluh orang membakar diri di Tibet, China.
Mereka bertindak demikian kerana mendakwa Beijing menindas penduduk etnik Tibet. - AP
Penjual Aiskrim Bergaduh Rebut Kawasan
Pergaduhan diantara dua penjual aiskrim di England !! Mungkin perbalahan ini terjadi kerana berebut kawasan jual aiskrim tp punca sebenar tak diketahui.Pasal tu pon nak gaduh,diharap penjual aiskrim di Malaysia tak mencontohi sikap diaorang.Beware, penjual aiskrim sedang memerhatikan anda !! kui3.
Khamis, 14 Jun 2012
Cara Bunyi Seram Dibuat
Inilah cara bagaimana bunyi-bunyi seram dibuat dalam setiap filem. Walaupun tanpa adegan seram, tetapi bunyinya sudah cukup membuatkan bulu-bulu meremang. Seramm~
Sabtu, 9 Jun 2012
Tukang Sapu di China Guna Cara Kreatif Menyapu
Di China, tukang sapu sampah di sekitar jalan tidak menggunakan cara yang biasa kita lihat. Sebaliknya,mereka menggunakan idea ringkas tapi praktikal di mana 16 batang penyapu dilekatkan pada sebuah roda besi yang boleh berputar. Roda besi itu pula ditarik oleh lori kecil yang mana penarikan itu menyebabkan roda 16 penyapu itu berputar. Lihat gambar di bawah.
Kreatif dan praktikal bukan? Tapi awas! anda dinasihatkan berhati-hati ketika berselisih dengan lori ini, takut nanti dengan anda anda disapunya. hahaSaksikan video dengan baca seterusnya.


Khamis, 7 Jun 2012
Konspirasi Pembunuhan Yang Ganas Tetapi Gagal
Kejadian ini telah berlaku pada jam 10.45 malam di Filipina di mana Doktor Andres Gumban, seorang doktor pakar psikitrik telah berkenalan dengan dua orang remaja lelaki melalui Facebook dan telah menjemput mereka untuk datang ke rumahnye. Tindakan doktor itu mengajak mereka datang ke rumah adalah satu kesilapan besar dalam hidupnye kerana telah meragut nyawanya sendiri.
Dua remaja ini, merupakan pembunuh kejam yang merekodkan video kelakuan membunuh menggunakan telefon bimbit. Doktor tersebut telah dihentak dengan batu sebelum di rodok menggunakan senjata tajam sebanyak 34 kali sehingga mati.
Nasib penjenayah ini malang apabila anjing yang menyalak telah mengejutkan jirannya untuk melihat apa yang berlaku. Jirannye telah datang ke rumah doktor tersebut sambil membawa pump gun dan memaksa dua remaja tersebut membuka pintu sebelum terkejut melihat percikan darah pada lantai rumah tersebut. Seorang lagi jiran yang datang telah menelefon polis untuk menangkap penjenayah ini.
Penjenayah ini telah menipu dengan mengatakan bahawa mereka merupakan mangsa sodomi doktor tersebut dan membunuh atas alasan mempertahankan diri namun video ini telah menjerat mereka sendiri. Menurut jurucakap polis, dengan penangkapan ini telah menyelesaikan satu kes bunuh yang melibatkan seorang wanita mengandung yang dibunuh pada awal tahun ini
AMARAN : Ini adalah video pembunuhan sebenar,Jadi video ini mengandungi keganasan melampau,Budi bicara penontong diperlukan.Aku pon tak sanggup nak tengok sampai abis.
Sumber : SINI
Langgan:
Catatan (Atom)





























