Ahad, 28 April 2013

Industri Perfileman & Muzik Tempatan Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - Norman KRU



Cuma tinggal seminggu sahaja lagi sebelum kita keluar beramai ramai mengundi untuk menentukan masa hadapan Malaysia. Namun, Norman Abdul Halim atau Norman KRU seperti sudah nampak masa hadapan beliau dan insdustry perfileman & muzik tanahair.

Norman KRU menulis melalui akaun Twitter beliau hari ini bahawa masa hadapan industri perfileman & muzik tempatan dalam keadaan bahaya jika Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di’benarkan berkuasa.

“Sorry ye, apa yang saya tweet ni mesti penyokong PR tidak suka tapi ini realiti – kalau PAS berkuasa, industri filem & muzik kita akan hancur”

“Bukan saja industri filem dan muzik tempatan saja yang akan hancur; pengeluaran filem & muzik antarabangsa di Malaysia akan turut terjejas,” tulis Norman KRU yang menerima pelbagai reaksi.


Hafiz Hamidun yang juga penyanyi & penerbit, antara yang memberikan reaksi.Beliau mengatakan industri filem & muzik tidak akan terjejas langsung malah apa yang perlu adalah produk seni yang lebih berkualiti.


Olahan : Roy Podolski

Sumber : Rotikaya

1 ulasan: