Selasa, 22 Januari 2013

5 Pantai Yang Bahaya Di Dunia

Jika anda seorang yang suka mengembara ke luar negara sudah semestinya diantara destinasi pilihan yang akan anda lawati adalah pantai.Tetapi tahukah anda bahawa terdapat pantai-pantai yang bahaya untuk anda kunjungi?Mari baca info ringkas yang kami sediakan mengenai 5 pantai berbahaya didunia,manalah tahu jika anda terpergi ke pantai tu maka bolehlah anda sediakan kelengkapan yang secukupnya :D

Fraser Island, Australia


Lautan yang mengelilingi Pulau fraser, yang merangkumi timur-selatan Queensland merupakan kawasan larangan,melainkan jika anda tidak kisah untuk berenang besama-sama dengan jerung dan obor-obor, sementara terpaksa mengatasi arus ombak yang kuat dan ganas. Di sebelah atas kawasan pulau, terdapat pelbagai labah-labah berbisa, selain buaya air masin yang pelik, dan juga dingo yang memang terkenal di dalam menyerang manusia.

Gansbaai, South Africa


Di bahagian kawasan ini merupakan tempat jerung putih. beberapa batu daripada pantai, terdapat satu terusan air yang dipanggil Shark Alley. Ianya terletak di antara Pulau Dyer dan Geyser Rock. Selain itu ia juga merupakan tempat koloni memerang berbulu berteduh, yang mana telah menarik perhatian jerung putih pembunuh sekaligus menajadi tempat utama tarikan para pelancong. Para pelancong yang datang kesitu  akan berlindung di dalam sangkar besi kalis jerung sambil mengambil gambar dan video.

Hanakapiai, Hawaii 


Jika papan tanda yang menyambut pelancong di pantai Hanakapiai di Hawaii tepat, sekurang-kurang nya 83 orang telah lemas di sini. Lebih kurang sama dengan pantai Kauai di Napali, arus air dan ombak yang kuat dan ganas amat merbahaya untuk aktiviti berenang.Terdapat laporan yang mengatakan bahawa terdapat mangsa lemas walaupun berada di kawasan air cetek.

Praia de Boa Viegem, Brazil


Pantai yang popular di Recife, Brazil ini telah menarik perhatian pelancong untuk menikmati matahari disepanjang tahun dan dikenali sebagai bebas daripada jerung. Akan tetapi, sejak tahun1992, terdapat lebih kurang 50 kali serangan jerung berlaku di pantai ini yang mengakibattkan 19 kematian. Pakar alam sekitar menyalahkan bot-bot nelayan yang menangkap ikan disekitar pantai tersebut di atas kerosakan ekosistem pantai tesebut. Dan jika alasan itu tidak mencukupi untuk anda berjaga-jaga mengenai keselamatan anda, bandar ini juga mempunyai rekod jenayah yang tinggi.

Northern Territory and Queensland, Australia


Setiap tahun, di antara bulan oktober dan april, beribu-beribu obor-obor telah menyebabkan penutupan beratus pantai di sepanjang utara australia. Obor-obor ini adalah merupakan di antara hidupan beracun berbahaya di dunia, yang mana telah menyebabkan sekurang-kurangnya 70 kematian sejak tahun 1883 lagi. Sengatnya yang berbisa dan menyakitkan telah menyebabkan sesetengah mangsa mengalami kekejangan sebelum sempat sampai ke pantai.

Oleh : Roy Podolski & phoenix2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan