Memaparkan catatan dengan label dalam negeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dalam negeri. Papar semua catatan

Rabu, 27 Mac 2013

Pulakk !! Sultan Baru Tuntut Negara !!

Sebelum ni kita dah tau ramai orang mengaku sebagai Sultan Sulu & di anggarkan seramai 9 orang yang mengaku.Kali ini berlainan apabila warganegara kita pula yang mengaku sebagai TUANKU SULTAN RAJA MERONGMAHAWANGSA II@RAJA NUSANTARA@PEMUDA BANI TAMIM@SATRIO PININGIT@RATU ADIL@SULTAN KEDAH@YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA@WHITE SPIRITUAL BOY.

Sekali panjangggg daaaa gelaran diaaaa..siap White Spiritual Boy,kerrrlassss gituu !! Mari tengok bagaimana rupa orang yang mengaku sebagai Sultan ni dan titahnya.So ini kesimpulan yang patik dah buat : Bukan Kiram je yang gila tanah,ramai lagi & masing2 menuntut dengan cara berbeza.


DARI: RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara

10 Jamadilawwal 1434 Hijriah
22 Mac 2013 Masihi

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam,Solawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta Para-Para Sahabat SAW.

Dengan izinAllah dan di atas petunjuk dan ilham darinya kepada Beta, setelah melalui proses pelbagai ujian dan memegang Amanat daripada Rasulullah SAW kepada Beta (22/04/2010) dan dengan Perintah dari Allah yang di turunkan kepada Beta sebagai Mujaddid/Raja Utusan Allah Akhiruzaman Fasa 1 juga sebagai pengganti Nabi dan Rasul dengan ini Beta, TUANKU SULTAN RAJA MERONGMAHAWANGSA II@RAJA NUSANTARA@PEMUDA BANI TAMIM@SATRIO PININGIT@RATU ADIL@SULTAN KEDAH@YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA@WHITE SPIRITUAL BOY yang di utuskan oleh Allah untuk memperbetulkan agama Allah(ISLAM) dan membawa umat kembali Tauhid dan Esa akan Allah serta Taat Kepada Rasul yang sebenar nya dan mengikuti jalan yang lurus dan kembali hidup dalam amalan kenabian dengan berpegang kepada AlQuran dan Sunnah Sunnah SAW sebagai amalan kehidupan seharian. Kepada Guru2 Mursyid, Baba2 Mursyid,Kiyai2 Mursyid,Ulama2 Mursyid,Habib2 Mursyid,Maulana2 Mursyid.

Syeikh2 Mursyid yang menanti-nantikan kemunculan Beta selama ini, Beta ucapkan Assalamualaikum kepada tuan-tuan semua semoga kita di pertemukan oleh Allah dan bersama-sama Beta dalam perjuangan Akhiruzaman Fasa 1 ini dan menegakan serta mengibarkan Panji Hitam dari Timur yang di tunggu2 oleh umat untuk kebangkitan Islam kali ke II ini.

Juga kepada pejuang2 sejati PANJI HITAM DARI TIMUR marilah bersama-sama Beta memperjuangkan Panji Hitam Dari Timur untuk menyediakan tapak Pemerintahan kepada ALMAHDI(IMAM MAHDI). Sekian dari Beta Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II@Pemegang Panji Hitam AlMahdi.

ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...

Beta boleh di hubungi di: Surau ALFalah, Kenari Apartment,Taman Melati,Setapak,Kuala Lumpur.

Sumber : SINI

Ahad, 24 Mac 2013

Terkini : Empat Mayat Termasuk Dua Kanak-Kanak Ditemui Dalam Kejadian Berbalas Tembak



LAHAD DATU –  Empat mayat dipercayai rakyat asing ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas militan semasa operasi penggeledahan di kampung itu, Ahad.
Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata insiden itu berlaku selepas pasukan keselamatan menjejaki dua musuh yang memasuki sebuah rumah berhampiran dan berlaku tembak menembak sehingga mencederakan anggota itu.

“Berlaku beberapa minit pertempuran di situ, dan semasa pertempuran pasukan keselamatan mendapati seorang musuh telah lari dari rumah itu menghala ke sebuah rumah di sebelah sebelum bertindak membakar rumah berkenaan.

“Pasukan keselamatan kemudiannya melepaskan tembakan bagi membersihkan rumah yang mula-mula dimasuki dua pengganas itu sebelum memasukinya dan menjumpai empat orang mati ditembak,” katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini, Ahad.

Zulkifeli berkata mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.Tiada pengenalan diri ditemui.
 
Beliau berkata hasil penggeledahan, pasukan keselamatan menemui seorang lagi kanak-kanak lelaki yang cedera, juga tiada pengenalan diri dan dia diterbangkan ke Hospital Sandakan untuk rawatan.

Pasukan keselamatan turut menemui sejumlah bekalan makanan yang dipercayai dikumpul di rumah berkenaan, katanya.

Zulkifeli berkata kesemua mayat itu dibawa keluar dari lokasi pertempuran, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan sehingga kini 42.

Beliau berkata militan pengganas yang semakin terdesak kini bergerak dalam kumpulan kecil dan mengaplikasikan ‘Small Unit Tactic’, iaitu cuba mendatangkan seberapa banyak mungkin kecederaan kepada pasukan keselamatan yang menjejaki pergerakan mereka.

“Daripada pertempuran yang dialami, kami dapati Modus Operandi musuh ialah apabila bertempur mereka akan membawa pasukan keselamatan ke satu kawasan di mana penembak tepat mereka dapat melepaskan tembakan.

“Selepas bertempur di situ, mereka kemudiannya berundur dan memasuki kawasan rumah yang telah dikenal pasti untuk bertahan dan bertempur semula sebelum bertindak membakar rumah itu dan rumah berdekatan sekiranya tidak lagi mampu bertahan,” katanya.

Beliau berkata taktik melengahkan pergerakan anggota keselamatan itu diteruskan dengan militan berundur ke kawasan paya berdekatan yang telah dikenal pasti sebelum menggempur pasukan keselamatan yang menghampirinya.

Zulkifeli yang yakin semua penembak tepat musuh berjaya ditembak mati dalam pertempuran sebelum 20 Mac, berkata taktik yang diguna musuh sekarang ini memerlukan pasukan keselamatan lebih berhati-hati.
“Sejak pertempuran pada 20 Mac pasukan keselamatan tidak lagi mendapat tentangan daripada penembak tepat musuh dan kami yakin kumpulan ‘sniper’ pengganas telah dapat ditewaskan kerana kebelakangan ini tidak ada lagi ancaman daripada kumpulan penembak tepat itu,” katanya. – BERNAMA

Sumber : SINI

Selasa, 12 Mac 2013

Syok.Org, TeamHanna.Org, dan Jieazzmovie.Net Bukan Lagi Portal Mendownload Movies, Videos dan Mp3's


Difahamkan founder syok.org dtahan pihak berkuasa dan kedua admin teamhanna.org dan Jieazzmovie.org menutup portal download mereka.
Anda fikir anda tahu Syok.Org, TeamHanna.Org, dan Jieazzmovie.Net Bukan Lagi Portal Mendownload Movies, Videos dan Mp3's ? anda fikir sekali lagi..

SumberSINI


Ahad, 13 Januari 2013

Dua Dari Lima Tahanan Lolos Berjaya Ditahan Polis !!


TASEK GELUGOR – Polis malam tadi berjaya memberkas dua daripada lima orang kena tahan (OKT) yang diburu sejak Isnin lepas, setelah mereka meloloskan diri ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth.

Mohamad Farid Akhtar, 24, ditangkap ketika makan seorang diri di sebuah restoran di Kubang Semang manakala rakannya, Mohd. Shahrimy Mohd. Noor, 28, pula ditahan di satu kawasan tidak jauh dari situ kira-kira 30 minit kemudian.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kedua-dua penjenayah itu ditangkap hasil risikan dan maklumat awam.

“Susulan penangkapan suspek ini polis yakin dapat menahan tiga lagi rakannya dalam tempoh terdekat,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi Isnin lalu, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Kompleks Mahkamah Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.

Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis lalu.

Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd. Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Boy atau Mohd. Noor Mustafa, 28.

Mereka yang masih diburu ialah Hamizani Harun, 37, Mohamad Khairul Nizam Abdul Rani, 25, dan Hisham Abdul Rahman, 39.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, seorang lagi OKT, Mohamad Khairul Nizam sempat melarikan diri ke kawasan belukar di belakang Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Kubang Semang.

Beliau berkata, ketika melarikan diri, dia dipercayai membawa bersama seorang remaja, Mohd. Khairul Anas Mohd. Fadli, 19, dan berkemungkinan dijadikan sebagai tebusan kerana lelaki itu turut membawa sebilah parang panjang bersamanya.

“OKT tersebut mempunyai rekod samun berkumpulan dan samun bersenjata. Dia juga melarikan motosikal jenis Honda EX5 milik bapa remaja berkenaan,” katanya.

Menurut Abdul Rahim, polis telah mengarahkan anggota Pasukan Gerakan Am memburu Mohamad Khairul Nizam di kawasan terbabit.

Sumber : Kosmo! Online