Memaparkan catatan dengan label pelik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelik. Papar semua catatan

Isnin, 21 Januari 2013

10 Barangan Pelik yang Terjual Di eBay

Sememangnya kita biasa membeli barangan dari Internet tetapi kebanyakan barangan yang kita beli adalah barangan keperluan untuk diri kita.Berikut adalah ringkasan 10 senarai barangan pelik yang terjual di eBay.Mungkin banyak lagi barangan pelik yang dijual pada masa ini cuma kita saja tak mengetahuinya.Mari sama-sama baca.

10. Dahi Seorang Lelaki


Andrew Fischer,20 tahun dari Oklahoma telah menjual bahagian dahinya untuk dijadikan ruang iklan.Dia kemudiannya menerima sebanyak $37,375 dari SnoreStop untuk sebulan pengiklanan didahinya.

9.Pekan Di Texas


Pekan Albert di Texas merupakan pekan yang terkenal dengan warisan Jerman dan latar belakangnya yang santai.Tawaran tersebut juga termasuk dengan gelaran Datuk Bandar dan taman bir.

8.Seluar Dalam Michael Jackson

Seluar pendek jenis boxer yang digunakan oleh Michael jackson sebagai seluar dalam telah dijual dengan harga sebanyak 1 juta.Ia kemudiannya telah dirampas untuk dijadikan bukti semasa penyiasatan kes pencabulan kanak-kanak yang melibatkan Michael Jackson.

7.Maksud Sebenar Kehidupan


Penjual mendakwa telah menemui sebab bagi kewujudan manusia.Bidaan yang paling tinggi ialah sebanyak $3.26.#LOL.

6.Seorang Bayi

Sepasang kekasih telah meletakkan bayinya didalam eBay untuk 1 euro sebagai jenaka.Mereka kemudiannya dilucutkan hak penjagaan bayi tersebut dan disiasat atas dakwaan penyeludupan kanak-kanak.

5.Bingkai Tingkap Penembak JFK


Tingkap dan bingkai dari tempat persembunyian penembak JFK iaitu Lee Harvey Oswald telah dijual dengan harga $3 juta.

4.Tisu Terpakai

Batuk scarlett johanson telah membantu menaikkan nilai selebriti tersebut apabila tisu yang digunakan beliau telah berjaya di lelong pada harga $5000 semasa lelongan amal.

3.Hantu didalam Balang

Peniaga ini telah menjumpai balang ini semasa mengimbas metal dan dihantui oleh kandungan di dalam balang tersebut.Walaubagaimanapun,barang barangan menarik yang ternyata menipu itu mendapat bidaan tertinggi sehingga $100 juta.

2. Sandwich keju panggang Virgin Mary


Seorang peniaga menawarkan sandwich keju panggang dengan harga $28k apabila Virgin Mary telah muncul pada permukaan roti sandwich tersebut. 

1.Hidup sepanjang hayat seorang lelaki


Ian Usher telah menjual hidupnya dengan harga sebanyak $300k,ia termasuklan dengan rumah,kereta,jet ski dan memperkenalkan dengan kawan-kawannya di Perth,Australia.

Oleh : Roy Podolski & phoenix2020 

Isnin, 14 Januari 2013

Pulak !! Teori Gila !! Manusia Asal Dari TIKUS??

Adakah anda rela mengakui bahawa tikus yang comel dan sering membuat bising didapur pada waktu malam ini sebagai nenek moyang anda??

Jika dulu, Charles Darwin mengeluarkan teori gila iaitu manusia berasal dari beruk, sekarang muncul pula teori gila baru dari saintis yang sama gila, iaitu mereka mengatakan manusia berasal dari makhluk seperti tikus yang hidup 160 juta tahun yang lalu.


Mamalia kecil berbulu plasenta itu kononnya hidup di tempat yang kini ialah timur laut China semasa era Jurassic ketika dinosaur memerintah Bumi.Dinamakan Juramaia sinensis, fosil tertua pernah ditemui sekumpulan haiwan yang dipanggil eutherians, atau placentals, yang melahirkan hidup muda. Ini termasuk lah lembu, tikus, monyet, singa, harimau, anjing, kuda, ikan paus dan, semestinya kumpulan kita sendiri iaitu mamalia, yang primer.

Nenek moyang: Ini adalah apa yang saintis percaya terawal yang dipanggil 'eutherian'.

Dr Zhe-Xi Luo, Ahli Paleontologi dari Carnegie Museum of Natural History di Pittsburgh, berkata: "Juramaia, daripada 160 juta tahun yang lalu, adalah sama ada ibu saudara moyang, atau moyang kepada semua mamalia plasenta yang berkembang maju hari ini.Analisis rangka fosil menunjukkan haiwan itu adalah makhluk yang tangkas dengan keupayaan yang kuat untuk mendaki.'Ini mungkin menjelaskan bagaimana ia berjaya untuk terus hidup semasa zaman dinosaur - dengan memanjat dan bersembunyi di dalam pokok'.
 
Fosil mempunyai tengkorak yang tidak lengkap, sebahagian daripada rangka, dan, amat, jejak sisa tisu lembut seperti rambut
Jadi,kepada sesiapa yang bangang dan tak mahu mengakui berasal dari keturunan Adam & Hawa boleh lah memilih samada ingin berketurunan monyet ataupun tikus.Sok-sok jumpa senang je boleh terus bagi makan racun tikus.


Oleh : Roy Podolski & phoenix2020

Rabu, 1 Ogos 2012

Misteri : Bas Tiba-Tiba Berada Di Dalam Hutan




















JAKARTA : Seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya.

Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.

Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu.

Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit.

Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut.

Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencana berjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu.

Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit.

Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus.

“Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat.

“Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu,” katanya kepada Tribunnews.com. – AGENSI

Khamis, 12 Julai 2012

Menu Makanan Yang Paling 'Fresh' (VIDEO)

BIASA kita dengar orang-orang Jepun gemar dengan makanan yang segar "fresh" dikatakan untuk mendapat rasa serta sumber protein yang segar dan terbaik.

Lihat gambar di bawah ini, wanita Jepun ini sedang menikmati seekor katak segar yang tidak dimasak. Tambah mengejutkan rupa-rupanya katak ini dimakan ketika ia masih hidup.


Lihat sahaja dari senyumannya, hidangan ini kelihatan enak baginya. Selain itu aktiviti menjamu hidangan katak yang masih hidup seperti ini sebenarnya sudah menjadi perkara biasa di Jepun.

Lihat! Katak itu masih lagi menggeletik kesakitan selepas separuh bahagian badannya dipotong semasa proses penyediaan hidangan ini.


Lihat pula video di bawah ini (Amaran, aksi jijik bakal ditayangkan, anda mungkin kehilangan selera makan beberapa hari selepas menonton video ini)



Isnin, 25 Jun 2012

Masak Dan Hidang Kemaluan Sendiri

blogging si blogger masak hidang kemaluan sendiri

JIJIK, tanpa pegangan agama, manusia akan jadi begitu menjijikkan. Seorang artis di Jepun menjual kemaluannya sendiri untuk dihidangkan kepada sesiapa yang sanggup membayar wang sejumlah US$250 sepinggan.
Tambah menghairankan, enam orang pelanggan sanggup membayarnya untuk menikmati sajian makan malam yang eksotik dan menjijikkan itu. 


Artis lelaki berusia 22 tahun, Mao Sugiyama hidup sebagai seorang manusia aseksual. Dia inginkan kehidupan tanpa dikekang jantina semulajadinya. 


Beberapa hari selepas harijadinya yang ke 22, dia telah membuat satu pembedahan membuang organ jantina dan segera menawarkannya kepada sesiapa yang berminat untuk memakannya. 


Di halaman Twitter dia menulis:


"[Tolong retweet] Saya menawarkan kemaluan lelaki saya (lengkap, zakar, testis, kerandut)sebagai makanan dengan harga 100,000 yen. Akan dihidang dan dimasak mengikut kehendak pembeli, di lokasi yang telah dipilih" 


Pada 13 April lalu, lima daripada enam pelanggan yang telah mendaftar untuk memakan kemaluan Sugiyama hadir di majlis makan malam yang diadakan di salah sebuah restauran di Tokyo. 


Tiada tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap perbuatan menjual dan memakan kemaluan seperti ini di Jepun kerana undang-undang negara itu tidak menghalang "Canibalisme". 



blogging si blogger masak hidang kemaluan sendiri


blogging si blogger masak hidang kemaluan sendiri


blogging si blogger masak hidang kemaluan sendiri



Sumber : SINI

Rabu, 20 Jun 2012

Shushi Serangga

Agak-agak korang nak makan tak shusi jenis ni??Nampak macam lazat dan menyelerakan di mata penggemar penggemar makanan exotik.










Isnin, 11 Jun 2012

Haiwan Pelik Sesat di Bandar Xinxiang, China..

Seekor haiwan yang mempunyai rupa yang agak pelik sesat di bandar Xinxiang, wilayah Henan, China. Kehadiran haiwan tersebut mengejutkan masyarakat setempat dek kerana warna kulitnya berwarna pink serta bulu di atas kepalanya seakan-akan mohawk. Ramai menganggap ia adalah haiwan hasil kesalahan genetik daripada pusat penyelidikan saintifik yang terletak di situ. Kemungkinan besar ia adalah hasil kacukan khinzir dan anjing.
Walaubagaimanapun, pihak berkuasa menolak dakwaan tersebut dan meyakinkan masyarakat bahawa ia adalah sejenis anjing daripada spesies yang jarang ditemui.

p/s : binatang jugak yang jadi mangsa kalau bab ujikaji nih..

Rabu, 30 Mei 2012

11 Fesyen Janggut + Misai Paling Pelik

11 fesyen janggut pelik yang ada kat dunia nih..tak tau lah kot kot ada yang lagi pelik dari ni.Macam-macam ada..Salah satu fesyen ni digayakan oleh Abe Wong.(yang last skali)

blogging si blogger sebelas fesyen janggunt misai paling pelik 

blogging si blogger sebelas fesyen janggunt misai paling pelik blogging si blogger sebelas fesyen janggunt misai paling pelik
blogging si blogger sebelas fesyen janggunt misai paling pelik
blogging si blogger sebelas fesyen janggunt misai paling pelikblogging si blogger sebelas fesyen janggunt misai paling pelikblogging si blogger sebelas fesyen janggunt misai paling pelikblogging si blogger sebelas fesyen janggunt misai paling pelikblogging si blogger sebelas fesyen janggunt misai paling pelik
blogging si blogger sebelas fesyen janggunt misai paling pelikblogging si blogger sebelas fesyen janggunt misai paling pelik
 Sumber : Sini