Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan

Ahad, 24 Mac 2013

Terkini : Empat Mayat Termasuk Dua Kanak-Kanak Ditemui Dalam Kejadian Berbalas Tembak



LAHAD DATU –  Empat mayat dipercayai rakyat asing ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas militan semasa operasi penggeledahan di kampung itu, Ahad.
Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata insiden itu berlaku selepas pasukan keselamatan menjejaki dua musuh yang memasuki sebuah rumah berhampiran dan berlaku tembak menembak sehingga mencederakan anggota itu.

“Berlaku beberapa minit pertempuran di situ, dan semasa pertempuran pasukan keselamatan mendapati seorang musuh telah lari dari rumah itu menghala ke sebuah rumah di sebelah sebelum bertindak membakar rumah berkenaan.

“Pasukan keselamatan kemudiannya melepaskan tembakan bagi membersihkan rumah yang mula-mula dimasuki dua pengganas itu sebelum memasukinya dan menjumpai empat orang mati ditembak,” katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini, Ahad.

Zulkifeli berkata mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.Tiada pengenalan diri ditemui.
 
Beliau berkata hasil penggeledahan, pasukan keselamatan menemui seorang lagi kanak-kanak lelaki yang cedera, juga tiada pengenalan diri dan dia diterbangkan ke Hospital Sandakan untuk rawatan.

Pasukan keselamatan turut menemui sejumlah bekalan makanan yang dipercayai dikumpul di rumah berkenaan, katanya.

Zulkifeli berkata kesemua mayat itu dibawa keluar dari lokasi pertempuran, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan sehingga kini 42.

Beliau berkata militan pengganas yang semakin terdesak kini bergerak dalam kumpulan kecil dan mengaplikasikan ‘Small Unit Tactic’, iaitu cuba mendatangkan seberapa banyak mungkin kecederaan kepada pasukan keselamatan yang menjejaki pergerakan mereka.

“Daripada pertempuran yang dialami, kami dapati Modus Operandi musuh ialah apabila bertempur mereka akan membawa pasukan keselamatan ke satu kawasan di mana penembak tepat mereka dapat melepaskan tembakan.

“Selepas bertempur di situ, mereka kemudiannya berundur dan memasuki kawasan rumah yang telah dikenal pasti untuk bertahan dan bertempur semula sebelum bertindak membakar rumah itu dan rumah berdekatan sekiranya tidak lagi mampu bertahan,” katanya.

Beliau berkata taktik melengahkan pergerakan anggota keselamatan itu diteruskan dengan militan berundur ke kawasan paya berdekatan yang telah dikenal pasti sebelum menggempur pasukan keselamatan yang menghampirinya.

Zulkifeli yang yakin semua penembak tepat musuh berjaya ditembak mati dalam pertempuran sebelum 20 Mac, berkata taktik yang diguna musuh sekarang ini memerlukan pasukan keselamatan lebih berhati-hati.
“Sejak pertempuran pada 20 Mac pasukan keselamatan tidak lagi mendapat tentangan daripada penembak tepat musuh dan kami yakin kumpulan ‘sniper’ pengganas telah dapat ditewaskan kerana kebelakangan ini tidak ada lagi ancaman daripada kumpulan penembak tepat itu,” katanya. – BERNAMA

Sumber : SINI

Jumaat, 1 Mac 2013

Misteri Puluhan Pari Terdampar di Pantai Gaza (VIDEO)



Sekitar 220 ekor ikan pari jenis Mobula ditemui terdampar secara misteri di pantai Bandar Gaza dalam wilayah Palestin kelmarin.

Sekaligus penemuan itu menjadi rezeki beberapa orang nelayan di sini yang bertindak melapah haiwan tersebut untuk dijual di pasar.



Dalam satu temu bual bersama media tempatan, seorang nelayan itu dipetik sebagai berkata, ini merupakan kali pertama ikan pari ditemui terdampar di pantai itu sejak enam tahun lalu.

Media tempatan melaporkan, ikan pari itu mampu mencapai berat 76 kilogram dan ia dijual pada harga lima shekel (RM4.21) untuk 0.5 kilogram di pasar tempatan - Agensi

Sumber : SINI

Khamis, 17 Januari 2013

Ditanduk Badak Selepas Bergambar Dengan Suami

Wanita ditanduk badak - Blogging Si Blogger | Enhance The Variety

JOHANNESBURG - Seorang wanita, Chantal Beyer ditanduk seekor badak sumbu selepas dia bergambar dengan suaminya, Sven Fouche di depan dua ekor haiwan itu baru-baru ini di Taman Semula Jadi Aloe Ridge dekat sini.

Sebelum gambar itu dirakamkan, seorang pemandu pelancong mengarahkan mereka berdiri di depan haiwan berkenaan.

Beyer yang berusia 24 tahun ditanduk dari arah belakang menyebabkan tulang rusuk dan parunya patah.

Dia kini dirawat di sebuah hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Agensi
Sumber : Kosmo! Online

Ahad, 13 Januari 2013

Sedih !! Kerana HIV, Budak Enam Tahun Dipinggirkan

Sedih !! Kerana HIV, Budak Enam Tahun Dipinggirkan
Ah Long bermain tanpa teman

Kehidupan pada usia 6 tahun tak kiralah dimana sahaja didunia ini sepatutnya dipenuhi dengan kasih sayang,buih-buih,keselesaan dan belaian manja.Untuk Ah Long yang miskin dan pembawa HIV dari Guangxi Province, China, kehidupan teramatlah sukar dan terlalu sepi untuknya.

Sedih !! Kerana HIV, Budak Enam Tahun Dipinggirkan
Sedih !! Kerana HIV, Budak Enam Tahun Dipinggirkan

Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia akibat AIDS dan kanak-kanak yang miskin ini terpaksa hidup berdikari dengan membasuh pakaian sendiri, memasak dan belajar.Neneknya yang berusia 84 tahun ada menanam sayur-sayuran utk dijadikan makanan kanak-kanak malang ini dan kadang-kadang memasak untuknya tetapi neneknya tidak tinggal bersamanya.

Sedih !! Kerana HIV, Budak Enam Tahun Dipinggirkan

Satu-satunya kawan yang menemani dia adalah seekor anjing bernama Lao Hei berikutan masyarakat sekeliling yang meminggirkannya termasuk pihak sekolah berdekatan.Dia tidak dapat bersekolah di situ hanya kerana dia pembawa virus HIV selain dar ibu bapa pelajar lain mengugut untuk membunuhnya jika dia menghampiri anak-anak mereka dan doktor pula enggan untuk merawatnya.Itulah nasib malang berterusan yang Ah Long terpaksa lalui secara sendirian.

Sedih !! Kerana HIV, Budak Enam Tahun Dipinggirkan

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga enggan untuk menjaga budak kecil ini dan bantuan bulanan sebanyak 70 yuan(kira-kira RM34) sebulan tidak mencukupi untuk menampung hidupnya.


Sedih !! Kerana HIV, Budak Enam Tahun Dipinggirkan - Blogging Si Blogger | Enhance The Variety

Masih terdapat harapan untuk Ah Long selepas kisahnya disiarkan dalam akhbar-akhbar Cina dan terdapat pasangan yang mengumumkan secara terbuka bahawa mereka akan memelihara budak itu.Walau bagaimanapun, setakat ini ianya masih belum berlaku.

Stigma yang mengelilingi sekitar HIV / AIDS di China adalah sangat berpengaruh dan ianya benar-benar bertanggungjawab dalam pengabaian kanak-kanak miskin di negara itu.

Olahan : Roy Podolski
Sumber : Weirdasianews

Dua Dari Lima Tahanan Lolos Berjaya Ditahan Polis !!


TASEK GELUGOR – Polis malam tadi berjaya memberkas dua daripada lima orang kena tahan (OKT) yang diburu sejak Isnin lepas, setelah mereka meloloskan diri ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth.

Mohamad Farid Akhtar, 24, ditangkap ketika makan seorang diri di sebuah restoran di Kubang Semang manakala rakannya, Mohd. Shahrimy Mohd. Noor, 28, pula ditahan di satu kawasan tidak jauh dari situ kira-kira 30 minit kemudian.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kedua-dua penjenayah itu ditangkap hasil risikan dan maklumat awam.

“Susulan penangkapan suspek ini polis yakin dapat menahan tiga lagi rakannya dalam tempoh terdekat,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi Isnin lalu, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Kompleks Mahkamah Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.

Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis lalu.

Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd. Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Boy atau Mohd. Noor Mustafa, 28.

Mereka yang masih diburu ialah Hamizani Harun, 37, Mohamad Khairul Nizam Abdul Rani, 25, dan Hisham Abdul Rahman, 39.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, seorang lagi OKT, Mohamad Khairul Nizam sempat melarikan diri ke kawasan belukar di belakang Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Kubang Semang.

Beliau berkata, ketika melarikan diri, dia dipercayai membawa bersama seorang remaja, Mohd. Khairul Anas Mohd. Fadli, 19, dan berkemungkinan dijadikan sebagai tebusan kerana lelaki itu turut membawa sebilah parang panjang bersamanya.

“OKT tersebut mempunyai rekod samun berkumpulan dan samun bersenjata. Dia juga melarikan motosikal jenis Honda EX5 milik bapa remaja berkenaan,” katanya.

Menurut Abdul Rahim, polis telah mengarahkan anggota Pasukan Gerakan Am memburu Mohamad Khairul Nizam di kawasan terbabit.

Sumber : Kosmo! Online

Khamis, 10 Januari 2013

GEMPAR !! Babi Hutan Masuk Mahkamah !!

Babi Hutan Masuk Mahkamah
Tidak dapat dipastikan kesahihannya samada babi tu berpura-pura mati untuk kelihatan awesome didalam gambar ataupun telah mati ketika itu didalam tangan seorang penembak handalan JPAM

Gempar bila seekor babi hutan jantan menceroboh kawasan Pekarangan Mahkamah Majistret di Alor Gajah

Babi hutan itu juga menyerang orang ramai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Alor Gajah yang cuba menangkapnya.

Kehadiran babi hutan itu disedari pada pukul 8.30 pagi apabila ianya cuba mencari jalan keluar dari longkang dalam kawasan mahkamah dan gagal seterusnya menimbulkan kekecohan.Terdapat juga kontroversi mengatakan bahawa babi itu masuk ke perkarangan mahkamah kerana tidak berpuas ati dengan kerajan berkaitan isu pengharaman rokok elektronik yang mana kemudiannya disangkal oleh Presiden Persatuan Babi-babi Hutan Negeri Melaka.Bagaimanapun,Presiden Persatuan Babi-babi Hutan Negeri Melaka tidak mahu memberikan ulasan lanjut dalam paper berbahasa babi.

Kekecohan itu berakhir apabila haiwan tersebut ditembak mati oleh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang datang ke tempat kejadian.Bagi mereka yang memelihara babi samada untuk tujuan penternakan atau pun memelihara babi sebagai "Pet" seharusnya mula berkabung dari pada tarikh ini bertujuan menghormati simati babi.Lawak Gempak Satria Penyelamat Negara

Ahmad Harun, iaitu saksi kejadian berusia 52 tahun berkata pada mulanya dia menyangkakan terdapat longgokan sampah berwarna kelabu di dalam longkang.Kita seharusnya tidak menyalahkan pakcik itu kerana pada usianya yang begini,had penglihatan seseorang itu akan lebih mudah terjejas.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai berita ini,korang kena lah beli Harian Metro sebab last berita tu gini : Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.CEH !!!

Olahan : Roy Podolski

Sumber : SINI

Jumaat, 2 November 2012

Wanita Guna Taekwondo Lawan Jerung (VIDEO)

Mariko Haugen lawan jerung harimau

Jerung Harimau Mariko Haugen

Seorang penyelam wanita dari Hawai,Mariko Haugen terselamat daripada serangan seekor jerung yang berukuran empat meter dengan menggunakan seni mempertahankan diri Taekwondo dan juga memegang tali pinggang hitam seni mempertahankan diri itu.Mariko Haugen yang ketika itu sedang berenang bersama suaminya di pantai Maui tibat-tiba diserang oleh seekor jerung harimau.

Dia berkata,"Keadaan tiba-tiba menjadi seperti filem Hollywood,anda melihat rahang besar ikan itu menerkam anda.Saya tidak dapat menceritakan bagaimana ktakutnya saya ketika itu".Ketika diserang,Mariko menumbuk hidung jerung itu."Taekwondo yang saya pelajari membolehkan saya bersedia untuk menumbuk," tambahnya lagi.

Jerung itu meninggalkan tempat itu apabila mungkin menyedari mangsa setanding dengannya sekaligus memberi peluang pada Mariko dan suaminya,Don untuk berenang ke pantai.Susulan dari kejadian itu,Mariko yang berasal dari Folsom, California memerlukan sekurang-kurangnya 60 hinga 70 jahitan pada tangan kirinya akibat digigit jerung itu ketika menumbuknya.

Mariko Haugen lawan jerung harimau

Suaminya,Don menambah yang mereka sungguh bernasib baik dan pengalaman itu tidak akan membuatkan dia berhenti dari berenang di laut.Dia juga menceritakan pada anaknya bahawa tidak ada alasan untuk takut kepada jerung kerana barah payu dara lebih menakutkan kerana satu daripada lapan orang menghidapi pneyakit itu."Hanya satu daripada empat juta pelancong ke Hawaii dibaham jerung dan disebab kan itu kita tidak perlu takut langsung"


Sumber : SINI

Rabu, 31 Oktober 2012

Budak Lelaki India Bangga Ada 25 Jari

Arpan Saxena Bhopal budak lelaki 25 jari

Arpan Saxena Bhopal budak lelaki 25 jari

Arpan Saxena, budak lelaki berusia empat tahun dari Bhopal, mengalami dua kecacatan genetik yang jarang berlaku dan disebabkan kecacatan itu dia memiliki 25 jari keseluruhan kaki dan tangan dengan 13 jari ditangan dan 12 jari dikaki.

Kecacatan itu yang dikenali dengan nama saintifik Polydactyl & Syndactyly menyebabkan jari tangan dan kakinya mempunyai jari tambahan & Syndactyly yang menyebabkan jari tangan dan kakinya bercantum.

Budak itu berasa seronok kerana ramai orang melihat dan mengambil gambarnya di seluruh bandar itu dan keadan itu membuat kan dia berasa seolah-solah seperti selebriti.

Berlainan pula dengan bapanya Anil Saxena, 35, seorang penarik beca,berasa tidak seronok apabila kelebihan kaki itu membataskan perjalanan dia dan menghalang dia daripada berkasut

Ketika Arpan dilahirkan,semua orang terkejut apabila melihat anaknya mempunyai 26 jari keseluruhan.Anil juga menambah sebelum ini dia tidak pernah mendengar bahawa ada orang dilahirkan dengan jari sebegitu banyak.

Ketika Arpan berusia dua tahun, berlaku satu kemalangan yang menyebabkan satu daripada jarinya ‘putus.’.Kata Anil, ketika Arpan sedang bermain tiba-tiba jarinya tercedera sebelum ia seolah-olah tertanggal.

“Semua ibu bapa mahu dikenali kerana anak mereka."itu kata-kata Isteri Anil, Tanu, 30, dan dia juga berkata banyak pihak menawarkan bantuan tetapi dia enggan membenarkan anaknya menjalani pembedahan bagi membuang lebihan jari itu.

Selain itu,dia juga bimbang pembedahan hanya akan memberi kesan kepada anaknya.Kelebihan yang ada pada Arpan tidak membuatkan namanya tercatat dalam rekod dunia apabila seorang lagi budak India,Akshat Sexena yang memiliki 34 jari keseluruhan.

“Arpan kini terkenal di seluruh Bhopal dan kami mahu ia kekal begitu,” kata ibunya.

Sumber : SINI

Selasa, 30 Oktober 2012

New York Seperti Bandar Raya Berhantu !


NEW YORK - Pihak berkuasa New York kelmarin mengarahkan 375,000 orang berpindah dari kawasan pantai sebelum ketibaan taufan Sandy.

Lebih 7,400 penerbangan turut dibatalkan manakala kakitangan pentadbiran yang tidak penting diarah supaya tidak datang ke pejabat.

Semua perkhidmatan bas dan tren di kawasan tepi pantai digantung.

Perkhidmatan pengangkutan awam juga tidak beroperasi di Philadelphia dan Washington.

Bangunan pejabat Bursa Saham New York dan Nasdaq juga ditutup.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membatalkan mesyuarat di ibu pejabatnya di sini.

Pertunjukan teater Broadway di sini juga ditutup kepada orang ramai.

Semua sekolah di Baltimore, Boston dan Washington turut ditutup bagi menghadapi kedatangan taufan Sandy.

Taufan itu dari Lautan Atlantik itu bergerak ke pantai timur Amerika Syarikat.Bandar raya ini juga kelihatan lenggang.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta semua penduduk di bahagian timur negaranya supaya mengambil langkah-langkah perlindungan dengan segera.

Sebelum ini, lebih 1,800 orang terbunuh ekoran kelemahan mengambil perhatian serius terhadap bencana taufan Katrina di New Orleans pada 2005.

Obama turut mengisytiharkan perintah darurat di negeri Massachusetts, Connecticut, Rhode Island, New York, New Jersey dan Pennsylvania.

Taufan itu menyebabkan lebih 60 juta penduduk di timur laut AS turut terjejas.Setakat pukul 8 pagi kelmarin, Sandy berada sekitar 498 kilometer di selatan dan tenggara bandar raya ini. Ia bergerak ke utara dengan membawa angin selaju 281 kilometer sejam.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya 66 orang terbunuh ketika Sandy bergerak ke AS merentasi kepulauan Caribbean termasuk 51 orang di Haiti.Kebanyakan mangsa maut dalam banjir kilat dan banjir lumpur yang dicetuskan oleh ribut tersebut. - Agensi

Sumber : SINI

Rabu, 24 Oktober 2012

Gereja Dan Kuil Di Tutup Di Aceh

Blogging Si Blogger gereja kuil ditutup di Aceh Jakarta Indonesia

JAKARTA - Pihak berkuasa di Aceh, Indonesia semalam berkata, mereka terpaksa menutup beberapa buah gereja Kristian dan kuil Buddha selepas mendapat tekanan daripada Barisan Pertahanan Islam (FPI).

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di negara ini yang mengamalkan undang-udang Islam sepenuhnya. Penutupan rumah ibadat itu menjadi petanda terbaharu mengenai sikap tidak bertoleransi antara agama kian meningkat.

Timbalan Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal memberitahu, penutupan itu dibuat kerana sembilan gereja Kristian dan enam kuil Buddha tersebut tidak memiliki permit.

Namun, jelasnya kepada agensi berita AFP, kesemua tempat beribadat itu diarah tutup pada minggu lalu selepas mendapat aduan daripada FPI dan berlaku sedikit ketegangan sebelum keputusan dibuat.

"Kami tidak mahu sebarang masalah keselamatan timbul di Banda Aceh disebabkan aktiviti-aktiviti haram," kara Djamal.

FPI menyifatkan dirinya sebagai penguat kuasa moral dan undang-undang Islam. Ia sering menyertai pasukan polis dalam operasi serbuan ganas ke atas bar dan pusat-pusat pelacuran.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri memberi isyarat bahawa ia tidak akan campur tangan.
Seorang jurucakap berkata, tidak berlaku sebarang penutupan ke atas semua rumah ibadat tersebut kerana ia belum mempunyai permit. - AFP

Sumber : SINI

Selasa, 23 Oktober 2012

Lelaki Rentas 7 Buah Negara Untuk Tunaikan Haji

Blogging Si Blogger Senad Hadzic berjalan kaki rentas tujuh negara pergi haji 2012

Senad Hadzic di sebatang jalan dalam perjalanan nya menuju ke Kota Mekah

Seorang lelaki Islam bosnia,Senad Hadzic,47 tahun merentas sebanyak 7 buah negara termasuk Syria yang sedang bergolak untuk menunaikan fardhu haji dengan hanya berjalan kaki.

Perjalanannya mengambil masa 314 hari dan telah berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Dia berkongsi pengalamannya di laman web sosial Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.Pada April lalu,lelaki itu berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Dia juga melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi dia tidak pernah ditahan.

Ketika melintasi sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan Hadzic mengosongkan beg sandang miliknya dan apabila dia menunjukkan al-Quran dan menyatakan dia berjalan kaki ke Mekah lalu mereka melepaskanya.

Hadzic berkata yang dia berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan nya.Dia turut memberitahu di laman Facebooknya bahawa Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan semasa perjalanan nya menuju ke Mekah.

Selain dua bulan di sempadan Arab Saudi dan Jordan bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji,dia juga terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki.

P/S : Semoga Allah merahmati perjalanan nya selepas menunai kan haji.Agak2 bila lah kita nih nk pegi haji guna cara camtu.Kagum.Subhanallah.

Jumaat, 10 Ogos 2012

Panelela Beri Pingat Gangsa Untuk Malaysia Dalam Acara Terjun - Tahniah

Pandelala Rinong

Pandelela Rinong ,RATU terjun negara membawa berita gembira dengan menambah satu lagi pingat iaitu gangsa dalam temasya Sukan Olimpik 2012 dengan menduduki tempat ketiga final acara 10m platform individu wanita di Pusat Akuatik, London

Pandelela mengumpul 359.20 mata dalam persaingan yang berakhir sekitar pukul 3 pagi tadi (waktu Malaysia).

Pingat emas dimenangi oleh Chen Ruolin dari China (422.30 mata) dan pingat perak dimenangi oleh Brittany Broben dari Australia (366.50 mata).

Malaysia setakat ini berjaya mengutip dua pingat pada Sukan Olimpik 2012 dengan kejayaan penerjun muda dari Sarawak ini,

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengutip perak Sabtu lalu.

Ahad, 5 Ogos 2012

Chong Wei Bawa Pulang Perak ,Kita Tetap Berbangga


Pemain badminton harapan negara yang beraksi di final Sukan Olimpik 2012 di London sekadar membawa pulang pingat perak untuk negara apabila tewas ditangan seteru utama yang berasal dari China iaitu Lindan.

Perlawanan antara mereka berdua yang memakan masa sejam lebih menyaksikan Chong Wei tewas dua set iaitu 10 / 21 - 19 / 21 dan hanya menang pada set pertama 21 / 15.

Walaupon demikian,kita sebagai rakyat Malaysia seharusny berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan Chong Wei.Masih belum ada rezeki lagi Malaysia mendapat pingat emas.Mungkin lain tahun.

Dan berita baiknya, Malaysia masih mempunyai harapan untuk mendapat pingat emas di Sukan Olimpik 2012 dengan kejayaan Azizulhasni Awang yang berjaya menempat kan diri ke final.Sama-sama kita doakan kejayaan atlet Malaysia kita.

Khamis, 2 Ogos 2012

Sebarkan: Wajah Kanak-kanak Mati Didera

Sebarkan: Wajah Kanak-kanak Mati Didera

Kanak-kanak ini dianggarakan berusia antara tujuh ke sepuluh tahun.

Tidak ada sebarang maklumat lanjut mengenai dirinya.

Mengikut pihak polis, dia telah meninggal dunia selepas dihantar oleh seorang wanita ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 28hb Julai 2012.

Pihak Polis dengan itu memohon kerjasama dan bantuan waris atau ahli keluarga kepada kanak-kanak yang didera itu agar tampil membantu siasatan.

Orang ramai yang mengenali mangsa bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.
Sebarkan maklumat dan nombor di atas bagi memudah usaha mengesan manusia kurang ajar yang mendera kanak-kanak ini sehingga mati dapat dikesan.

*Kepada manusia-manusia hina yang hidup dengan mendera kanak-kanak, admin harapkan anda mati dalam keperitan dan berdoa agar tempat anda kelak adalah di neraka!

Sekiranya anda mengetahui mana-mana kes dera yang lain, sila hubungi polis atau talian Nur – 15 999
Oleh: AK-47

Ahad, 22 Julai 2012

'Joker' Pelajar Ph.D

blog blogging si blogger lelaki tembak mati dua belas orang James Holmes

AURORA, Colorado - Lelaki yang disyaki menembak mati 12 orang pada tayangan filem baharu Batman di negeri Colorado, James Holmes kerap dilihat berulang-alik dari kediamannya di sini dengan membawa senjata api.

Holmes, 24, kelmarin juga disifatkan sebagai kera sumbang ekoran tidak suka bercampur dengan masyarakat.

Dia mendaftar sebagai pelajar kedoktoran jurusan sains saraf di Universiti Colorado sejak tahun 2011 tetapi dilaporkan sedang dalam proses untuk membatalkan program Ph.Dnya.

"Pemuda ini sentiasa dilihat memakai seluar berceloreng tentera dan topi," kata seorang wanita berketurunan Mexico, Gabriel Macias yang bekerja di sebuah kilang daging di sini.

Menurutnya, dia kerap melihat Holmes berulang-alik dari apartmennya sambil membawa senjata dan sarung senjata.

"Kami tidak kenal Holmes kerana dia tidak bercakap dengan sesiapa. Dia gemar berkurung di apartmennya," kata Macias.

blog blogging si blogger lelaki tembak mati dua belas orang James Holmes

Polis memberitahu wartawan bahawa suspek tiada rekod jenayah lampau dan cuma pernah disaman pada tahun 2011 kerana memandu laju.

Ketua Polis Aurora, Dan Oates berkata, pemuda itu membeli lebih 6,000 butir peluru melalui internet sejak dua bulan lalu.
Menurutnya, jumlah tersebut merangkumi 3,000 butir peluru raifal, 3,000 butir peluru pistol Glock dan 300 butir peluru senapang patah.

Kata Oates, semua pembelian itu termasuk empat pucuk senjata api yang dibeli Holmes di beberapa buah kedai senjata di sini sejak 60 hari lalu, sah di sisi undang-undang.

Beliau turut memberitahu bahawa 70 orang cedera dalam insiden itu termasuk tiga rakyat Indonesia.
"Hampir semua orang ditembak dalam serangan kejam ini," katanya.

Dalam kejadian kelmarin, Holmes ditangkap selepas melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penonton yang sedang asyik menonton tayangan filem Batman: The Dark Knight Rises pada tayangan tengah malam di pawagam Century 16.

Serangan berdarah itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di sini.Polis kini memburu seorang lagi lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai itu.

Bandar ini terletak hampir 32 kilometer dari lokasi kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sekolah Tinggi Columbine pada tahun 1999.

Dalam insiden tersebut, dua pelajar menembak mati 13 orang sebelum membunuh diri. - Agensi

Sumber : SINI

Sabtu, 21 Julai 2012

Serangan Ketika Tayangan Filem Batman Di Pawagam Oleh 'Joker'

blog blogging si blogger lelaki tembak mati dua belas orang joker james holmes

WASHINGTON - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 50 lagi cedera semalam apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penonton yang sedang asyik menonton tayangan filem Batman di pusat beli-belah di Aurora, negeri Colorado, kata Ketua Polis Aurora, Dan Oates.

Oates berkata, lelaki bersenjata itu, James Holmes, 24, kemudian ditangkap ekoran kejadian tersebut semasa para penonton menonton filem terbaharu Batman, The Dark Knight Rises pada tayangan tengah malam di pawagam Century 16.

Saluran berita CNN melaporkan, lelaki itu yang menggunakan empat senjata api termasuk sepucuk raifal dan pistol melepaskan tembakan semasa adegan tembak-menembak filem tersebut ditayangkan.

Dia berkata, pawagam tersebut juga dipenuhi dengan asap.Polis kini memburu seorang lagi lelaki bersenjata yang turut terlibat dalam kejadian pembunuhan itu.

Menurut media Amerika Syarikat (AS), antara mangsa yang cedera termasuk enam kanak-kanak dengan mangsa paling muda berusia enam tahun.

Seorang saksi memberitahu saluran televisyen bahawa sebanyak 10 hingga 20 tembakan kedengaran dan terdapat letupan kecil.

"Sejurus kemudian, kami mendengar orang ramai menjerit.
"Selepas itu, pengumuman dibuat menerusi sistem audio yang meminta setiap orang keluar dari pawagam," katanya.

Saksi itu menyatakan, selepas keluar, sejumlah orang kelihatan berlari dan menjerit.
Laporan Radio KOA 850 menyatakan beberapa saksi menyatakan salah seorang penyerang itu yang memakai topeng turut membawa bom asap.

Motif serangan masih belum diketahui.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Barack Obama yang dimaklumkan tentang kejadian tersebut oleh penasihat Keselamatan Dalam Negara, John Brennan, menggesa rakyat AS supaya bersatu bersama penduduk Aurora pada waktu sukar ini.

"Michelle (isteri Obama) dan saya terkejut dan sedih berhubung insiden tembakan yang dahsyat dan tragis di Colorado.

Pihak berkuasa persekutuan dan tempatan masih menyiasat dan pentadbiran saya akan melakukan apa saja yang terdaya untuk membantu penduduk Aurora pada detik yang sukar ini," kata Obama. - Agensi

Sumber : SINI

Jumaat, 20 Julai 2012

Remaja Main Game 40 Jam Non Stop Ditemui Mati

blog blogging si blogger remaja main game tanpa henti mati

Seorang remaja di Taipei ditemui mati di kafe siber selepas dikatakan bermain permainan video selama 40 jam tanpa henti.Lame gilerrr..

Dia ditemui oleh pekerja kafe siber di Tainan, di selatan negara ini. Mangsa berusia 18 tahun itu dipercayai tidak makan selama dua hari dan dipercayai rebah ketika sesi marathon Diablo 3.

Setakat ini mangsa hanya dikenali dengan nama keluarganya iaitu Chuang.

Seorang pekerja yang memasuki kafe siber itu pada pagi 15 Julai lalu menemui Chuang berehat di meja. Selepas pekerja itu membangunkannya, mangsa berdiri, bejalan beberapa langkah dan kemudian rebah.

Dia disahkan mati sejurus selepas tiba di hospital.Polis sedang menyiasat punca kematiannya dan bedah siasat masih dijalankan.

Duduk di tempat sama dalam tempoh lama dipercayai menimbulkan masalah kardiovaskular kepada manusia

Pada Februari lalu, seorang lelaki ditemui mati di New Taipei, longlai di kerusi menghadap komputer dengan tangannya masih memegang papan kekunci selepas bermain selama 23 jam dan ia adalah kematian kedua akibat bermain permainan video di negara itu tahun Taipei.

Oleh itu moral untuk semua pengguna komputer yang tegar,pastikan anda melakukan senaman ringan jika anda duduk lama semasa menghadap komputer.

Paling tidak pun,lurus dan bengkok kan kaki anda supaya tak kejung,tangan gerak-gerak kan sedikit seperti melakukan senaman ringan.

Sumber : SINI

Khamis, 19 Julai 2012

Lelaki Menyelamatkan Satu Keluarga, Dibiarkan Mati Lemas

JARANG sekali ada manusia yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan manusia yang tidak dikenalinya. Jikapun ada, dia akan dianggap sebagai 'wira' dan menerima penghormatan umum dari khalayak ramai, malah mungkin beritanya tersiar di muka depan akhbar keesokan harinya.

blog blogging si blogger lelaki selamatkan sat keluarga dibiarkan mati

Malang bagi JinJie Deng, bila dia tidak menerima penghargaan yang selayaknya.

Selepas menyelamatkan 3 orang dalam satu keluarga dari mati lemas di Loudi City Sunshuihe Park, China, Deng dibiarkan lemas keseorangan.

Pemuda berusia 27 tahun itu kehabisan tenaga selepas menyelamatkan keluarga tersebut. Kerana keletihan dalam usaha menyelamatnya, Deng tidak dapat mengawal diri dan dihanyutkan arus sungai yang deras. Deng mati lemas sedangkan keluarga yang diselamatkan meninggalkannya begitu saja.

Menurut saksi yang melihat insiden berkenaan, seseorang cuba untuk menghalang keluarga tersebut dari meninggalkan tempat kejadian, tetapi seorang wanita dari keluarga yang diselamatkan Deng berkata, “Bukan urusan kami,” dan memandu kereta mereka pergi dari situ.

“Amat menyedihkan bila keluarga tersebut tidak mahu tahu nasib yang menimpa JinJie Deng yang dihanyutkan arus. Mereka tidak sepatutnya meninggalkan tempat kejadian sebelum mengetahui orang yang menyelamatkan nyawa mereka masih hidup atau mati,” ujar saksi berkenaan.-RR/PjO


Sumber : SINI

Selasa, 10 Julai 2012

Individu Dakwa Dirinya ‘Imam Mahadi’ Dipercayai Sakit Mental - Ketua Polis KL


KUALA LUMPUR: Individu yang mendakwa dirinya ‘Imam Mahadi’, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, yang mati ditembak polis dipercayai mengalami sakit mental, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.

Mohmad berkata, Khalil turut dipercayai terlibat dalam ajaran sesat dan polis sedang menyiasat apakah ajaran yang dianutinya itu.

Siasatan awal berdasarkan blog milik Khalil seolah-olah menunjukkan bahawa dia aktif terlibat dengan ajaran itu.

“Kami masih belum mendapatkan kaitannya termasuk siapakah pemimpinnya dan berapa ramai pengikut yang menganuti ajaran itu,” katanya pada sidang media pada Selasa.

Beliau berkata, masih terlalu awal bagi polis untuk mengulas lanjut dan meminta kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Khalid atau ajaran tersebut.

Khalil dan seorang wanita berjalan menuju ke kompleks Jabatan Perdana Menteri dan melibaskan pedang samurainya pada Isnin.

Bagi tempoh setengah jam berikutnya, mereka melawan seorang anggota polis, menyerang beberapa yang lain dan cuba memecahkan beberapa kenderaan sebelum polis melepas tembakan terhadap kedua-duanya bagi menahan mereka.

Khalil kemudiannya meninggal dunia di hospital dan wanita itu masih menerima rawatan.
Mohmad turut mempertahankan tindakan pegawai-pegawainya yang melepaskan tembakan di lengan dan kaki supaya melepaskan senjata berkenaan.

Tindakan itu bukan satu cubaan untuk menembak mati kedua-duanya.
Mohmad berkata, polis sedang meneliti dua pedang samurai dan pisau pemotong daging yang diukir dengan tulisan jawi.

“Kami akan menunggu keputusan bedah siasat untuk menentukan punca kematian,” kata beliau.



Isnin, 9 Julai 2012

Lelaki Dakwa Dirinya 'Imam Mahadi' Amuk Di JPM

PUTRAJAYA - Menggelar dirinya 'Imam Mahadi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.

Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.

BERITA BERKAITAN: Dua mengamuk di JPM, seorang mati

Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketida berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.
"Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.


"Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.

Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.

"Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya 'Imam Mahadi'," katanya.

Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis," katanya.