Selasa, 31 Julai 2012

Tahi Manusia Dijadikan Daging Di Jepun


Orang Jepun semakin pelik apabila sekumpulan penyelidik dari Jepun yang diketuai oleh Mitsuyuki Ikeda dari Makmal Okayama telah mencipta satu cara untuk mengitar najis manusia jadi makanan dalam bentuk daging.

Konsep baru yang sangat menjijikkan ini ditemui apabila Ikeda telah diminta untuk melihat pelbagai kegunaan yang boleh diperolehi dari bahan kumbahan. Dia tidak merasa jijik ketika melakukan tugasan itu, malah rasa teruja bila mendapati kawasan kumbahan mengandungi banyak protein disebabkan oleh bakteria yang ada di situ. Idea ini kedengaran sangat teruk dan menjijikkan bukan?


Tetapi ia bukan lah seperti “daging” dicipta dengan mengambil tahi dan terus meletakkannya ke atas burger. Proses itu melibatkan mengekstrak protein daripada kumbahan kemudian menggabungkannya dengan “reaction enhancer” dan memasukkannya ke dalam “exploder.” Magik sains pun lengkap dan dapatlah hasilnya – daging tahi.

Setelah itu, daging ini akan diletakkan pewarna merah dan rasa dipertingkatkan dengan protein soya. Produk yang telah siap dipecahkan seperti berikut: 63% protein, 25% karbohidrat, lipid 3%, dan 9% mineral. Tetapi bagaimanakah rasanya? Menurut laporan awal, rasanya seperti daging lembu.

Burger Daging Tahi

Bahagian paling sukar dari idea pelik ini ialah mengajak orang ramai untuk makan daging ini. Menurut Profesor Ikeda, matlamat utama adalah untuk meyakinkan orang ramai bahawa makan daging tahi tidak seburuk yang disangka dan akan membawa kebaikan pada alam sekitar.

Sekarang produk ini berharga 10-20 kali ganda lebih mahal berbanding harga daging biasa disebabkan kos penyelidikan.

 Sekumpulan lelaki sedang mencuba 'Burger Daging Tahi'
Video dibawah menunjukkan cara bagaimana pemprosesan 'Daging Tahi' dibuat.Itu pun kalau korang nak tengok lah.Baca pun dah cukup geli,ini kan pulak nak tengok?Tengok,jangan tak tengok.



Kesimpulan dari artikel diatas ialah,kalau lah korang nak memberi sumbangan atas nama sains boleh lah start packing2 taik korang dan dermakan lah dgn hati yang ikhlas pada saintis tu untuk penyelidikan lebih lanjut,tapi pastikan korang makan segela macam makanan yg b'perisa di Malaysia seperti jering,petai & kerdas supaya identiti negara Malaysia dapat dikenalpasti dengan lebih mudah dan terjamin originality nya..huhu.
Olahan : Roy Podolski
Sumber : SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan