Isnin, 5 November 2012

Suu Kyi Hanya Berdiam Diri Dalam Isu Rohingya

Isu Rohingya,Suu Kyi Berdiam Diri

Aung San Suu Kyi yang juga pemimpin demokrasi Myanmar hanya berdiam diri dalam isu keganasan yang menimpa etnik Rohinya di negara Myanmar,lapor Perbadanan Penyiaran British kelmarin.

Beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam keganasan yang melibatkan etnik Rohingya itu dengan Rakhine,menurutnya.

Perbuatan Suu Kyi telah menyebabkan masyarakat antarabangsa berasa kecewa kerana beliau hanya berdiam diri mengenai isu itu.

Seramai 30,000 orang telah menjadi pelarian dalam siri keganasan terbaru manakala berpuluh-puluh orang terbunuh dan beribu-ribu rumah dibakar.Sejak Jun lalu dianggarkan lebih dari 100,000 penduduk telah berpindah selepas terjadinya dua keganasa di negeri Rahine.

Sumber : SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan