Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Januari 2013

Asal usul Janggut Nabi Harun a.s. Berwarna Dua

Gambar Hiasan

Nabi Musa Alaihisalam telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wataala supaya pergi ke bukit Sina untuk menerima wahyu. Semasa pemergian Nabi Musa, segala urusan telah diserahkan kepada saudaranya Nabi Harun a.s. Pemergian Nabi Musa mengambil masa selama 40 hari dan 40 malam.

Ketiadaan Nabi Musa a.s telah mengembirakan seorang musuh dalam selimut bernama Samiri. Dia telah memunafaat masa ini untuk menyesatkan kaum Nabi Musa yang selama ini telah bersusah payah membentuk dan memberi keimanan kepada mereka. Sewaktu Nabi Musa menyeberangi Laut Merah setelah pulang dari Mesir, kaki kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah tenggelam dalam pasir di tengah lautan yang kering itu. Dengan segala usaha yang dilakukan oleh Nabi Musa, kuda yang ditungganginya tetap tidak mahu meneruskan perjalanan untuk menyeberangi Laut Merah.

Kerana itu Allah telah mengutuskan malaikat Jibrail dengan menunggang kuda betina. Melihat lawan sejenisnya kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah mengejar kuda yang ditunggangi oleh Malaikat Jibrail. Samiri yang ikut serta dalam rombongan tersebut telah mengambil segenggam pasir bekas tapak kaki kuda yang ditunggangi oleh Jibrail dan disimpannya untuk dijadikan azimat.

Apabila tiba masa yang sesuai iaitu semasa Nabi Musa bersunyi di Bukit Sina, Samiri membuat patung seekor lembu daripada emas murni. Setelah siap, patung itu diisinya dengan pasir yang di ambil dari bekas tapak kaki kuda Jibrail. Dalam waktu yang singkat sahaja patung lembu tersebut dapat mengeluarkan suara. Melihat keadaan tersebut, umat Nabi Musa datang berduyun-duyun kepada Samiri. Samiri memimpin mereka menyembah patung lembu yang menakjubkan itu.

Nabi Harun sangat marah setelah melihat umatnya menyembah berhala, lalu berusaha mencegah umatnya daripada terus syirik kepada Allah bahkan umatnya mengancam Nabi Harun untuk membunuhnya jika Nabi Harun terus melarang mereka menyembah patung lembu tersebut. Nabi Harun tidak dapat berbuat apa-apa untuk melarang mereka daripada terus menyembah patung tersebut. Setelah kembali daripada Bukit Sina, Nabi Musa sangat marah kerana melihat umatnya telah murtad.

Nabi Harun telah di persalahkan dalam hal ini. Dalam keadaan marah yang tidak dapat dikawal Nabi Musa telah menarik janggut Nabi Harun menyebabkan janggut yang dipegang oleh Nabi Musa telah bertukar menjadi putih manakala janggut yang tidak terkena tangan Nabi Musa kekal berwarna hitam. Sejak itu janggut Nabi Harun mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.

Sumber : Forum Harmoni

Khamis, 17 Januari 2013

5 HACKERS Paling Bahaya Di Dunia

Blogging Si Blogger Lima Penggodam Paling Bahaya Di Dunia
Jonathan James
James terkenal apabila dia menjadi orang pertama yang dihantar ke penjara bagi kesalahan menggodam. Pada usia 16 tahun,dia telah pun dijatuhkan hukuman penjara. Dia mengaku dalam satu wawancara PBS bahawa dia hanya mencari keseronokan dan bermain-main dan apa yang menyeronokkan dia adalah cabaran tentang apa yang boleh dia lakukan.
James mensasarkan organisasi yang berprofil tinggi sebagai pencerobohan utama. Dia memasang backdoor ke dalam pelayan disebuah agensi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang dikenali DTRA. Backdoor dicipta untuk membolehkan dia melihat email sensitif dan mencuri nama pengguna dan kata laluan pekerja.
James menggodam rangkaian NASA dan memuat turun sumber kod yang cukup untuk dia belajar bagaimana Stesen Angkasa Antarabangsa berfungsi. Jumlah nilai aset yang dimuat turun menyamai $ 1.7 juta. Lebih memalukan lagi, NASA terpaksa menutup rangkaian mereka selama tiga minggu semata-mata untuk menyiasat kebocoran maklumat tersebut yang mana menelan belanja sebanyak $ 41.000. James menjelaskan bahawa dia memuat turun kod itu untuk menambah kajian tentang C programming , tetapi menegaskan, “Kod itu sangat teruk dan tidak bernilai $ 1.7 juta seperti yang didakwa.”

Blogging Si Blogger Lima Penggodam Paling Bahaya Di Dunia
Adrian Lamo

Digelar sebagai “penggodam yang tiada tempat tinggal,” Dia menggunakan sambungan Internet di, kedai kopi dan perpustakaan untuk menggodam. Lamo menggodam organisasi-organisasi utama seperti The New York Times dan Microsoft. Pencerobohan lamo menguji penembusan sekuriti, di mana beliau mendapati kelemahan dalam keselamatan, mengeksploitasi mereka dalam sekuriti maklumat syarikat.Yahoo!, Bank of America, Citigroup dan Cingular turut menjadi mangsa penggodaman Lamo.Lamo turut menggodam akaun LexisNexis Times.Kerana pencerobohan di The New York Times, Lamo telah diarahkan membayar kira-kira $ 65,000, perintah berkurung selama 6 bulan dan 2 tahun membuat kerja amal telah dikenakan pada beliau sebagai hukuman , yang mana tamat pada 16 Januari, 2007. Kini Lamo bekerja sebagai wartawan dan pernah memenangi anugerah dan juga wakil suara rakyat.

Blogging Si Blogger Lima Penggodam Paling Bahaya Di Dunia
Kevin Mitnick

Mitnick adalah "penjenayah komputer yang paling dikehendaki dalam sejarah Amerika Syarikat" dan menggelarkan dirinya sebagai "Hacker poster boy,". Freedom Downtime dan Takedown adalah dua filem yang memperincikan eksploitasi beliau.
Mitnick mempunyai sedikit pengalaman menggodam sebelum melakukan kesalahan yang membuatkan beliau terkenal. Beliau memulakan mengeksploitasi sistem kad perakam waktu bas Los Angeles untuk mendapatkan keuntungan bebas. Kemudian, seperti pengasas bersama Apple, Steve Wozniak yang menceburkan diri dalam bidang phreaking telefon. Walaupun terdapat pelbagai kesalahan, Mitnick akhirnya disabitkan kesalahan kerana menggodam ke dalam rangkaian komputer Digital Equipment Corporation dan mencuri perisian. Beliau telah menggodam pakar komputer dan komputer rakan godamnya iaitu Tsutomu Shimomura, yang kemudiannya membawa kepada penangkapannya.
Hari ini, Mitnick telah telah memainkan peranan sebagai penggodam topi hitam dan menjadi ahli masyarakat yang produktif,perunding keselamatan komputer, penulis dan speaker.

Blogging Si Blogger Lima Penggodam Paling Bahaya Di Dunia
Mark Abene

Mark Abene atau lebih dikenali dengan nama samaran Optik Phiber lahir pada tahun 1972. Beliau adalah seorang penggodam komputer keselamatan dari New York City. Phiber Optik juga pernah menjadi ahli Kumpulan Hacker Legion of Doom dan Sarjana Penipuan. Pada tahun 1994, konspirasi dan akses tanpa kebenaran kepada sistem komputer dan telefon telah menyebabkan beliau dihukum penjara selama setahun.
Pada awal tahun 1990-an, Phiber Optik merupakan seorang penggodam yang berprofil tinggi yang terdapat dalam The New York Times, Harper, Esquire, dalam debat dan di televisyen. Phiber Optik adalah seorang tokoh penting pada tahun 1995 dalam buku Sarjana bukan fiksyen Penipuan – Geng yang Diperintah ruang siber.

Blogging Si Blogger Lima Penggodam Paling Bahaya Di Dunia
 Michael Calce

Michael Calce adalah penggodam komputer yang dikenali sebagai “Mafiaboy”. Beberapa laman-laman Internet utama termasuk CNN telah dilumpuhkan oleh beliau, dan beliau di hadapkan ke mahkamah pada 18, ​​Jan 2001 di Montreal, Kanada. Dia juga mengaku bersalah didalam 55 tuduhan menggodam.

Olahan : Roy Podolski
Sumber : SINI

Selasa, 15 Januari 2013

Asal Usul Biskut

Asal Usul Biskut - Blogging Si Blogger | Enhance The Variety

Biskut (Cracker) pertama kali dibuat oleh John Pearson dari Newburyport, Massachussetts. Sebagai seorang pelaut,Pearson sering kali memikirkan satu makanan yang boleh bertahan lama dalam pelayaran tidak sepertimana kuih tradisional lain yang cepat basi dan rosak.

Pada tahun 1792, beliau telah mencampurkan tepung dengan air lalu membakarnya, ciptaan yang terhasil dari gabungan tepung dan air itu beliau namakan Pearson's Pilot Bread seterusnya dikenali dengan nama Hardtack atau Sea Biscuits. Biskut yang telah dicipta oleh beliau ini dengan cepatnya menjadi sangat popular dikalangan nelayan, pelayar dan pelaut dek kerana ketahanannya untuk jangka masa yang panjang.


Pada tahun 1801, juga di Massachussetts ,Josiah Bent telah membakar keseluruhan doh yang yang telah dileperkan secara tidak sengaja sekaligus mencetus perkataan 'Cracker'.Bunyi 'Crack' yang terhasil ketika doh tersebut sedang terbakar, akhirnya membawa pada nama yang kita kenal pada hari ni.

Selain itu, Josiah Bent juga adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan biskut ini sebagai makanan ringan harian bukan sekadar makanan bagi pelaut sebagaimana yang dicipta oleh saingannya, Pearson. Untuk itu, beliau telah menambah perisa kepada biskut buatannya sehingga tercipta biskut soda dan pelbagai biskut lainnya.

'Biskut' (Biscuit) adalah perkataan yang berasal dari perkataan Latin 'bis coctus' yang bermaksud dimasak 2 kali. Perkataan ini kekal sehingga sekarang dan menjadi nama naungan bagi resepi yang bergabung dibawahnya seperti Cracker, Kuih yang bersaiz kecil, Hardtack, Kek keras, Cookies dan sebagainya.

Perkataan 'Cookies' pula adalah dari perkataan Belanda 'koekjes' dari kata asal 'koek' yang bermaksud kek. Ia menjadi perkataan yang popular di US sedangkan di England, mereka lebih gemar memanggil Cookies dengan nama Small Cakes, Seed Biscuits atau Tea Cakes.

Olahan : Roy Podolski
Sumber : CariGold

Ahad, 6 Januari 2013

Visit Melaka

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia my friends..

Melaka terkenal dengan keunikan sejarah silamnya dan menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Dengan kedudukan negeri yang sangat strategik bagi laluan pedagang antarabangsa, Melaka suatu ketika dulu telah menjadi pusat perdagangan antarabangsa yang termahsyur pada zaman dahulu kala di Timur. Ramai pedagang yang berlabuh di Melaka terutamanya pedagang dari Arab, China dan India. Mereka berurusan di pelabuhan Melaka dan dari situlah terlahirnya pelbagai keturunan dan kaum yang wujud di Melaka sehingga sekarang.

Hasil lukisan seseorang menggambarkan pelabuhan Melaka suatu ketika dulu..
Kehidupan dan suasana yang harmoni bagi rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum dan etnik yang telah lama wujud di kalangan masyarakat setempat. Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Portugis, Chitty dan Eurasia adalah antara contoh kaum yang terdapat di Negeri Melaka sehingga generasi sekarang dan mereka hidup di dalam keadaan aman dan sejahtera antara satu sama lain.

tarian Portugis.. pakaian dia ala2 pompuan dkt sticker susu cap junjung tu.. kan?? milkmaid..
this picture for special occasion Baba Nyonya - wedding, raya etc.. waris Hang Li Po..
Negeri Melaka terbahagi kepada 2 kategori dari segi aspek pelancongan iaitu;

1) Nilai sejarah
2) Rekreasi

Tempat-tempat sejarah yang boleh dilawati ketika berkunjung ke Melaka adalah seperti berikut :

1) Kota A' Famosa

ni dia kubu kuat Portugis dolu2.. sape serang aku tembak!!

Kota A' Famosa merupakan kesan peninggalan kubu kuat pertahanan Portugis yang telah dibina pada tahun 1511. Kubu Portugis ini dikatakan sebagai tempat pertahanan bagi menghadapi serangan pihak musuh yang datang dari arah laut.
Kini hanya tinggal laluan utama kubu ini sahaja yang menjadi tatapan untuk generasi sekarang kerana banyak struktur kubu yang lain telah musnah akibat serangan daripada pihak Belanda suatu masa dahulu.





2) Perkampungan Portugis

ni signboard menghala masuk Kg.Portugis.. dalam kampung ni ade gerai2 yg bole dikunjungi..
Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon. Ia terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir, Melaka. Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada 116 buah keluarga yang berbangsa Portugis. Ia merupakan sebuah perkampungan yang unik mengenai kehidupan masyarakat Portugis pada abad ke-16 dan mereka masih mengamalkan bahasa, budaya, lagu dan tarian Portugis sehingga hari ini.

3) Perigi Hang Tuah

Perigi Hang Tuah - dilarang mencuci pakaian disini..
Pada asalnya perigi ini adalah kecil, tetapi lama-kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak kering, walaupun di musim kemarau dan airnya dikatakan sentiasa jernih dan dapat menyembuhkan penyakit.

Ada juga cerita bahawa perigi ini tempat tinggal roh Hang Tuah yang menjelma sebagai seekor buaya putih. Ia dikatakan bahawa orang biasa tidak dapat melihat buaya ini dan hanya orang-orang alim sahaja yang dapat melihat jelmaan ini.



4) Pancuran Air Ratu Victoria

Air pancut Ratu Victoria.(semacam je name.. kehkehkeh)
Pancuran air ini dibina pada tahun 1904 sempena memperingati pemerintahan jubli Ratu Victoria. Terletak di tengah-tengah Dataran Belanda, Pancutan Air Ratu Victoria ini masih lagi berfungsi dan telah menjadi tumpuan utama para pengunjung yang datang melawat bandaraya bersejarah ini.













5) Bukit St. John

Ni kubu atas bukit St John.. mengah jugak memanjat..but berbaloi..bole tgk sluruh Bandar Hilir n Selat Melaka..
 Kubu St. John telah dibina oleh orang Belanda pada 1760 untuk melindungi daripada serangan daripada arah darat. Pada masa itu, orang Melayu yang gelisah sudah mengatur langkah untuk cuba menyerang Melaka. Inilah sebabnya Kubu St. John mempunyai satu ciri yang tersendiri iaitu meriam yang menghadap ke pedalaman. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa meriam yang menghadap ke laut.

6) Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka

nak tgk Hang Tuah & the geng?leh masuk.RM2/pax
Pada tingkat pertama diadakan ruang-ruang pameran termasuk di balairong seri yang menggambarkan zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka seperti menghadap Raja dan lain-lain peraturan istana. Pada tingkat kedua pula dipamerkan tempat peraduan Sultan serta bilik-biliknya manakala pada tingkat yang ketiga pula tempat simpanan segala khazanah. Pembinaan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka ini bukan sahaja menambahkan lagi binaan sejarah tanahair tetapi juga memperlihatkan kepada masyarakat umum tentang sejarah negeri Melaka yang telah dibuka oleh orang-orang Melayu sehingga pernah muncul sebagai sebuah Pusat Empayar yang terbesar di Asia Tenggara pada abad Ke-15.

Selain daripada tempat-tempat sejarah yang terkenal di Melaka, terdapat juga tempat2 menarik untuk korang melawat.. Antaranya......

1) Menara Taming Sari

Keris Hang Tuah katenye..

Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Datara Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 aPRIL 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.









2) Melaka River Cruise

Waktu siang..


Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.

Waktu malam..


3) Jonker Walk

Starting point jonker walk..mcm china town..byk kraft2 dijual
Bagi peminat kaum Baba Nyonya dan barangan antik korg haruslah pergi ke Jonker Street. Untuk merasai kemeriahan Jonker Street, datang pada malam Sabtu dan malam minggu kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Di sini juga terdapat hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya yang boleh dicuba dan makanan popular keturunan Baba dan Nyonya seperti Ayam Pong Teh, itek Tim dan Nyonya Laksa juga jangan dilupa. Membeli barangan antik perlu tahu tawar menawar dan jangan lupa bertanya tentang sejarahnya.




4) Zoo Melaka

Zoo ni siang & malam.. nak dgr harimau bedengkur,dtg mlm.
..no instagram please.. aummm..












Zoo Melaka yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Zoo Melaka adalah zoo yang kedua terbesar di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesis binatang yang diancam kepupusan. Selain dari menyaksikan pelbagai spesis hidupan liar, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan berinteraksi bersama  gajah, zirafah dan menunggang kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung ke Zoo Melaka.

5)  Taman Buaya

Pintu masuk taman buaya..buaya darat dilarang masuk..
Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesis buaya yang berasal dari serata dunia. Ia dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi buaya. Para pengunjung boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukkan yang dipersembahkan oleh para penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukkan mendebarkan ini pasti akan membuat anda cemas dan merasai pengalaman berhadapan dengan sang buaya. Buaya darat tiada tersenarai ok.

6) Water World A'Famosa Resort

resort..golf..safari..cowboy town..water theme park..
Terletak di Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah Melaka, A Famosa Resort Melaka menyediakan pakej percutian yang sungguh menarik bagi warga kota yang ingin lari sebentar dari kesesakkan bandar. Di sini disediakan hotel, apartment serta banglow untuk disewa bagi yang ingin bermalam di sini. Terdapat juga padang golf, taman safari, cowboy town at night dan taman tema air yang terbesar di Malaysia. Anda dan keluarga pasti merasai keseronokan yang sebenar apabila berkunjung ke A Famosa Resort.




7) Asam Pedas Claypot

terbaekkkkkk...!
asam podeh ikan pari... wewwww~
sayur kubis, telur masin, sambal belacan!
Restoren Asam Pedas Claypot ini terletak di tengah2 kawasan bandar Melaka dan ia dibuka sebelah petang hingga lewat pagi. Penggemar asam pedas boleh menikmati pelbagai sajian berasaskan asam pedas termasuk ikan pari, ikan parang, ikan kembung, ikan tenggiri, ikan jenahak dan yang paling special asam pedas tetel. Istimewanya asam pedas claypot ini bukan sahaja digemari oleh warga Melayu, malah terdapat juga ramai pengunjung berbangsa Cina dan India yang gemar menikmati makan malam mereka di sini. Terdapat juga pelbagai pilihan makanan lain seperti satay, roti canai, nasi lemak, nasi ayam, western food etc. Semua terdapat disini dan yang pasti sajian mereka adalah antara yang terbaik di Melaka.

8) Ikan Bakar Parameswara Umbai

menarik..menarik.. menarik.. sodapppp!
ni menu kami..siakap bakar, butter prawn,sotong tepung n ketam sweet sour.. dilawan dgn nasi lemak n air asam serta kicap cili.. dibalas dgn teh o ais dan jus tembikai.. kenyang sampai esok ~

ni dia model tak berbayar.. terima kasih kerana menaja dinner ku.. ;)


Ok, sekian saja utk penulisan ku kali ini.. Aku menulis pasal 'Visit Melaka' ni kerana 1- aku memang anak jati Melaka..jadi tak salah utk aku promote tempat sendri..2- Tempat2 yang aku senaraikan di atas ni, mmg adalah tempat2 popular dan best untuk korang semua yg ingin melancong ke Melaka. Jadi sedikit sebanyak, ade lah info bagi korang yang plan nak buat short visit to Melaka.. Melancong bawak anak2 dan keluarga ke Melaka adalah terbaik utk short vacation. Tak jauh pun dari KL..2jam sah2 sampai dah Melaka..Ok!  :)

''Pergi ke pasar membeli buah,
  Buah dipetik di ladang Cik Siti,
 Negeri Melaka negeri bersejarah,
 Berkunjunglah ke Melaka untuk bercuti..''


Sekian, Wasalam

Olahan : EleenAndika

Selasa, 23 Oktober 2012

Manusia Supersonik

blogging si blogger manusia supersonik Felix Baumgartner

PADA lewat malam 15 Oktober lalu (waktu Malaysia), jutaan manusia di seluruh dunia tidak berkelip mata selama empat minit, menyaksikan satu bintik putih di angkasa gelap bergerak ke bawah dengan kelajuan mencecah 1,342 km/j dari ketinggian 39,000 meter atau 128,000 kaki.
Bintik putih itu sebenarnya adalah Felix Baumgartner, juruterbang helikopter yang menjalankan misi penerjunan paling tinggi dan paling laju dalam sejarah dunia.
Dalam proses penerjunan mengerikan itu, Baumgartner juga berjaya memecahkan kelajuan bunyi menggunakan badannya sendiri.
Dunia melihat dengan penuh debaran bagaimana lelaki warga Austria berumur 43 tahun itu melompat keluar dari kapsulnya selepas memberi tabik kepada planet bumi di bawahnya.
Perjalanan naik ke angkasa ketika misi itu mengambil masa dua setengah jam, lebih cepat daripada jangkaan awal.

Kapsul itu membawa Baumgartner ke pinggir angkasa selepas beberapa hari tertunda akibat cuaca buruk.

Kurang lima minit selepas terjunan itu, penonton di seluruh dunia yang menyaksikan penerjunan itu secara langsung menarik nafas lega apabila payung terjun Baumgartner akhirnya terbuka pada ketinggian 5,000 kaki (1,524 meter).

Semua kebimbangan hilang, walaupun sebelum itu beberapa detik mencemaskan mendebarkan pasukan saintis dan keluarganya di bilik kawalan misi itu kerana Baumgartner kelihatan seperti hilang kawalan dan berpusing dengan kuat.
Paling mengagumkan, Baumgartner mendarat dengan penuh bergaya, kedua kakinya mencecah tanah dengan sempurna, sebelum lelaki itu melutut di atas tanah dan menumbuk udara tanda gembira, seperti tidak percaya dengan kejayaan luar biasanya.

blogging si blogger manusia supersonik Felix Baumgartner

Siapa lelaki berani ini?
Bekas penerjun tentera dan pengamal sukan payung terjun ekstrem ini telah banyak kali melakukan penerjunan dari bangunan tinggi dan pelbagai bentuk muka bumi di seluruh dunia.
“Kadang-kala kita perlu berada pada kedudukan sangat tinggi untuk menyedari betapa kecilnya diri kita,” katanya dengan gembira beberapa minit selepas dia selamat mendarat.

Namun beliau akui bukan mudah untuk mencapai kejayaan itu.

“Ia lebih sukar daripada apa yang saya jangka. Percayalah, apabila anda berdiri di atas dunia pada ketinggian seperti itu, anda rasa begitu rendah diri.

“Anda tidak lagi berfikir mahu memecahkan rekod, bukan lagi untuk mendapatkan data saintifik tetapi apa yang anda fikir hanyalah untuk kembali ke bumi dengan selamat,” katanya.

Baumgartner berkata, penerjunan minggu lalu itu adalah cabaran terbesar dalam kariernya kerana dia perlu mengatasi ketakutan yang tidak disangka, iaitu klaustrofobia, atau perasaan takut apabila berada di tempat sempit.

Ketika latihan selama lima tahun untuk misi itu, Baumgartner beberapa kali panik apabila dia perlu menghabiskan masa berjam-jam di dalam sut angkasa dan topi keledarnya.

Sehinggakan pernah sekali pada 2010, Baumgartner melarikan diri dari pusat latihannya di Amerika Syarikat (AS) apabila disuruh menjalankan ujian ketahanan menggunakan sut itu.
Namun dia akhirnya berjaya mengatasi rasa takut itu melalui terapi berterusan dengan pakar dan petunjuk diberikan mentornya, Joseph Kittinger, 84.

Kittinger adalah bekas juruterbang tentera udara AS yang memegang rekod dunia dengan melakukan penerjunan pada ketinggian 31,000 meter pada 1960, sebelum rekod itu dipecahkan Baumgartner minggu lalu.

Sepanjang perjalanan naik ke angkasa, Baumgartner menyibukkan dirinya dengan berkomunikasi secara berterusan dengan Kittinger bagi menghilangkan perasaan fobianya itu.
Apabila tiba detik untuk membuat terjunan itu, Kittinger berkata kepada Baumgartner: “Malaikat pelindung akan menjaga anda”.

Sebelum penerjunan itu, Baumgartner berkata dia tidak akan melakukannya jika kemungkinan untuk selamat adalah tipis.

Apabila ditanya mengenai pihak yang yakin dia tidak akan selamat, Baumgartner berkata, “Saya rasa mereka memandang rendah kemahiran seorang penerjun udara.”

Baumgartner telah melakukan 2,500 penerjunan dari kapal terbang dan bangunan pencakar langit, termasuk menjadi individu pertama terbang merentasi Selat Inggeris dengan memakai sayap fiber.

Menurut Baumgartner, terjunan dari angkasa itu akan menjadi penutup kepada perjalanan hidupnya sebagai penerjun ekstrem.

Baumgartner merancang untuk berkahwin dengan teman wanitanya dan menjadi juruterbang helikopter penyelamat di kawasan pergunungan serta kapal terbang bomba di AS dan negara asalnya Austria.

Sains di sebalik terjunan

Baumgartner melompat keluar dari kapsulnya dengan kepala ke bawah menggunakan gaya ‘lompatan arnab’ dengan menolak kedua belah kaki pada masa sama untuk mengelakkannya jatuh mendatar, keadaan yang mungkin boleh membunuhnya.
Pasukan jurutera, doktor dan saintis yang mengambil masa lima tahun merancang penerjunan itu menjangka Baumgartner akan jatuh pada kelajuan 1,126 km/j semasa 50 saat pertama.

Tetapi Baumgartner berjaya mencapai kelajuan lebih laju, mencecah 1,342 km/j.
Dr Jonathan Clark, pengarah kesihatan Baumgartner berkata, sut angkasa bertekanan tinggi itu melindungi Baumgartner ketika penerjun itu memecahkan kelajuan bunyi.

Namun risiko untuk maut juga tinggi kerana sebarang sentuhan antara Baumgartner dengan dinding kapsul semasa keluar boleh menyebabkan sut terkoyak, mendedahkannya kepada kekurangan oksigen dan suhu serendah - 70 darjah Celcius.
Jika itu berlaku, darah di dalam badan Baumgartner akan mendidih, otaknya meletup dan biji matanya tersembul keluar.

Namun kumpulan pakar yang bekerja bersama Baumgartner sejak lima tahun lalu telah melakukan segala yang mampu untuk memastikan dia berjaya kembali ke bumi dengan selamat.
Sut angkasa direka khas itu bernilai AS$200,000 (RM610,000) dan mampu menahan cuaca ekstrem serta diisi dengan oksigen bertekanan tinggi untuk melindungi badan pemakai.
Ia juga mempunyai satu perbezaan penting dengan sut angkasa dipakai angkasawan, iaitu tetap fleksibel walaupun selepas diisi dengan  gas bertekanan tinggi.

Cermin topi keledar Baumgartner pula dilengkapi pengawal suhu berkuasa tinggi yang memberikannya pandangan jelas tanpa kabus.

Sementara itu, kapsul dinaiki Baumgartner bersaiz 3.35 meter tinggi dan 2.4 meter lebar diperbuat daripada gelas fiber dan rangka besi dengan berat seperti sebuah kereta.
Kapsul itu direka oleh saintis yang menghasilkan jet pengebom AS dan berdasarkan roket Apollo.
Belon diisi sembilan juta meter padu gas helium yang membawa kapsul itu ke angkasa mempunyai ketinggian sama dengan bangunan 55 tingkat selepas dikembangkan.

Belon itu diperbuat daripada plastik khas dengan ketebalan satu persepuluh daripada plastik pembalut.

Selepas Baumgartner melakukan penerjunannya, kapsul itu tertanggal secara automatik daripada belon tersebut dan kembali ke bumi dengan payung terjun khas.

Ujian saintifik untuk masa depan
Kittinger memuji keberanian Baumgartner untuk melakukan misi itu dan berkata penerjun itu bukan hanya memecahkan rekod dunia.
“Dia berjaya menunjukkan manusia boleh selamat dalam situasi kecemasan pada ketinggian ekstrem.

“Selepas ini, angkasawan akan memakai sut angkasa yang diuji Felix dalam penerjunan itu,” katanya.

Semasa penerjunan itu, Baumgartner disokong oleh bilik kawalan yang dipenuhi 300 orang, termasuk 70 jurutera, saintis dan doktor yang sama-sama bekerja untuk projek digelar Red Bull Stratos, sempena nama syarikat minuman yang menaja misi itu.
Selain memecahkan rekod dunia, jurutera dan saintis dalam pasukan Red Bull Stratos mengumpul data untuk membantu juruterbang, angkasawan dan mungkin juga pelancong angkasa untuk menyelamatkan diri jika berlaku kemalangan udara.
“Kami menguji sut angkasa baru, konsep melepaskan diri dalam kecemasan dan protokol rawatan baru jika berlaku kehilangan tekanan pada ketinggian ekstrem,” menurut Clark.

Semasa membina sut dan kapsul itu, pasukan dianggotai veteran angkasa itu turut mempunyai satu persoalan penting: Apa akan berlaku pada badan manusia apabila dia memecahkan kelajuan bunyi?

Jawapannya telah diberikan Baumgartner, iaitu dengan bantuan teknologi yang betul, badan manusia boleh dilindungi walaupun terjatuh dengan kelajuan menakutkan itu.- Sumber : SINI

Isnin, 18 Jun 2012

Gambar Pertama Manusia Di Dunia Ditangkap Kamera

 
Gambar diatas ialah gambar manusia pertama yang ditangkap menggunakan kamera dan gambar ini masih wujud. Gambar berkenaan dirakam oleh seorang lelaki Perancis bernama Louis Daguerre di kawasan Boulevard du Temple, di kota Paris pada tahun 1838 ,Louis Daguerre ialah antara perintis fotografi awal dunia yang telah mencipta satu proses iaitu daguerreotype dalam bidang fotografi dan Louis menggunakan sekeping besi yang telah didedahkan kepada bahan kimia yang dinamakan 'long exposure' untuk menangkap gambar tersebut.

Gambar ini menunjukkan seorang lelaki sedang berdiri dan seorang tukang gilap yang sedang duduk membersihkan kasut lelaki tersebut. Gambar tersebut memakan masa kira-kira selama 10 minit untuk ditangkap. Lokasi itu sebenarnya sibuk dengan manusia lalu lalang tetapi imej manusia lainnya tidak kelihatan kerana mereka semua sentiasa bergerak dan hanya gambar pegun ( still ) yang berjaya ditangkap. Sejak dari penemuan itu, saintis telah melakukan pelbagai kajian untuk menyimpan memori sesuatu keadaan menggunakan kamera.

 
Pada tahun 1839, iaitu setahun selepas gambar pertama manusia dirakam ,seorang lagi perintis fotografi terawal dunia iaitu Robert Cornelius telah berjaya merakamkan imej penuh untuk manusia yang pertama.
 
Ia bukan sekadar foto potret pertama di dunia , malahan juga ia dikatakan foto candid yang pertama sehinggakan Cornelius digelar sebagai 'Bapa Candid' , dan juga 'self portrait' yang pertama iaitu potret dirinya sendiri. Dia menangkap gambar berkenaan di Chestnut Street, Philadelphia, Amerika Syarikat