Ahad, 20 Januari 2013

10 Letupan Mengarut Di Dunia Yang Tak Sepatutnya Berlaku

1) Ikan Paus Meletup



Bangkai seekor ikan paus telah meletup semasa di dalam perjalanan ke sebuah tempat penyelidikan di Taiwan pada 2004. Ikan paus tersebut yang telah mati di pantai dan meletup akibat daripada pembentukan gas di dalam bangkai paus tersebut.letupan bangkai paus tersebut telah menyebabkan jalanraya dilimpahi dengan darah dan cebisan bangkai ikan paus tersebut.Peniaga2 terpaksa memakai topeng semasa melakukan pencucian di sekitar kawasan yang terkena letupan paus tersebut. Untuk rekod, paus itu adalah seberat 50 tan dan mempunyai kepanjangan 55 kaki

2) Rokok Meletup


Seorang lelaki warga Indonesia telah kehilangan 6 batang gigi dan terpaksa dijahit sebanyak 51 jahitan di mulut apabila rokok yang dihisapnya meletupandi susanto, 31 tahun, mengatakan bahawa dia sedang menunggang motorsikal semasa rokoknya meletup. Dia telah menerima bayaran pampasan sebanyak 5 juta rupiah daripada syarikat rokok PT Nojorono tobacco. Indonesia merupakan tempat pasaran utama pengeluar-pengeluar rokok di dunia yang mana sebanyak 60 peratus daripada penduduknya adalah perokok.

3)Ipod Meletup


Ken stanborough, 47, dari Liverpool, terpaksa melepaskan ipod milik anak perempuannya yang berumur 11 tahun apabila beliau merasakan sesuatu yang pelik semasa memegang ipod berkenaan. Beliau berkata bahawa dia terdengar bunyi yang pelik dan ipod berkenaan mula berasa semakin panas dan berasap. Beliau lantas membaling ipod berkenaan keluar rumah beliau. Dalam masa 30 saat, ipod berkenaan telah meletup dan melambung setinggi 10 kaki.

 4) Laptop Meletup


Semasa satu persidangan ni Jepun, sebuah komputer riba Dell tiab tiba meletup. Pemilik laptop berkenaan bernasib baik kerana semasa kejadian tersbut, dia meletakkan laptop tersebut di atas meja, bukannya di riba. Saksi kejadian mengatakan laptop tersebut terus terbakar, dan menghasilkan letupan-letupan selama 5 minit. maklumat mengenai model laptop tersebut tidak diketahui.

5) Tandas Meletup 


Seorang lelaki telah mengalami kecederaan yang teruk apabila sebuah tandas mudah alih telah meletup semasa beliau sedang berada di dalamnya. Beliau telah menyalakan api untuk merokok dan tiba tiba tandas itu meletup dan mengakibatkan beliau tercucuk dengan serpihan2 kayu dan besi tandas tesebut.  John Jenkins 53 dan juga isterinya sekarang di dalam proses menyaman syarikat kontraktor dan syarikat tempatan di atas faktor kelalaian dan kecuaian.

6)Kerusi Pejabat Meletup
 


Seorang budak lelaki berusia 14 tahun di China terbunuh apabila kerusi yang didudukinya telah meletup. letupan itu telah menyebabkan serpihan besi kerusi itu telah menikam rektum remaja berkenaan yang sekaligus membunuh beliau. letupan tersebut disebabkan oleh silinder gas yang berada di dasar kerusi berkenaan. silinder gas itu membolehkan pengguna menyelaraskan kerusi semasa duduk.Ada pendapat mengatakan tenaga yang dihasilkan oleh silinder berkenaan tidak mungkin dapat menghasilkan letupan seperti itu.

7) Gula-Gula Getah Meletup 


Seorang pelajar jurusan kimia, Vladimir Lokhonos dari Ukraine meninggal dunia apabila gula gula getah yang dikunyah beliau telah meletup.saudara mara berkata, mereka telah terdengar satu letupan dari bilik mangsa dan bergegsa untuk melihat. mereka menemui bahagian bawah mulut muka mangsa telah tercedera dengan teruk dan rahang mangsa telah tekeluar sepenuhnya. pakar forensic yang menjalankan kajian terhadap gula gula getah tersebut telah menemui sebatian tidak dikenali yang terdapat di dalam nya.

8) Telefon bimbit Meletup
 


Seorang lelaki telah meninggal dunia apabila telefon bimbit yang digunakan meletup yang mengakibatkan kecederaan di arteri utama leher mangsa. Lelaki malang tersebut, yang berumur sekitar 20 an, yang bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai komputer di Guabngchou, China, meninggal dunia selepas menggantikan bateri telefon bimbit yang baru. beliau baru sahaja selesai mengecas bateri telefon bimbit berkenaan dan meletakkan telefon bimbit kedalam poket.

9) Deoderan Meletup
 


Seorang remaja lelaki 16 tahun cedera apabila deodoran jenis semburan yang dipakainya meletup. Kejadian berlaku di Santiago, Chili semasa remaja berkenaan memakai semburan deodoran di dalam bilik mandinya. remaja berkenaan terpaksa dimasukkan ke dalam wad di Santiago kerana kecederaan terbakar di muka beliau.Bapa tiri kepada remaja lelaki berkenaan berkata bahawa botol deodoran itu tba-tiba meletup semasa remaja berkenaan meletakkan botol deodoran itu di atas rak di bilik mandinya.Bumbung dan tingkat bilik air mereka telah rosak disebabkan letupan berkenaan.

10) Mesin basuh Meletup
 


Seorang lelaki di ST paul terselamat apabila mesin basuhnya meletup secara tiba-tiba di rumahnya. Glenn Johhnson telah meletakkan sedikit gasoline di dalam mesin basuh beliau untuk mencuci pakaian yang terkena gris. Campuran gasolin, sabun dan air telah mengakibatkan letupan tersebut.cara mencamporkan sedikit gasolin itu telah diajar oleh bapanya. Jumlah gasolin yang digunakan beliau pada hari tersebut telah terlebih sedikit dari kebiasaannya dan telah mengakibatkan reaksi kimia yang menyebabkan letupan berlalki.

Oleh : phoenix2020 & Roy Podolski

Tiada ulasan:

Catat Ulasan