Memaparkan catatan dengan label misteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label misteri. Papar semua catatan
Rabu, 1 Ogos 2012
Misteri : Bas Tiba-Tiba Berada Di Dalam Hutan
JAKARTA : Seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya.
Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.
Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu.
Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit.
Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut.
Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencana berjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu.
Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit.
Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus.
“Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat.
“Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu,” katanya kepada Tribunnews.com. – AGENSI
Rabu, 25 Julai 2012
5 Tempat Paling Misteri Di Dunia
Dunia kita penuh dengan tempat-tempat misteri yang menyembunyikan berbagai rahsia tersendiri. Walaupun tamadun peradaban manusia semakin tinggi namun misteri-misteri hasil penemuan tamadun kuno masih belum terungkai. Tempat-tempat misteri ini menjadi perhatian golongan pengkaji dan juga individu yang gemar mengembara. Mari kita lihat tempat-tempat yang masih kekal misteri sehingga ke hari ini.
1. Easter Island
Terletak di Chile, Easter Island diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Pulau ini berada di selatan Lautan Pasifik dan sangat terkenal dengan 887 ukiran patung wajah manusia yang dikenali sebagai 'moai'. Patung-patung ini adalah karya masyarakat Rapa Nui. Pelbagai teori mengenai asal usul patung ini telah dicadangkan termasuklah teori fantasi UFO.Walaubagaimanapun, sehingga kini para pengkaji masih belum menemui teknologi primitif yang telah digunakan untuk menghasilkan patung-patung ini sekaligus merungkai misteri pulau ini..
2. Mesir
Piramid Mesir merupakan binaan purba yang terletak di Mesir. Terdapat 138 piramid yang telah ditemui sehingga 2008. Piramid ini dibina dengan hanya meletakkan batuan di atas batuan yang lain. Setiap batuan dianggarkan seberat 100 tan. Uniknya, tiada sebarang gam, paku mahupun pelekat yang diletakkan di antara setiap batuan. Padanan setiap batuan juga sangat tepat sehingga sukar untuk menemui sebarang rekahan. Teknik pembuatan piramid masih kekal misteri sehingga kini.
3. Segitiga Bermuda
Segi Tiga Bermuda terletak di barat laut Atlantik. Terdapat 7 pulau besar dan 150 buah pulai kecil di kawasan Segi Tiga Bermuda ini yang asalnya adalah gugusan karang. Semua alat teknologi dan alat navigasi tidak berfungsi sekiranya berada di tempat ini lantas mencetuskan masalah komunikasi dengan dunia luar. Terdapat begitu banyak kes kehilangan kapal, bot, kapal terbang, jet mahupun helikopter dilaporkan berlaku di Segi Tiga Bermuda ini.
4. Xinjian
Terdapat satu tempat di Xinjian yang dipanggil "Moguicheng" atau kota iblis. Pengunjung yang berada di situ mendakwa seolah-olah mendengar suara aneh yang tidak dapat dijelaskan puncanya. Sekiranya pengunjung berada di situ pada waktu siang dan pada masa yang sama angin sepoi-sepoi, pengunjung akan mendengar seolah-olah satu ritma manis yang seakan-akan bunyi gitar dimainkan. Namun sekiranya pengunjung berada di situ saat angin kencang, maka akan terdengar suara seolah-olah ngauman singa, suara tangisan bayi ataupun bunyi serigala.
5. Stonehenge
Stonehenge merupakan monumen prasejarah yang terkenal dengan susuan batu-batu besar di pinggir daerah England. Tiada yang mengetahui tujuan monumen ini dibina. Terdapat pelbagai teori tujuan pembinaan monumen ini. Antaranya ialah kemugkinan tempat ini adalah tinggalan istana lama, tempat pemujaan dan juga tapak pendaratan UFO.
Jumaat, 18 Mei 2012
Siapa Lelaki Berjubah Putih Yang Mengangkat Pemuda Syahid Dengan Sebelah Tangan Itu??
Kejadian aneh lagi mengkagumkan yang berlaku ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang bertempur dengan penunjuk perasaan Syria.
Dengan tak semena-mena keluar seorang lelaki yang berjubah putih dari celah bangunan di sebelah pemuda yang syahid itu dan dengan tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja sedangkan masa itu ada askar upahan yang bersenjata.
Persoalannya,siapakah lelaki berjubah itu???Ada yang mengatakan lelaki itu adalah para wali Allah @ malaikat.Sesungguhnya Allah Taala itu Maha Mengetahui dalam semua penciptaan mahkluk-makhlukNya.Moral of the video,Hidup kita sebagai manusia sentiasa kena mengEsakan Allah dan percaya 100% dgn kekuasaan Allah & lelaki itu mungkin pertolongan dari Allah untuk orang yang berjuang di jalan Nya..Allahuakbar !!
Petikan dari Facebook Islam Iman Ihsan.Video ini pada asalnya telah dimuat naik pada 28 Disember tahun lalu sebelum dimuat naik berulang kali oleh pelbagai pihak.
Lelaki dalam jubah putih itu dikatakan ghaib selepas menyerahkan pemuda yang cedera itu kepada sekumpulan pemuda lain.
Punyalah tenang lelaki itu berjalan keluar dari bangunan di sebelah jasah pemuda berkenaan, sesuatu yang mengasyik untuk ditonton berulang kali.
Langgan:
Catatan (Atom)






