Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Januari 2013

Cerita-cerita Lawak

Status Facebook

Cucu: Nek, nek…. datuk meninggal
dunia..
Nenek: Bila cu..?
cucu: Baru jer ni, jatuh dalam bilik air,
cepat nek, semua org tengah
berkumpul..
Nenek: iya iya..! eh, cu…pinjam ipad
kamu dulu jap..
Cucu: La, nak buat apa nek?
Nenek: Nak buka FB
Cucu: ohh, pasti nak update wall
kawan-kawan nenek atas kematian
datuk ya? Ok, dah nek..
Nenek: Bukan la cu…. Cuma nenek nak
update status Nenek dari “Married”
kepada “Single..”

Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

Muntah

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

Hadiah Perpisahan Guru Besar

Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula."

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah champagne?" ia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"

RM10

Ali : Mak, nak sepuluh ringgit
Mak : Tak boleh..
Ali : Kalo mak bagi, nti adik bagitau apa ayah berbual dengan bibik semalam masa mak kluar pergi Giant.
Mak terus amik rm10 dalam handbag, sambil serah rm10 pd Ali.
Mak : Apa yang diorang borak?
Ali : Ayah cakap, "Bibik, esok jangan lupa gosok baju saya".

Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

Sumber : Mesra.net

Selasa, 8 Januari 2013

Lawak GEMPAK !! Satria Penyelamat Negara !! (KOMIK)

SATRIA PENYELAMAT NEGARA !! Itulah tajuk kartun yang aku jumpa dalam forum gempak.org bersumberkan lowyat.net Pada mulanya sungguh-sungguh aku ingatkan kartun tu kartun yang biasa-biasa aku tengok dalam internet atau majalah komik..TAPIIII setelah aku tengok barulah aku tau kesatriaan satria tersebut dan kesaktiannya,memang HEBAT,memang TANGKAS dan memang ADIWIRA !! Mungkin SATRIA tu perlu muncul sekarang berikutan dengan kes-kes jenayah di Malaysia yang tengah meningkat naik,macam-macam jadi,kes rompak dah banyak yang masuk dalam paper,kes bunuh lagi lah ada kat mana-mana, dan kes curi lembu aje yang belum setel-setel. Sememangnya SATRIA tu dikenali seantero Malaya dan mempunyai DIE HARD FANS bertaraf HARDCORE & tak mustahil gak DIE HARD FANS beliau akan bercambah didunia pada masa sekarang  selepas tengok komik ni.Aku tak tahu samada nak kategorikan komik ni sebagai satu TROLL ataupun komik GEMPAK. Layan kan je lah KOMIK SATRIA PENYELAMAT NEGARA kat bawah ni.Moga pelukis komik ini meneruskan hasil beliau yang kreatif di masa hadapan agar dapat menjadi santapan rohaniah anda dikala terbitnya mendung kedukaan.KAH3x

Satria Penyelamat Negara 1



Satria Penyelamat Negara 2



Satria Penyelamat Negara 3



Satria Penyelamat Negara 4

Satria Penyelamat Negara 5

Oleh : Roy Podolski
p/s : Kreatif pelukis nih..wakakaka !
Sumber : Gempak.ORG

10 Soalan Dari Yahoo Answer! yang LAWAK !!

Kita semua tahu yang Yahoo Answer adalah servis percuma, tetapi sebelum kita bertanyakan soalan di Yahoo Answers, sila pastikan kita berfikir sikit secara logik. Jangan hentam kromo aje bila bertanya. Mari kita lihat 15 soalan kelakar di Yahoo Answers yang akan membuatkan anda tertanya-tanya tentang nasib manusia.










Rabu, 2 Januari 2013

Gambar Diambil Pada Masa Yang Tepat !!

Gambar-gambar dibawah telah diambil tepat pada masanya.Ketepatan memerlukan fokus yang tinggi.Sesiapa yang mengambil gambar perlu faham penting nya masa yg sesuai utk ambil gambar tersebut.. Memang susah untuk dibuat dan ianya memerlukan sedikit tuah serta kebijaksanaan, tapi bila kita dapat shot tu,ia tersangatlah memberi kepuasan.Agak-agak korang boleh tak dapatkan shot macam ni?Jom kita tengok!

http://the-trukstop.com/wp-content/uploads/2010/12/05.png

 
 



 
http://api.ning.com/files/fkz1aW-oepjZC3AH*Fi4mP9rXxQPno2iiiRoj1gaU9PBB06E6yxKZRhd0Amt9t51yJa*JGeBVzmAyOM8eQjP-qFm6pxmzTO*/DSC02131.JPG?width=300

Right Time 06 - Pictures Taken at the Right Moment  

Jumaat, 26 Oktober 2012

Laporan Polis Paling Lawak

Kah..kah..kah..report polis macam ni pun ada ke? Yang tak bleh blah tu part "AKU JUMPA HANG AKU CUBIT PERUT HANG" dan suruh si pereport ni report ke pihak polis. Gamaknye kawan2 dok begurau ni,huhu.mesti perot kwn dia tu boroipasl tu dia geram nak cubit.kui3

laporan polis paling lawak

Sumber : Laporan Polis Paling Best

Jumaat, 3 Ogos 2012

9 Fakta Bila Lelaki Memasak

9 Fakta Bila Lelaki Memasak (Lawak!) | Memang kebanyakkan chef-chef terkenal di Malaysia mahupun di dunia terdiri dari kaum lelaki. Tetapi hakikatnya, umumnya kebanyakkan lelaki jarang sekali memasak, kalau ada pun tentunya masakan tersebut lain rasanya. Jom baca Fakta yang terjadi apabila kaum bapa yang memasak di dapur:



1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk. Dan ini adalah persamaan antara hosmet aku yang dulu dan sekarang. Dalam sinki tu sentiasa ada pinggan dan gelas.

3) Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.

4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok. Tapi yang paling kotor adalah masak sambil mengesat hingus yang meleleh. Tapi yang ni kes terpencil la.

5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.

7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.

8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Dulu aku pernah komen masakan seorang perempuan, lama jugak dia merajuk. Sampai meluahkan perasaan dalam blog wakaka.

9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat makwe. Tak pun dalam proses nak mengorat.

Selasa, 19 Jun 2012

Reaksi Semasa Menaiki Roller Coster

Mari kita tengok gambar-gambar yang ditangkap semasa pengunjung menaiki roller coster.Macam macam reaksi ada.




Sabtu, 16 Jun 2012

Lawak : Sosej Dan Lembu


Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu... haha .. 

p/s:korang rase, pe korang akan pikir ? hehe

Khamis, 10 Mei 2012

Iklan Jepun yang Lawak

Jepun memang kreatif dalam menghasilkan iklan..Mari tengok apa yang kelakar nya tentang iklan ni..hehehe.kelakor siot..

blogging si blogger iklan jepun lawak



Sumber: Sini