Rabu, 2 Januari 2013

10 Pokok Tertua Didunia

Berikut adalah 10 pokok tertua didunia yang masih hidup sampai kehari ini.

1. Old Tjikko
 
Antara pokok tertua di dunia
 
Setinggi 16 kaki terletak di Pergunungan Fulufjället, Sweden, berusia 9,550 tahun, Pokok Norway spruce purba yang diberi nama Old Tjikko ini adalah pokok stem-tunggal klon yang tertua.
Iklim tundra telah menjaga Old Tjikko selama beribu-ribu dalam bentuk pokok renek. Tetapi setelah cuaca panas sejak abad yang lepas, pokok renek telah berkembang menjadi pokok yang sepenuhnya. Ahli geologi Leif Kullman, Penemu pokok spruce ini telah menamakan pokok itu sempena nama anjingnya yang mati.

2.Methuselah

Antara pokok tertua di dunia

Berusia 4,842 tahun, terletak di White Mountains, Inyo County, California, pokok Great Basin Bristlecone Pine @ Pinus longaeva (pain kon-berbulu Great Basin) diantara yang tertua yang diberi nama Methuselah.Pada tahun 1964, disebabkan oleh kemerosotan ekonomi yang teruk, sebatang pokok yang lebih tua di sana yang bernama Prometheus telah ditebang.

3. Sarv-e Abarqu

Antara pokok tertua di dunia
Antara pokok tertua di dunia

Berusia 4,000 tahun terletak di Abarkooh, Iran. Juga dikenali sebagai 'Zoroastria Sarv' & Sarv-e Abarqu adalah jenis pokok Cypress.Pokok ini juga istimewa dikalangan rakyat iran kerana ianya berkaitan dengan agama.

4.Llangernyw Yew

Antara pokok tertua di dunia

Pokok Llangernyw Yew ini terletak di Wales, UK. Pokok Yew biasa di tanah perkuburan dan terkenal dengan umur panjang mereka, tetapi ini adalah satu contoh yang luar biasa.

5. Alerce

Antara pokok tertua di dunia

Dikatakan berusia 3,600 tahun, pokok Alerce ini adalah jenis pokok Patagonian Cypress. Kayu pokok ini sangat berharga untuk penduduk tempatan Chile dimana mereka menggunakan kasau bumbung yang dibuat darinya sebagai wang.

6.The Senator
Antara pokok tertua di dunia

Pokok Cypress botak gergasi ini hidup di Big Tree Park separa tropika, Florida, antara pokok palma. Senator adalah pohon terbesar di timur Sungai Mississippi. Gergasi setinggi 125 kaki ini berusia kira-kira 3,500 tahun. 

7.Patriarch

Antara pokok tertua di dunia 

Patriarch @ Cariniana legalis adalah salah satu pokok yang terbesar di Hutan Atlantik. Ianya dianggarkan berusia 3,000 tahun.

8. Jōmon Sugi

Antara pokok tertua di dunia 

Ditemui pada tahun 1968, Jōmon Sugi adalah pohon cemara tertua dan terbesar di Jepun dan dengan tinggi 83 kaki dengan ukurlilit 53 kaki, dianggarkan usianya antara 2,000 – 7,200 tahun. Terletak di dalam hutan berkabus di Pulau Yakushima bahagian paling utara Jepun, mengambil masa 40 minit perjalanan dengan menaikiki pesawat dari Bandar Udara Kagoshima

9.Old Chestnut

Antara pokok tertua di dunia

Dikenali sebagai "Tree of 100 Horses" ialah pokok buah berangan tertua yang diketahui di dunia terletak dijalan raya Linguaglossa, di San D'Alfio, di lereng Gunung Etna di Sicily. Ianya juga adalah pokok berangan terbesar di dunia, anggaran usia pokok tersebut antara 2,000 hingga 4,000 tahun.

10. General Sherman


Antara pokok tertua di dunia 
Kira-kira setinggi bangunan 27 tingkat, dan 102.6 kaki keliling, pokok Sequoia raksasa ini berketinggian 275 kaki, Ini menjadikannya pokok individu yang terbesar (mengikut isipadu) dalam dunia. Boleh didapati di Sequoia National Park di California. Para saintis percaya pokok ini berusia daripada 2,300 hingga 2,700 tahun.

Olahan : RoyPodolski

Sumber : SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan