Memaparkan catatan dengan label teladan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teladan. Papar semua catatan

Ahad, 17 Mac 2013

Wajah Pemuda Bertukar Seperti Cobra Selepas Bunuh 3 Ular

Adi Kobra | Blogging Si Blogger - Enhance The Variety

BOGOR, Jawa Barat - Seorang lelaki dari Kampung RT 04 RW 02 Desa Ciluar, Kecamatan Bogor Utara, Kota Bogor menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu setelah dia dipercayai membunuh tiga ekor ular berwarna hitam.Akibat penyakit itu, muka Adi, 30, yang bekerja sebagai buruh di kilang sagu di sini membengkak sehingga menutupi wajah lelaki itu manakala mulutnya tidak kelihatan.

Melihat keadaan Adi, penduduk kampung menggelarnya sebagai Adi 'Kobra'.Memburukkan lagi keadaan, Adi kini berbau busuk seperti bangkai dan turut dihinggapi ulat hingga keluarganya tidak membenarkan penduduk kampung melawatnya.

Menurut isterinya yang tidak mahu dikenali kepada Liputan6.com, kejadian itu berlaku semasa suaminya bekerja pada syif malam dan menemukan tiga ekor ular.Setelah menemukan ular itu, Adi mengaku kepada rakannya bahawa dia menyiksa dan membunuh haiwan itu sehingga mati.

Malah binatang itu dikerat-kerat dan dijadikan seperti sate sebelum dibakar.''Di, jangan disiksa ular itu kerana ular itu juga punya perasaan," kata temannya.Adi menjawab, "Ahh... saya tidak takut sama ular, syaitan ataupun jin.

Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adi mengadu kepada isterinya dia sakit gigi dan pipinya berwarna kemerah-merahan.Kata isterinya, pelbagai usaha dilakukan mereka termasuk ke hospital berdekatan namun doktor yang merawatnya mendakwa mereka tidak mampu merawat penyakit Adi.

Hal ini kerana menurut doktor, penyakit Adi tergolong dalam sakit yang tiada ubat iaitu barah.
Ekoran itu, pelbagai cara digunakan keluarga Adi termasuk secara alternatif dan tradisional namun mereka tidak sanggup merawat penyakitnya. - AGENSI

p/s : Jangan lah menganiaya binatang tanpa sebab & bersikap angkuh,Sesungguhnya Allah boleh bayar cash pada diri kita sepertimana yang Allah bagi pada pemuda tu..Moga sama-sama mendapat iktibar.

Sumber : SINI

Jumaat, 4 Januari 2013

Siapa Manusia Terakhir Yang Masuk Ke Syurga ?


Dari Abu Hurairah r.a. katanya:
"Bertanya orang banyak kepada Rasulullah s.a.w: "Apakah kami akan melihat Zat Allah di hari kiamat kelak ya Rasulullah?" Jawab baginda: "Apakah kamu terhalang memandang bulan purnama raya?" Jawab mereka itu: "Tidak!". Berkata pula Rasulullah s.a.w: "Adakah kamu sukar melihat matahari ketika tidak awan menutupinya?" Jawab mereka itu: "Tidak tuan!" Maka berkata Rasulullah s.a.w: "Demikianlah jelasnya kamu akan dapat melihat Allah kelak."
Kemudian Rasulullah s.a.w meneruskan perkataannya, kata beliau:
"Pada hari kiamat nanti Allah akan mengumpulkan semua manusia lalu bertitah: "Hendaklah tiap-tiap orang mengikut siapa/apa yang disembahnya didunia." Mendengar itu maka penyembah matahari mengikut matahari, penyembah bulan mengikut bulan, pemuja thoghut mengikut thoghut dan di dalam rombongan mu'min (yang belum bergerak) terdapat pula kaum munafiq.
Kemudian Allah Taala datang kepada mereka itu dengan wajah yang tidak dikenal, lalu berkata:
"Aku Tuhanmu." Maka jawab mukminin: "Kami berlindung kepada Allah dari godaanmu! Kami tidak akan bergerak dari sini sebelum datang Tuhan kami yang sejati, dan apabila Ia datang kepada kami, dapat kami mengenalNya."
Setelah itu Allah Taala datang kepada mereka dengan rupaNya yang dikenal oleh orang-orang Mukmin itu, lalu berkata:
"Aku Tuhanmu". Maka dijawab kaum mukmin: "Benar, Engkaulah Tuhan kami, mereka itupun segera mengikutNya." Berkata pula Rasulullah s.a.w "Nun disana di atas api neraka dibentangkan titian, maka umatkulah yang pertama menyeberang titian itu. Pada saat itu tak seorang pun dibenarkan berbicara kecuali Rasul-Rasul pesuruh Allah; seruan Rasul-Rasul ketika itu: Oh Tuhan! selamatkanlah, selamatkanlah!"
Ditengah-tengah api neraka itu terdapat banyak besi-besi melengkung seperti lengkung pancing, seperti duri sa'dan. Kata Rasulullah s.a.w kepada sahabat-sahabat yang hadir:
"Adakah kamu pernah melihat sa'dan?"
Jawab mereka:
"Ya!" "Seperti duri sa'dan itulah bentuk besi-besi itu, hanya saja besarnya tidak terkira, dan itu kelak yang akan mengait manusia yang sedang meniti, menurut imbangan dosa masing-masing. Yang beriman akan terlepas dari kaitannya dan yang berdosa, terkena , tetapi akhirnya dilepaskan."
Setelah Allah selesai mengadili hamba-hambaNya dan berkehendak dan mengeluarkan penghuni neraka dengan rahmatNya, dititahkanNya kepada malaikat-malaikat untuk mengeluarkan mereka yang diberiNya rahmat, kerana di dunia mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun. Malaikat-malaikat yang mendapat perintah itu pun dapat mengenal orang-orang yang berkata "tiada tuhan yang disembah kecuali Allah" dengan adanya bekas sujud sembahyang yang memang tidak dimakan api neraka.

Kemudian segeralah Malaikat-malaikat itu mengeluarkan mereka dalam keadaan hangus rentung, kemudian dituangkan ketubuh masing-masing air hidup, maka tumbuhlah masing-masing kerana air itu seperti tumbuhnya jenis biji setelah banjir surut.

Setelah hal itu selesai seluruhnya, rupanya disana masih tinggal seorang lelaki yang menghadap mukanya ke neraka dialah yang terakhir sekali masuk ke dalam syurga. Kepada Allah ia bermohon dengan bersungguh-sungguh agar mukanya dapat dipalingkan dari api neraka itu, dengan alasan bau dan nyalaannya telah menghancur luluhkan dirinya. Demikianlah permohonan itu berkali-kali diulangnya.
Kemudian Allah berkata kepadanya:
"Kalau Aku kabulkan permintaan ini apakah tak ada permohonan yang lain lagi?"
Jawab orang itu:
"Tidak!"
dan ia berjanji keras kepada Allah bahawa ia tidak akan meminta sesuatu apapun lagi. Permohonan orang itu pun dikabulkan Allah Taala. Setelah terlihat olehnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama.

Kemudian ia bermohon lagi kepada Allah agar dapat disampaikan ke pintu syurga itu, Berkata Allah kepadanya:
"Bukankah engkau telah berjanji keras tak akan meminta apa-apa lagi? Celaka anak Adam ini! Alangkah pemungkirnya!"
Maka orang itupun bermohon kedua kalinya kepada Allah serta berjanji pula tak akan menambah permohonannya lagi.

Setelah permohonan orang itu dikabulkan Allah dan terlihatnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama. Kemudian ia bermohon kepada Allah magar dapat disampaikan ke pintu syurga. Setelah ia tiba di sana terbukalah pintu syurga itu selebar-lebarnya, dan dilihatnya segala kenikmatan dan kegembiraan, kemewahan yang ada di dalamnya. Dia tercengang takjub dan tak dapat berkata-kata. Kemudian ia bermohon pula ketiga kalinya agar dapat dimasukkan ke dalamnya, seraya berjanji seperti janji yang lampau. "Alangkah pemungkirnya kamu hai anak Adam!" kata Allah Taala kepadanya. Jawabnya: "Oh Tuhan! jangan kiranya hamba ini menjadi orang-orang yang celaka." Demikianlah permohonan itu diulang-ulang, akhirnya tertawalah Allah Taala seraya bertitah: "Masuklah engkau ke dalam syurga ini!"

Maka apabila masuk ke dalamnya , bertitahlah Allah:
"Sekarang dapatlah engkau mencita-citakan apa saja keinginanmu!"
Orang itupun segera bermohon berbagai-bagai permintaan dan mencita-cita bermacam-macam kenikmatan sehingga Allah Taala memperingatkannya kepada soal-soal yang tertentu dari kenikmatan yang tak diketahuinya. Akhirnya apabila orang itu telah merasa puas, berkatalah Allah Taala kepadanya:
"Nikmatilah kemewahan yang telah ada ini, bahkan akan ditambah lagi dengan berbagai nikmat sebanyak itu pula(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)
Dalam hadith lain diceritakan:
Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya aku benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara merangkak lalu Allah Taala berfirman kepadanya: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah pun dipenuhi. Oleh itu dia kembali dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu namun ianya telah penuh. Allah Taala berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah dipenuhi lalu kembali semula dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu tetapi ianya telah penuh. Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya ianya untukmu seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesungguhnya ianya bagimu sepuluh kali ganda dunia. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja? Maka Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)
Sumber : SINI

Jumaat, 8 Jun 2012

Kisah Nabi Isa Dengan Pemuda Mabuk Cinta

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air dikebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.


Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung- ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.


Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."


Pengajaran
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Rabu, 6 Jun 2012

Lelaki Hidup Dengan Tengkorak Kepala Dipenuhi Ulat

Agak-agak berani tak korang tengok video kat bawah ni????Seorang lelaki tua yang berasal dari India(rasenye lah) hidup dengan berteman kan ulat dalam tengkorak kepala.Video kat bawah menunjukkan sorang doktor(gamaknye lah) dok keluarkan ulat-ulat dalam kepala laki tu..Mungkin keadaan diaorang yang serba miskin kat sana menyebab kan diaorang lupa dalam bab menjaga kebersihan,ye la dah sampai tengkorak kepala penuh ulat,bersih kehape..Memang geli nak tengok,tapi tengok je la sape yang berani.Moral of the story : Jaga lah kebersihan diri,jangan sampai jadi camni.Bila dah jadi camni,tadak lah berguna jua melainkan dibuang ulat itu.




Selasa, 5 Jun 2012

Kisah Pemuda Dan Pak Imam : Penampar Itu Jawapannya!

 

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam, apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam: Saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan;
  1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
  2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
    1. Kalau syaitan diciptakan daripada api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si pemuda itu dengan amat kuat. 

    Jumaat, 1 Jun 2012

    Lelaki Mengaji Dalam Keadaan Koma

    Seorang remaja jordan yang bertugas sebagai imam koma selepas mengalami satu kemalangan.Apa yang mengejutkan orang ramai,remaja itu membaca Al-Quran selepas keluar dari bilik pembedahan dalam keadaan koma..

    blogging si blogger lelaki mengaji dalam koma

    Sama-sama kita ambil teladan utk lebih mendekatkan diri dengan Allah supaya dalam setiap perlakuan @ perbuatan kita,kita mengingati Allah seperti lelaki ini.



    Sumber : Sini

    Jumaat, 18 Mei 2012

    Siapa Lelaki Berjubah Putih Yang Mengangkat Pemuda Syahid Dengan Sebelah Tangan Itu??

    blogging si blogger lelaki jubah putih angkat mayat pemuda syahid

    Kejadian aneh lagi mengkagumkan yang berlaku ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang bertempur dengan penunjuk perasaan Syria.

    Dengan tak semena-mena keluar seorang lelaki yang berjubah putih dari celah bangunan di sebelah pemuda yang syahid itu dan dengan tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja sedangkan masa itu ada askar upahan yang bersenjata.

    Persoalannya,siapakah lelaki berjubah itu???Ada yang mengatakan lelaki itu adalah para wali Allah @ malaikat.Sesungguhnya Allah Taala itu Maha Mengetahui dalam semua penciptaan mahkluk-makhlukNya.Moral of the video,Hidup kita sebagai manusia sentiasa kena mengEsakan Allah dan percaya 100% dgn kekuasaan Allah & lelaki itu mungkin pertolongan dari Allah untuk orang yang berjuang di jalan Nya..Allahuakbar !!


    Petikan dari Facebook Islam Iman Ihsan.Video ini pada asalnya telah dimuat naik pada 28 Disember tahun lalu sebelum dimuat naik berulang kali oleh pelbagai pihak.

    Lelaki dalam jubah putih itu dikatakan ghaib selepas menyerahkan pemuda yang cedera itu kepada sekumpulan pemuda lain.

    Punyalah tenang lelaki itu berjalan keluar dari bangunan di sebelah jasah pemuda berkenaan, sesuatu yang mengasyik untuk ditonton berulang kali.

    Jumaat, 4 Mei 2012

    Solat Terakhir Seorang Syuhada

    blogging si blogger solat akhir seorang syuhada

    Rasa kagum & malu pon ada pada diri sendiri lepas tengok video ni.Kagum dengan keimanan & ketakwaan syuhada ni yang nak dirinya menghadap Allah SWT buat kali terakhir ketika menanti datangnya ajal walaupon dirinya kritikal.Malu pada diri sendiri bilamana Allah SWT bagi hidup yang baik tapi sering kali lupa menghadapNya,Dah la negara kite takda perang,hidup lak serba serbi mudah..Semoga sama-sama kita mendapat iktibar.



    Sumber : SOLAT TERAKHIR SEORANG SYUHADA SEBELUM AJAL