Hari ni aku nak share dgn korang tentang 1 permasalahan yg telah menjadi fenomena dikalangan belia wanita di Malaysia.. nisbah 1:20.. agak tinggi kan??? jujur ku katakan di sini, agak merisaukan jgk la kalau kes ini semakin meningkat dari mase ke semasa..
First of all aku nak explain dulu ape itu Ovarian Cyst.. bagi wanita normal, setiap kitaran haid, organ pada ovari akan membentuk gelembung dinamakan ovarian follikel. Dalam mende tu mengandungi benih wanita. then selepas ovum ni dikeluarkan, maka ovarian follikel ni akan mengecut balik, tetapi ade plak jenis ovarian follikel ni tak mengecut malah membesar plak (2cm above..) dan terjadilah di situ ovarian cyst.. clear? ok bawah ni ade sample gambar utk korang tgk.. kalau normal, dia akan mengecut kat area follicular tu, so bile terjadi cyst, dia akan menggelembung disitu.. ikut lah besar mane dia nak membesa kan.. kuasa tuhan.. :)
Mengikut sumber yg boleh dipercayi, 95% dari kes ovarian cyst ni, adalah pada tahap tidak merbahaya. Ini disebabkan ovarian cyst ni bukan suatu jenis penyakit. Ianya adalah bersifat semulajadi bagi fisiologi wanita.
Ovarian cyst ni sebenarnye terdapat pada semua wanita yg ada ovari terutama pada waktu2 subur wanita. But sometimes mende ni mendatangkan kemudaratan jugak pada certain2 waktu.. Example like sakit pada bahagian abdomen bawah..sakit dia Nauzubillah.. Bole kelabu mata time menahan sakit tu.. pastu rasa kembung pada abdomen bawah tu, then sakit pada payudara, berasa letih bebenor, sakit kepala dan masalah ketidaksuburan.
So pada korang semua, kalau rase diri tu tak berapa selesa dgn keadaan sekarang, aku sarankan pergi la berjumpe pakar utk buat scan ke, test mcm2 test.. mmg mende ni melecehkan dan kadang2 rase malas disebabkan kita mampu utk menahan lagi kesakitan..plus MALU.. tapi trust me, for those yg rase dlm diri dia ade yg tak kene, berjumpe la pakar.. sebab diri kita sendri yg je yg tahu tang mana tak betul.. kannn?
Okla, stakat ni saje info yg boleh aku share dgn korang pasal ovarian cyst.. nak ckp lebih, aku bukan gynae.. aku dpt info pun melalui sumber bacaan dari doktor2 pakar.. byk kaedah skrg ni utk mengatasi masalah cyst.. so bile kite suda di sah kan ade cyst, jgn la terlalu takut sampai pk 1 bende je dlm kepala, MAUT.. klau kite bertindak awal, In sha Allah, ianya bole diselamatkan lagi dan life bole kembali normal seperti biasa..
Keluarga sihat keluarga bahagia.. :)
''pulau pandan jauh ke tengah,
pulau kapas bersisiran di tepi,
jika tuan puan berasa megah,
awas, penyakit dalaman kita tak tau lagi.. ''
TQ, Wassalam.
Oleh : EleenAndika
wahh bagus2 :>
BalasPadamtrima kasih.. :)
Padamooo.nice info
BalasPadamtq.. :)
PadamGood Job! I Like!
BalasPadamthanx.. :-)
PadamIf you just discovered that you have a cyst on the ovary, you've come to the right place because you discover what not to eat, why certain chemicals are bad & what supplements help you to keep ovarian cysts away...
BalasPadam