Ahad, 6 Januari 2013

Visit Melaka

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia my friends..

Melaka terkenal dengan keunikan sejarah silamnya dan menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Dengan kedudukan negeri yang sangat strategik bagi laluan pedagang antarabangsa, Melaka suatu ketika dulu telah menjadi pusat perdagangan antarabangsa yang termahsyur pada zaman dahulu kala di Timur. Ramai pedagang yang berlabuh di Melaka terutamanya pedagang dari Arab, China dan India. Mereka berurusan di pelabuhan Melaka dan dari situlah terlahirnya pelbagai keturunan dan kaum yang wujud di Melaka sehingga sekarang.

Hasil lukisan seseorang menggambarkan pelabuhan Melaka suatu ketika dulu..
Kehidupan dan suasana yang harmoni bagi rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum dan etnik yang telah lama wujud di kalangan masyarakat setempat. Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Portugis, Chitty dan Eurasia adalah antara contoh kaum yang terdapat di Negeri Melaka sehingga generasi sekarang dan mereka hidup di dalam keadaan aman dan sejahtera antara satu sama lain.

tarian Portugis.. pakaian dia ala2 pompuan dkt sticker susu cap junjung tu.. kan?? milkmaid..
this picture for special occasion Baba Nyonya - wedding, raya etc.. waris Hang Li Po..
Negeri Melaka terbahagi kepada 2 kategori dari segi aspek pelancongan iaitu;

1) Nilai sejarah
2) Rekreasi

Tempat-tempat sejarah yang boleh dilawati ketika berkunjung ke Melaka adalah seperti berikut :

1) Kota A' Famosa

ni dia kubu kuat Portugis dolu2.. sape serang aku tembak!!

Kota A' Famosa merupakan kesan peninggalan kubu kuat pertahanan Portugis yang telah dibina pada tahun 1511. Kubu Portugis ini dikatakan sebagai tempat pertahanan bagi menghadapi serangan pihak musuh yang datang dari arah laut.
Kini hanya tinggal laluan utama kubu ini sahaja yang menjadi tatapan untuk generasi sekarang kerana banyak struktur kubu yang lain telah musnah akibat serangan daripada pihak Belanda suatu masa dahulu.





2) Perkampungan Portugis

ni signboard menghala masuk Kg.Portugis.. dalam kampung ni ade gerai2 yg bole dikunjungi..
Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon. Ia terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir, Melaka. Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada 116 buah keluarga yang berbangsa Portugis. Ia merupakan sebuah perkampungan yang unik mengenai kehidupan masyarakat Portugis pada abad ke-16 dan mereka masih mengamalkan bahasa, budaya, lagu dan tarian Portugis sehingga hari ini.

3) Perigi Hang Tuah

Perigi Hang Tuah - dilarang mencuci pakaian disini..
Pada asalnya perigi ini adalah kecil, tetapi lama-kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak kering, walaupun di musim kemarau dan airnya dikatakan sentiasa jernih dan dapat menyembuhkan penyakit.

Ada juga cerita bahawa perigi ini tempat tinggal roh Hang Tuah yang menjelma sebagai seekor buaya putih. Ia dikatakan bahawa orang biasa tidak dapat melihat buaya ini dan hanya orang-orang alim sahaja yang dapat melihat jelmaan ini.



4) Pancuran Air Ratu Victoria

Air pancut Ratu Victoria.(semacam je name.. kehkehkeh)
Pancuran air ini dibina pada tahun 1904 sempena memperingati pemerintahan jubli Ratu Victoria. Terletak di tengah-tengah Dataran Belanda, Pancutan Air Ratu Victoria ini masih lagi berfungsi dan telah menjadi tumpuan utama para pengunjung yang datang melawat bandaraya bersejarah ini.













5) Bukit St. John

Ni kubu atas bukit St John.. mengah jugak memanjat..but berbaloi..bole tgk sluruh Bandar Hilir n Selat Melaka..
 Kubu St. John telah dibina oleh orang Belanda pada 1760 untuk melindungi daripada serangan daripada arah darat. Pada masa itu, orang Melayu yang gelisah sudah mengatur langkah untuk cuba menyerang Melaka. Inilah sebabnya Kubu St. John mempunyai satu ciri yang tersendiri iaitu meriam yang menghadap ke pedalaman. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa meriam yang menghadap ke laut.

6) Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka

nak tgk Hang Tuah & the geng?leh masuk.RM2/pax
Pada tingkat pertama diadakan ruang-ruang pameran termasuk di balairong seri yang menggambarkan zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka seperti menghadap Raja dan lain-lain peraturan istana. Pada tingkat kedua pula dipamerkan tempat peraduan Sultan serta bilik-biliknya manakala pada tingkat yang ketiga pula tempat simpanan segala khazanah. Pembinaan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka ini bukan sahaja menambahkan lagi binaan sejarah tanahair tetapi juga memperlihatkan kepada masyarakat umum tentang sejarah negeri Melaka yang telah dibuka oleh orang-orang Melayu sehingga pernah muncul sebagai sebuah Pusat Empayar yang terbesar di Asia Tenggara pada abad Ke-15.

Selain daripada tempat-tempat sejarah yang terkenal di Melaka, terdapat juga tempat2 menarik untuk korang melawat.. Antaranya......

1) Menara Taming Sari

Keris Hang Tuah katenye..

Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Datara Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 aPRIL 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.









2) Melaka River Cruise

Waktu siang..


Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.

Waktu malam..


3) Jonker Walk

Starting point jonker walk..mcm china town..byk kraft2 dijual
Bagi peminat kaum Baba Nyonya dan barangan antik korg haruslah pergi ke Jonker Street. Untuk merasai kemeriahan Jonker Street, datang pada malam Sabtu dan malam minggu kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Di sini juga terdapat hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya yang boleh dicuba dan makanan popular keturunan Baba dan Nyonya seperti Ayam Pong Teh, itek Tim dan Nyonya Laksa juga jangan dilupa. Membeli barangan antik perlu tahu tawar menawar dan jangan lupa bertanya tentang sejarahnya.




4) Zoo Melaka

Zoo ni siang & malam.. nak dgr harimau bedengkur,dtg mlm.
..no instagram please.. aummm..












Zoo Melaka yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Zoo Melaka adalah zoo yang kedua terbesar di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesis binatang yang diancam kepupusan. Selain dari menyaksikan pelbagai spesis hidupan liar, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan berinteraksi bersama  gajah, zirafah dan menunggang kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung ke Zoo Melaka.

5)  Taman Buaya

Pintu masuk taman buaya..buaya darat dilarang masuk..
Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesis buaya yang berasal dari serata dunia. Ia dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi buaya. Para pengunjung boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukkan yang dipersembahkan oleh para penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukkan mendebarkan ini pasti akan membuat anda cemas dan merasai pengalaman berhadapan dengan sang buaya. Buaya darat tiada tersenarai ok.

6) Water World A'Famosa Resort

resort..golf..safari..cowboy town..water theme park..
Terletak di Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah Melaka, A Famosa Resort Melaka menyediakan pakej percutian yang sungguh menarik bagi warga kota yang ingin lari sebentar dari kesesakkan bandar. Di sini disediakan hotel, apartment serta banglow untuk disewa bagi yang ingin bermalam di sini. Terdapat juga padang golf, taman safari, cowboy town at night dan taman tema air yang terbesar di Malaysia. Anda dan keluarga pasti merasai keseronokan yang sebenar apabila berkunjung ke A Famosa Resort.




7) Asam Pedas Claypot

terbaekkkkkk...!
asam podeh ikan pari... wewwww~
sayur kubis, telur masin, sambal belacan!
Restoren Asam Pedas Claypot ini terletak di tengah2 kawasan bandar Melaka dan ia dibuka sebelah petang hingga lewat pagi. Penggemar asam pedas boleh menikmati pelbagai sajian berasaskan asam pedas termasuk ikan pari, ikan parang, ikan kembung, ikan tenggiri, ikan jenahak dan yang paling special asam pedas tetel. Istimewanya asam pedas claypot ini bukan sahaja digemari oleh warga Melayu, malah terdapat juga ramai pengunjung berbangsa Cina dan India yang gemar menikmati makan malam mereka di sini. Terdapat juga pelbagai pilihan makanan lain seperti satay, roti canai, nasi lemak, nasi ayam, western food etc. Semua terdapat disini dan yang pasti sajian mereka adalah antara yang terbaik di Melaka.

8) Ikan Bakar Parameswara Umbai

menarik..menarik.. menarik.. sodapppp!
ni menu kami..siakap bakar, butter prawn,sotong tepung n ketam sweet sour.. dilawan dgn nasi lemak n air asam serta kicap cili.. dibalas dgn teh o ais dan jus tembikai.. kenyang sampai esok ~

ni dia model tak berbayar.. terima kasih kerana menaja dinner ku.. ;)


Ok, sekian saja utk penulisan ku kali ini.. Aku menulis pasal 'Visit Melaka' ni kerana 1- aku memang anak jati Melaka..jadi tak salah utk aku promote tempat sendri..2- Tempat2 yang aku senaraikan di atas ni, mmg adalah tempat2 popular dan best untuk korang semua yg ingin melancong ke Melaka. Jadi sedikit sebanyak, ade lah info bagi korang yang plan nak buat short visit to Melaka.. Melancong bawak anak2 dan keluarga ke Melaka adalah terbaik utk short vacation. Tak jauh pun dari KL..2jam sah2 sampai dah Melaka..Ok!  :)

''Pergi ke pasar membeli buah,
  Buah dipetik di ladang Cik Siti,
 Negeri Melaka negeri bersejarah,
 Berkunjunglah ke Melaka untuk bercuti..''


Sekian, Wasalam

Olahan : EleenAndika

3 ulasan:

  1. Ekekeke..bimbang model tak berbayar tu mintak bayaran lak nnt.. :d

    BalasPadam
    Balasan
    1. model x berbayar tu x kisah nyer..dia suker glamerr ekekekekeekee

      Padam
    2. kalau dia mintak payment mmg nak kene :-t ... :>)

      Padam