"Bertanya orang banyak kepada Rasulullah s.a.w: "Apakah kami akan melihat Zat Allah di hari kiamat kelak ya Rasulullah?" Jawab baginda: "Apakah kamu terhalang memandang bulan purnama raya?" Jawab mereka itu: "Tidak!". Berkata pula Rasulullah s.a.w: "Adakah kamu sukar melihat matahari ketika tidak awan menutupinya?" Jawab mereka itu: "Tidak tuan!" Maka berkata Rasulullah s.a.w: "Demikianlah jelasnya kamu akan dapat melihat Allah kelak."
Kemudian Rasulullah s.a.w meneruskan perkataannya, kata beliau:
"Pada hari kiamat nanti Allah akan mengumpulkan semua manusia lalu bertitah: "Hendaklah tiap-tiap orang mengikut siapa/apa yang disembahnya didunia." Mendengar itu maka penyembah matahari mengikut matahari, penyembah bulan mengikut bulan, pemuja thoghut mengikut thoghut dan di dalam rombongan mu'min (yang belum bergerak) terdapat pula kaum munafiq.
Kemudian Allah Taala datang kepada mereka itu dengan wajah yang tidak dikenal, lalu berkata:
"Aku Tuhanmu." Maka jawab mukminin: "Kami berlindung kepada Allah dari godaanmu! Kami tidak akan bergerak dari sini sebelum datang Tuhan kami yang sejati, dan apabila Ia datang kepada kami, dapat kami mengenalNya."
Setelah itu Allah Taala datang kepada mereka dengan rupaNya yang dikenal oleh orang-orang Mukmin itu, lalu berkata:
"Aku Tuhanmu". Maka dijawab kaum mukmin: "Benar, Engkaulah Tuhan kami, mereka itupun segera mengikutNya." Berkata pula Rasulullah s.a.w "Nun disana di atas api neraka dibentangkan titian, maka umatkulah yang pertama menyeberang titian itu. Pada saat itu tak seorang pun dibenarkan berbicara kecuali Rasul-Rasul pesuruh Allah; seruan Rasul-Rasul ketika itu: Oh Tuhan! selamatkanlah, selamatkanlah!"
Ditengah-tengah
api neraka itu terdapat banyak besi-besi melengkung seperti lengkung
pancing, seperti duri sa'dan. Kata Rasulullah s.a.w kepada
sahabat-sahabat yang hadir:
"Adakah kamu pernah melihat sa'dan?"
Jawab mereka:
"Ya!" "Seperti duri sa'dan itulah bentuk besi-besi itu, hanya saja besarnya tidak terkira, dan itu kelak yang akan mengait manusia yang sedang meniti, menurut imbangan dosa masing-masing. Yang beriman akan terlepas dari kaitannya dan yang berdosa, terkena , tetapi akhirnya dilepaskan."
Setelah Allah
selesai mengadili hamba-hambaNya dan berkehendak dan mengeluarkan
penghuni neraka dengan rahmatNya, dititahkanNya kepada malaikat-malaikat
untuk mengeluarkan mereka yang diberiNya rahmat, kerana di dunia mereka
tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun. Malaikat-malaikat yang
mendapat perintah itu pun dapat mengenal orang-orang yang berkata "tiada tuhan yang disembah kecuali Allah" dengan adanya bekas sujud sembahyang yang memang tidak dimakan api neraka.
Kemudian
segeralah Malaikat-malaikat itu mengeluarkan mereka dalam keadaan hangus
rentung, kemudian dituangkan ketubuh masing-masing air hidup, maka
tumbuhlah masing-masing kerana air itu seperti tumbuhnya jenis biji
setelah banjir surut.
Setelah hal itu
selesai seluruhnya, rupanya disana masih tinggal seorang lelaki yang
menghadap mukanya ke neraka dialah yang terakhir sekali masuk ke dalam
syurga. Kepada Allah ia bermohon dengan bersungguh-sungguh agar mukanya
dapat dipalingkan dari api neraka itu, dengan alasan bau dan nyalaannya
telah menghancur luluhkan dirinya. Demikianlah permohonan itu
berkali-kali diulangnya.
Kemudian Allah berkata kepadanya:
"Kalau Aku kabulkan permintaan ini apakah tak ada permohonan yang lain lagi?"
Jawab orang itu:
"Tidak!"
dan ia berjanji
keras kepada Allah bahawa ia tidak akan meminta sesuatu apapun lagi.
Permohonan orang itu pun dikabulkan Allah Taala. Setelah terlihat
olehnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama.
Kemudian ia bermohon lagi kepada Allah agar dapat disampaikan ke pintu syurga itu, Berkata Allah kepadanya:
"Bukankah engkau telah berjanji keras tak akan meminta apa-apa lagi? Celaka anak Adam ini! Alangkah pemungkirnya!"
Maka orang itupun bermohon kedua kalinya kepada Allah serta berjanji pula tak akan menambah permohonannya lagi.
Setelah
permohonan orang itu dikabulkan Allah dan terlihatnya kemewahan syurga,
terdiamlah ia beberapa lama. Kemudian ia bermohon kepada Allah magar
dapat disampaikan ke pintu syurga. Setelah ia tiba di sana terbukalah
pintu syurga itu selebar-lebarnya, dan dilihatnya segala kenikmatan dan
kegembiraan, kemewahan yang ada di dalamnya. Dia tercengang takjub dan
tak dapat berkata-kata. Kemudian ia bermohon pula ketiga kalinya agar
dapat dimasukkan ke dalamnya, seraya berjanji seperti janji yang lampau.
"Alangkah pemungkirnya kamu hai anak Adam!" kata Allah Taala kepadanya.
Jawabnya: "Oh Tuhan! jangan kiranya hamba ini menjadi orang-orang yang
celaka." Demikianlah permohonan itu diulang-ulang, akhirnya tertawalah
Allah Taala seraya bertitah: "Masuklah engkau ke dalam syurga ini!"
Maka apabila masuk ke dalamnya , bertitahlah Allah:
"Sekarang dapatlah engkau mencita-citakan apa saja keinginanmu!"
Orang itupun
segera bermohon berbagai-bagai permintaan dan mencita-cita
bermacam-macam kenikmatan sehingga Allah Taala memperingatkannya kepada
soal-soal yang tertentu dari kenikmatan yang tak diketahuinya. Akhirnya
apabila orang itu telah merasa puas, berkatalah Allah Taala kepadanya:
"Nikmatilah kemewahan yang telah ada ini, bahkan akan ditambah lagi dengan berbagai nikmat sebanyak itu pula. (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)
Dalam hadith lain diceritakan:
Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sumber : SINISesungguhnya aku benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara merangkak lalu Allah Taala berfirman kepadanya: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah pun dipenuhi. Oleh itu dia kembali dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu namun ianya telah penuh. Allah Taala berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah dipenuhi lalu kembali semula dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu tetapi ianya telah penuh. Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya ianya untukmu seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesungguhnya ianya bagimu sepuluh kali ganda dunia. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja? Maka Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya. (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan