Terdapat satu institusi pengajian terletak di Israel yang menawarkan gelaran nabi untuk pelajar-pelajarnya.Institusi yang diberi nama 'Cain and Abel School for Prophet' itu menawarkan sebanyak 200 shekel berupa biasiswa kepada sesiapa yang berminat.Hanya 40 kelas yang singkat perlu diikuti oleh para pelajar di institusi tersebut dan seterusnya mendapat gelaran Nabi setelah berjaya.
Selain dari itu,peraturan disekolah tersebut juga tidak ketat apabila para pelajar dibenarkan masuk ke kelas hanya dengan memakai baju biasa,membenarkan penggunaan gadget semasa proses pembelajaran bahkan gitar juga boleh dibawa masuk ke dalam kelas.bagi pelajar yang tidak merasa segan boleh juga keluar dari kelas hanya untuk merokok.Begitulah keadaan di institusi tersebut.
Diantara 40 kelas singkat yang ditawarkan,sebahagian darinya ialah pembelajaran mengenai maksud mimpi,diajar memberi klasifikasi tentang malaikat dan juga tentang misteri roh kudus.Membezakan perasaan batin seseorang dari perilaku luaran dan penampilan turut diajar kepada pelajar.
Shmuel Hapartzy merupakan satu-satunya guru di institusi itu dan dia juga percaya bahawa Messiah (Nabi Isa) telah datang dan usia penebusan sudah hampir.Didalam erti kata lainnya,institusi itu diwujudkan untuk menyambut Nabi baru.Apa yang menghairankan,Hapartzy memberi pengakuan yang dia tidak menjamin para pelajar yang belajar di institusi itu boleh membuatkan pelajar-pelajarnya berinteraksi dengan Tuhan secara langsung.
Hapartzy menerangkan bahawa kukurikulum yang digunapakai di sekolah itu mengikut sifat-sifat seorang nabi.Gelaran nabi boleh digunakan oleh para pelajar jika mereka sudah menguasai kukurikulum yang diajarkan.
p/s : Israel memang gile!
Olahan : Roy Podolski Sumber : SINI
mmg gilerrr lahhhhhhhhhh
BalasPadam