Sebelum ni kita dah tau ramai orang mengaku sebagai Sultan Sulu & di anggarkan seramai 9 orang yang mengaku.Kali ini berlainan apabila warganegara kita pula yang mengaku sebagai TUANKU SULTAN RAJA MERONGMAHAWANGSA II@RAJA NUSANTARA@PEMUDA BANI
TAMIM@SATRIO PININGIT@RATU ADIL@SULTAN KEDAH@YANG DIPERTUAN AGONG
MALAYSIA@WHITE SPIRITUAL BOY.
Sekali panjangggg daaaa gelaran diaaaa..siap White Spiritual Boy,kerrrlassss gituu !! Mari tengok bagaimana rupa orang yang mengaku sebagai Sultan ni dan titahnya.So ini kesimpulan yang patik dah buat : Bukan Kiram je yang gila tanah,ramai lagi & masing2 menuntut dengan cara berbeza.
DARI: RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara
10 Jamadilawwal 1434 Hijriah
22 Mac 2013 Masihi
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam,Solawat dan
Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta Para-Para Sahabat SAW.
Dengan izinAllah dan di atas petunjuk dan ilham darinya kepada Beta,
setelah melalui proses pelbagai ujian dan memegang Amanat daripada
Rasulullah SAW kepada Beta (22/04/2010) dan dengan Perintah dari Allah
yang di turunkan kepada Beta sebagai Mujaddid/Raja Utusan Allah
Akhiruzaman Fasa 1 juga sebagai pengganti Nabi dan Rasul dengan ini
Beta, TUANKU SULTAN RAJA MERONGMAHAWANGSA II@RAJA NUSANTARA@PEMUDA BANI
TAMIM@SATRIO PININGIT@RATU ADIL@SULTAN KEDAH@YANG DIPERTUAN AGONG
MALAYSIA@WHITE SPIRITUAL BOY yang di utuskan oleh Allah untuk
memperbetulkan agama Allah(ISLAM) dan membawa umat kembali Tauhid dan
Esa akan Allah serta Taat Kepada Rasul yang sebenar nya dan mengikuti
jalan yang lurus dan kembali hidup dalam amalan kenabian dengan
berpegang kepada AlQuran dan Sunnah Sunnah SAW sebagai amalan kehidupan
seharian. Kepada Guru2 Mursyid, Baba2 Mursyid,Kiyai2 Mursyid,Ulama2
Mursyid,Habib2 Mursyid,Maulana2 Mursyid.
Syeikh2 Mursyid yang menanti-nantikan kemunculan Beta selama ini, Beta
ucapkan Assalamualaikum kepada tuan-tuan semua semoga kita di pertemukan
oleh Allah dan bersama-sama Beta dalam perjuangan Akhiruzaman Fasa 1
ini dan menegakan serta mengibarkan Panji Hitam dari Timur yang di
tunggu2 oleh umat untuk kebangkitan Islam kali ke II ini.
Juga kepada pejuang2 sejati PANJI HITAM DARI TIMUR marilah bersama-sama
Beta memperjuangkan Panji Hitam Dari Timur untuk menyediakan tapak
Pemerintahan kepada ALMAHDI(IMAM MAHDI). Sekian dari Beta Tuanku Sultan
Raja Merongmahawangsa II@Pemegang Panji Hitam AlMahdi.
ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...
Beta boleh di hubungi di: Surau ALFalah, Kenari Apartment,Taman Melati,Setapak,Kuala Lumpur.
Sumber : SINI
just another day dreamer
BalasPadam