Rabu, 9 Januari 2013

‘Terukir Di Bintang’ Parody Yang Penuh Makna (VIDEO)

Di sebalik kekecohan yang berlaku dalam Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27), ramai yang menganggap kekecohan itu telah merosakkan imej industri seni muzik Malaysia. Ini kerana, penolakan artis wanita veteran, Uji Rasyid di saat-saat akhir untuk menggantikan penyanyi wanita, Yuna dari melakukan persembahan dalam anugerah itu telah mencemarkan imej Uji Rasyid sendiri. Malah, isu tersebut tidak berhenti serta-merta walaupun anugerah itu telah pun habis berlangsung pada malam Ahad yang lalu. Ibaratnya, rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi. Kesana-sini masih lagi ada individu-individu yang memperkatakan tentang hal itu. Namun, lumrah dalam setiap pertandingan acara, pastinya akan ada beberapa perkara yang tergelincir dari landasan persiapannya. Walaupun kecoh dan isu itu dianggap sensitif, lagu hasil karya Yuna ternyata mampu merangkul tempat juara dalam AJL27. Apa yang mampu kita harapakan agar isu itu diselesaikan secara baik dan segala keburukan yang terjadi dijadikan sebagai pengajaran. Dalam pada kita masih lagi mempersoalkan segala yang berlaku, terdapat satu video ‘parody’ lagu Terukir Di Bintang. Cuma, parody itu telah menukarkan tajuk lagunya sebagai ‘Tak Terukir Di Bintang’ hasil nyanyai dan ubah suai dari ‘Mr. Bie.’ Kalau didengar lirik lagunya, memang memberikan makna dan maksud yang cukup mendalam kepada kita sebagai manusia biasa. Mr. Bie telah mengubah suai lirik lagu Yuna itu kepada arah Islamik. Mungkin itulah cara Mr. Bie memberikan kesedaran kepada orang ramai untuk menjadi manusia yang lebih baik. Dalam bergurau senda, masih lagi mampu untuk menyedarkan kita semua. Jom layan!
 


Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber : SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan