Berkilauan di bawah matahari terik padang pasir Peru,terdapat satu pemandangan yang luar biasa - sebuah penempatan kecil, lengkap dengan lagun, pokok palma yang rimbun, pokok carob, kafe, rumput yang dipotong rapi, 100 penduduk yang teguh dan juga kolam renang yang ganjil.
Untuk beribu-ribu tahun, Huacachina, atau dikenali sebagai 'Oasis Americas' - terdapat satu sahaja - telah menjadi petunjuk hijau, jauh tersembunyi di tengah-tengah beratus kilometer dari padang pasir yang tandus. Berabad lamanya, perairan yang berkilauan itu telah menyelamatkan nyawa ratusan pengembara yang kepanasan, mengejutkan dari kepanasan bersama keldai mereka..
Bagaimanapun, baru-baru ini terdapat ramai pelancong yang sanggup datang dari beribu-ribu batu semata-mata untuk berehat di tengah-tengah padang pasir dan dikelilingi pohon-pohon kurma.
Airnya yang berkilau-kilauan, yang pancutannya berasal daripada sungai bawah tanah, dikhabarkan mengandungi khasiat di dalam menyembuhkan pelbagai penyakit kulit dan rheumatic. Bagaimanapun, komuniti kecil di selatan negara ini menghadapi ancaman apabila oasis telah mula kekeringan.Info 10 Kartun Paling Popular Di Dunia.
Semuanya berpunca daripada kepanasan global yang mengakibatkan keadaan kekurangan air yang amat teruk dan semakin teruk setiap hari.
Akibat daripada ini, bandar Ica yang mempunyai populasi seramai 200,000 penduduk terpaksa menggali sungai bawah tanah untuk menyediakan sumber air bersih.pihak berkuasa telah mengisytiharkan darurat apabila paras air telah mencapai 5 meter di bawah paras had purata bekalan air.Jom layan lagi gambar-gambar oasis yang indah lagi permai bak kampung pinang sebatang nih kat bawah.
p/s : Arap-arap adalah GM yang boleh taja aku pegi tempat ni nanti yek..kui3
Oleh : Roy Podolski & phoenix2020
daripada GM taja ko pegi, bek dia taja Mak Limah jer pgii ekekekke =)) =)) =)) =))
BalasPadamAlah,kedekut la ko GM.xkan simpan duit bebyk nk beli magic pan kot? =p~
Padam