Sabtu, 12 Januari 2013

Asal Usul Teddy Bear

Asal usul nama patung teddy bear daripada Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt.

Tahukah anda bagaimana nama Teddy Bear diperolehi??

Sebenarnya nama Teddy Bear berasal dari bekas Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt.Pada November 1902, Roosevelt telah dijemput oleh Gabenor Mississippi, Andrew H. Longino untuk pergi memburu dan berlakunya satu insiden yang menyebabkan beliau mendapat nama jolokan Teddy.

Selain itu,terdapat beberapa orang lagi pemburu lain yang bersaing, dan kebanyakan mereka sudah membunuh haiwan. Pembantu Roosevelt, yang diketuai oleh Holt Collier, mengepung dan mengikat Beruang Hitam America di pokok willow selepas berhempas pulas memburu dan mengejar.

Asal usul nama patung teddy bear daripada Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt.

Mereka memanggil Roosevelt ke tapak berkenaan dan mencadangkan bahawa beliau harus menembak mati beruang itu tetapi beliau enggan menembak beruang itu atas dasar semangat memburu dan mengarahkan beruang berkenaan dibunuh untuk mengelakkan beruang itu sengsara.

Selepas itu ianya menjadi topik di dalam salah satu kartun politik oleh CLifford Berryman di dalam The Washington Post pada 16 november 1902.Walaupun permulaan lukisan kartun itu merupakan seekor beruang hitam dewasa yang tidak menarik, kemudian Berryman menjadikan ianya lebih comel, kecil dan menarik pada isu-isu seterusnya.Baca sini 10 Wanita Paling Jahat Di Dunia.

Morris Michtom, seorang pemilik kedai mainan, telah melihat kartun tersebut dan mendapat ilham untuk mencipta mainan baru. Dia pun menghasilkan mainan seekor beruang kecil dan meletakkan beruang mainan itu dengan tanda "Teddy's bear" selepas menghantar beruang kepada Roosevelt dan mendapat keizinan untuk menggunakan nama beliau. Seterusnya mainan itu berjaya dengan serta merta dan akhirnya Michtom mengasaskan Novelti Ideal dan Toy Co.

Sekian

Olahan : Roy Podolski & phoenix2020
Sumber : SINI & SINI

2 ulasan:

  1. oooo so ni la asal usul teddy bear kesukaan ko yer Roy? ok ok aku paham ekekekeeeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roy suke men teddy bear upernyerr...hikhikhik

      Padam