Khamis, 7 Jun 2012

Konspirasi Pembunuhan Yang Ganas Tetapi Gagal

blogging si blogger konspirasi pembunuhan ganas gagal

blogging si blogger konspirasi pembunuhan ganas gagal
Kejadian ini telah berlaku pada jam 10.45 malam di Filipina di mana Doktor Andres Gumban, seorang doktor pakar psikitrik telah berkenalan dengan dua orang remaja lelaki melalui Facebook dan telah menjemput mereka untuk datang ke rumahnye. Tindakan doktor itu mengajak mereka datang ke rumah adalah satu kesilapan besar dalam hidupnye kerana telah meragut nyawanya sendiri.

Dua remaja ini, merupakan pembunuh kejam yang merekodkan video kelakuan membunuh menggunakan telefon bimbit. Doktor tersebut telah dihentak dengan batu sebelum di rodok menggunakan senjata tajam sebanyak 34 kali sehingga mati.

Nasib penjenayah ini malang apabila anjing yang menyalak telah mengejutkan jirannya untuk melihat apa yang berlaku. Jirannye telah datang ke rumah doktor tersebut sambil membawa pump gun dan memaksa dua remaja tersebut membuka pintu sebelum terkejut melihat percikan darah pada lantai rumah tersebut. Seorang lagi jiran yang datang telah menelefon polis untuk menangkap penjenayah ini.

Penjenayah ini telah menipu dengan mengatakan bahawa mereka merupakan mangsa sodomi doktor tersebut dan membunuh atas alasan mempertahankan diri namun video ini telah menjerat mereka sendiri. Menurut jurucakap polis, dengan penangkapan ini telah menyelesaikan satu kes bunuh yang melibatkan seorang wanita mengandung yang dibunuh pada awal tahun ini

AMARAN : Ini adalah video pembunuhan sebenar,Jadi video ini mengandungi keganasan melampau,Budi bicara penontong diperlukan.Aku pon tak sanggup nak tengok sampai abis.



Sumber : SINI

3 ulasan:

  1. kesian betoi..diorang ni mmg psikopat ler..tp kan..jiran nyer siap ada pump gun..canggih betoi..klu kita p bawak parang jer ekekee

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko jaga2,bimbang abe wong cemburu,dia wat gitu..kui3

      Padam
    2. ekekekekekke dia nak cemburu nape lak??

      Padam