Khamis, 17 Januari 2013

10 Gadget Terbaik Sepanjang 50 Tahun James Bond

Sambil-sambil anda lihat gadget dan baca info dibawah,dengarkan lagu tema James Bond sebagai penaik semangat,biar teruja.
James Bond merupakan seorang hero terulung di abad ke-20. Sama ada anda adalah peminat hero klasik, Connery, peminat setia Brosnan di era 90-an  ataupun watak hero terbaru yang dilakonkan oleh Craig; karakter Bond digambarkan “cool” bagi separuh abad. Tetapi karektor lelaki penuh misteri ini adalah sebaik gadgetnya juga. Pelbagai gadget yang canggih dan moden dipaparkan di dalam siri James Bond. Paling tidak anda mungkin akan tertarik dengan “Jetpack” James Bond jika tarikan-tarikan lain tidak mempengaruhi anda.
Pihak tentera British menyediakan 007 dengan pelbagai gadget yang terbaik, “cool” dan unik disepanjang masa; walaupun terdapat juga sesetengah gadget yang tidak menarik. (Sepasang penompang kaki yang bertukar kepada pelancar roket contohnya. Ianya sesuatu yang sudah dapat dijangka dan tidak ada keunikan tersendiri di situ). Di bawah merupakan senarai gadget yang melambangkan Bond, yang terbaik di antara yang terbaik.




Aston Martin DB5 (Goldfinger, 1964),10 Gadget Terbaik Sepanjang 50 Tahun James Bond - Blogging SI Blogger | Enhance The Variety
1) Aston Martin DB5 (Goldfinger, 1964)
Aston Martin merupakan kereta perisikan Bond klasik yang muncul di dalam lima buah filem James Bond. Kalis peluru, terapung di atas permukaan air, skrin berasap, dilengkapi senjata, plat lesen yang berputar, pemotong tayar, skrin yang boleh menjejaki penjahat, radar penerima, bumper basher dan semestinya tempat duduk yang boleh dilancarkan.

Beg Bimbit (Attache Case) (From Russia With Love, 1963), 10 Gadget Terbaik Sepanjang 50 Tahun James Bond - Blogging SI Blogger | Enhance The Variety
2) Beg Bimbit (Attache Case) (From Russia With Love, 1963)
Senjata rasmi pertama Bond, beg bimbit ini menyimpan dua rod peluru (20 pusingan setiap satu), sepucuk senapang (yang mempunyai tiga bahagian sambungan), pisau pembaling yang tersorok dan juga gas pemedih mata yang akan berfungsi secara otomatik jika beg bimbit dibuka dengan salah.

Golden Gun (The Man With The Golden Gun, 1974), 10 Gadget Terbaik Sepanjang 50 Tahun James Bond - Blogging SI Blogger | Enhance The Variety
3) Golden Gun (The Man With The Golden Gun, 1974)
Senjata pilihan Francisco Scaramanga’s bukanlah gadget seperti kebiasaannya, tetapi ianya mewakili keseluruhan siri Bond yang dipersembahkan dengan penuh dramatik dan keganasan. Pistol Emas ini berfungsi sebagai pemetik api dan juga pen.

Jetpek (Thunderball, 1965), 10 Gadget Terbaik Sepanjang 50 Tahun James Bond - Blogging SI Blogger | Enhance The Variety
4) Jetpek (Thunderball, 1965)
Alat atau gadget melepaskan diri yang menjadi idaman terulung lima puluh tahun lepas. 

Lotus Esprit (The Spy Who Loved Me, 1977), 10 Gadget Terbaik Sepanjang 50 Tahun James Bond - Blogging SI Blogger | Enhance The Variety
5) Lotus Esprit (The Spy Who Loved Me, 1977)
Kereta Esprit (sebutan Es-Pree) merupakan sebuah kereta khas yang boleh dipandu di dalam air dan dilengkapi dengan periskop, pelancar serta peluru berpandu. Tiada berita lagi sama ada kereta Esprit model 2013 yang direka semula dilengkapi dengan peluru berpandu atau pun tidak.

Re-Breather (Thunderball, 1965 dan Die Another Day, 2002), 10 Gadget Terbaik Sepanjang 50 Tahun James Bond - Blogging SI Blogger | Enhance The Variety
6) Re-Breather (Thunderball, 1965 dan Die Another Day, 2002)
Connery dan Brosnan, dua hero Bond ini menggunakan gadget ini untuk bernafas di dalam air, seperti Jedi. Imbasan mengenai gadget dan alatan Bond dari siri terdahulu, termasuk Jetpek yang mashur ada dipaparkan di dalam episod “Die Another Day”.

Bubble Suit (The World Is Not Enough, 1999), 10 Gadget Terbaik Sepanjang 50 Tahun James Bond - Blogging SI Blogger | Enhance The Variety
7) Bubble Suit (The World Is Not Enough, 1999)
Q mempunyai bakat di dalam meramalkan secara tepat apa kemungkinan yang akan berlaku di dalam misi 007. Jaket yang boleh dikempiskan ini merupakan alatan yang tepat untuk Bond di dalam runtuhan salji, yang mana jaket ini memberikan keselesaan kepada si pemakai.

Ericsson Mobile Phone (Tomorrow Never Dies, 1997), 10 Gadget Terbaik Sepanjang 50 Tahun James Bond - Blogging SI Blogger | Enhance The Variety
8) Ericsson Mobile Phone (Tomorrow Never Dies, 1997)
Telefon tangan pertama James Bond yang mempunyai fungsi membaca cap jari, berfungsi sebagai remote control kereta BMW 750iL dan juga sebagai alat kejutan elektrik berkuasa 2,000 volt.

Jam Tangan Laser (Golden Eye, 1989), 10 Gadget Terbaik Sepanjang 50 Tahun James Bond - Blogging SI Blogger | Enhance The Variety

9) Jam Tangan Laser (Golden Eye, 1989)
Pelbagai koleksi jam tangan digayakan oleh Bond sepanjang episod James Bond. Jam tangan magnetic, jam peledak, jam pager, jam letupan dan pelbagai lagi.

Kamera Laser (License To Kill, 1989), 10 Gadget Terbaik Sepanjang 50 Tahun James Bond - Blogging SI Blogger | Enhance The Variety
10). Kamera Laser (License To Kill, 1989)
Kamera Laser ini akan menembak cahaya laser bila butang kamera ditekan dan akan menghasilkan gambar tulang rangka mangsa.

Oleh : phoenix2020 & Roy Podolski

3 ulasan:

  1. Microsoft telah mengumumkan kenaikan kadar harga untuk Microsoft Certified Professional dan lain - lain sijil mengikut bidang yang ditawarkan diseluruh dunia. Baca seterusnya


    Sejak Facebook Inc menyatakan untuk membina dua pusat data baru, para jurutera buntu untuk memilih sistem pelayan yang dikehendaki sama ada dari Dell Inc. (DELL) atau Hewlett-Packard Co. (HPQ).
    Oleh yang demikian pihak Facebook Inc. membuat keputusan untuk membina sendiri sistem pelayan mengikut kehendak tersendiri sepenuhnya. Baca seterusnya

    Masalah kegagalan titik tunggal atau dikenali dalam istilah 'single point of failure' bermula setelah kegagalan sistem rangkaian untuk bertukar ke suis rangkaian data yang lain, oleh yang demikian sebarang servis dari Research In Motion (RIM) hampir lumpuh sepenuhnya. Pihak Research In Motion (RIM) hanya mempunyai dua pusat rangkaian data termasuk yang mengalami masalah kegagalan tersebut untuk menyediakan servis bagi pengguna di seluruh dunia. Baca seterusnya

    BalasPadam
  2. alamak yg hp no 8 tu mmg kewl la. kalo zaman skg ni ada satu mesti hot stuff!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blackberry ada iras2 mcm tu.. tang button tgh tu. ekeke

      Padam